Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, July 5, 2009

Trak Mainan Taufiq

Semalam boleh kata satu hari takde internet. Aku terputus dengan dunia cyber sepanjang hari. Line tepon pun problem. Bila angkat ganggang, dengar bunyi enggage je. Patut la tak dapat nak connect internet. Dari pagi sampai tengahari tu aku memang ada aktiviti lain. Kereta dan akuarium aku ;-) Tapi dah petang tu cuma main-main dengan Taufiq je la.

Aku pun saje ajak bini aku keluar. Malas nak gi tempat lain. Gi Giant je la. Takde apa sangat yang nak beli pun. Sebab kan ke kelmarin baru je gi Giant ;-) Hehehe...

Kali ni kitorang pusing semua bahagian kat Giant. Konon-konon window shopping la. Tapi dekat banyak-banyak bahagian, bila sampai je kat bahagian mainan kanak-kanak, Taufiq memberikan reaksi. Matanya terbeliak. Muka penuh ceria. Tangan pulak tunjuk-tunjuk sesuatu sambil mulut bercakap-cakap. Apa yang dia cakap, aku memang tak paham. Sebab dia cakap bahasa dia.

Tapi dari semua aksi yang Taufiq tunjukkan, aku tau yang dia teruja tengok mainan-mainan. Lebih-lebih lagi bila nampak kereta, trak, motor... Memang budak lelaki la katakan... Taufiq duduk dalam troli supermarket tu. Aku sengaja lalukan troli dekat-dekat dengan mainan masa kitorang jalan-jalan. Tangan Taufiq tak henti-henti nak capai mainan yang dia minat.

Tengok punya tengok, last-last aku belikan juga la. Aku beli trak. 4 trak construstion, ngan 1 trak yang boleh bergerak (pastikan guna bateri yang ada power la). Trak yang ni siap boleh terbalik-terbalik lagi kalau ada yang menghalang. Konon-konon nak cari jalan lain la. Sebab tengok harga murah, aku pun beli la. Hehehe...

Sepanjang kat Giant, Taufiq peluk je kotak mainan tu. Fuh...dah macam dia punya lak. Kan ke belum bayar =p

Sampai je rumah aku keluarkan je mainan tu dari kotak, terus Taufiq main. Seronok betul dia.






Entah pukul berapa dia tidur malam tadi. Galak sangat main trak-trak dia tu. Biasa kul 7 pagi dah bangun dah. Ni dah kul 9 lebih masih tidur lagi. Penat la tu. Tidur lambat. Seronok sangat main.

1 comments

Zack July 8, 2009 at 7:26 AM

Hehe.. Melalak habis dia bila mak ambik trak dia masa nak bayar. Ai, belum bayar lg dh memunya ya ;P