Cahaya yang cukup bukan sekadar memberikan pemandangan yang cantik untuk kita lihat hidupan marin ini. Tetapi sebenarnya cahaya tersebut turut diperlukan oleh terumbu karang atau coral reef untuk tumbesarannya. Cahaya dan garam mineral yang mencukupi akan memastikan terumbu karang atau coral reef dapat membesar dengan sihat dan cantik. Lebih kurang macam tumbuhan-tumbuhan juga.
Ada pulak crab atau ketam kecil ni. Orang kata kalau nak bela coral reef, kalau boleh elakkan ada ketam. Ini kerana ketam tersebut akan makan coral reef tersebut. Tapi buat sementara waktu, saya biarkan dulu. Saya cuba perhatikan apa yang berlaku. Setakat pemerhatian beberapa hari ni, ketam tersebut seolah-olah mencuri makanan coral. Kalau diperhatikan, sebahagian coral juga mempunyai satu bahagian yang kelihatan seperti mulut. Sesungut yang banyak itu sekali-sekala seolah-olah menyuap makanan ke mulutnya.
Memang leka kalau tengok keindahan makhluk ciptaan Allah ni. Subhanallah.....
0 comments
Post a Comment