Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Monday, April 23, 2012

Finding Nemo Begins ~ Again

Weekend aritu, saya ada pameran di Semporna sempena dengan Regatta Lepa. Regatta Lepa ini disambut oleh masyarakat Semporna setiap tahun, khususnya kaum Bajau. Ia boleh juga dikatakan seperti Pesta Air. Bukan saya sahaja yang membuat pameran di situ (mewakili Kolej Komuniti) bahkan banyak lagi organisasi lain yang turut ada tak kira agensi kerajaan atau swasta.

Salah satu booth pameran yang ada di sana adalah dari Jabatan Perikanan. Booth ini ada menunjukkan tentang bahaya bom ikan dan juga cara mengenalpasti ikan yang mati kerana bom ikan atau bukan. Ikan yang mati kerana bom ikan, bila dipicit badannya akan lambat menganjal dan mungkin akan terus tenggelam. Ini kerana tulang dan isinya sudah pecah akibat letupan bom ikan.

Di booth ini juga terdapat pameran ikan air masin seperti nemo, terumbu karang (coral reef), lobster dan lain-lain lagi. Memang menarik. Dan apa yang bestnya, selepas berbual-bual dengan salah seorang di booth berkenaan, beliau bersetuju untuk memberi saya ikan nemo tersebut bersama dengan "rumahnya". Kalau sesiapa yang pernah menonton cerita Finding Nemo akan tau apa dia "rumah" ikan nemo ni.

Selepas berjaya mendapatkan bekas yang sesuai, saya berjaya membawa balik nemo dan "rumahnya" ke Tawau. Disebabkan dah lama akuarium marin saya tak berfungsi, maka bertungkus lumus la saya satu malam untuk membersihkannya dan juga membancuh air masin dengan garam khas bagi menggantikan air laut. Selepas dibiarkan semalaman, selepas pulang dari kerja tadi, baru la saya menempatkan nemo dan juga "rumahnya".



Inilah dia nemo dan "rumahnya" selepas 3 jam ditempatkan di dalam akuarium. Ketika gambar ini diambil, saya hanya menghidupkan lampu Moon Light sahaja.




Sempat juga saya rakamkan aksi nemo ini.

Dah lama rasanya tak tengok macam ni di rumah sendiri. Kali terakhir adalah pertengahan tahun 2010 dimana pada ketika itu, saya berkursus selama hampir sebulan. Pada ketika itu hanya isteri saya yang menjaga akuarium marin. Malangnya pada ketika itu juga beberapa perkakasan gagal berfungsi dan isteri saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Akibatnya kesemua hidupan dalam akuarium tersebut mati.


0 comments