Sejak beberapa minggu ni, kitorang asik terasa nak makan yang panggang-panggang. Agaknya sebab kemaruk nak guna Fancy Grill yang aku beli sekali ngan stove-oven bini aku tu kot. Saje aku beli Fancy Grill ni. Sebab leh grill kat atas dapur gas je. Tak yah nak bakar kat luar, tak yah cari arang. Memang la sedap kalo bakar guna arang. Tapi kalau setakat nak makan ngan bini aku, malas lak nak bakar kat luar. Lagi pun nanti kalau jiran-jiran nampak, tak baik lak kalau aku tak jemput diorang :-P
Aku dah try dah buat lamb chop ngan fillet. Jadi nak try ayam pulak. Try buat satey ;-)
Semalaman aku perap daging ayam. Dan petang tadi mula la aktiviti cucuk-menyucuk satey. Nasi impit ngan sambal satey telah aku sub kat bini aku. Hehehe... Dan sebelum maghrib, aku telah selamat selesai membakar semua satey. Lepas maghrib, kitorang dinner satey la.
Tentang rasa, aku malas nak komen. Macam biasa, bini aku dah komen dalam blog dia.
1 comments
Boleh bagi contact number supplier fancy grill ini. Saya nak beli juga.
Post a Comment