Memandangkan usia anak aku dah semakin meningkat. Dengan peningkatan usianya maka bertambah jauh lagi la lingkungan kawasan yang boleh anak aku bergerak. Bawah meja, bawah katil, bawah kerusi adalah antara kawasan yang telahpun anak aku mula explore. Walaupun hanya sekadar guling-guling dan juga sreering 360 darjah, ia bukanlah penghalang untuk Taufiq explore rumah ni.
Aku kene buat perubahan sikit kat rumah aku ni. Wayar-wayar dan barang-barang yang biasanya aku sorokkan bawah katil, bawah meja, dah tak boleh letak kat situ lagi. Tapi ada satu yang jadi masalah ni. Rak akuarium aku. Sebelum ni barang-barang akuarium aku semuanya aku letak bawah tu. Termasuk lah wayar-wayar dan sistem kawalan untuk akuarium aku.
Boleh nampak apa benda kat bawah tu. Macam-macam ada. Yang pasti benda-benda tu bukanlah benda-benda yang selamat untuk anak aku masukkan dalam mulut dia. Tau je la Taufiq ni. Pantang dapat benda. Apa pun tak kira dah. Memang dia sumbatkan masukkan dalam mulut dia. Kalau tak muat, nanti dia jilat-jilat la, gigit-gigit la. Macam-macam la Taufiq ni.
Macam pulak nanti kalau Taufiq dah merangkak? Nanti kang dia masuk bawah rak tu, main-main kat bahagian belakang tu pulak. Maka tiba-tiba aku terpikir kalau aku letak lagi satu akuarium bawah tu. Tapi aku letak akuarium air biasa je. Ikan air tawar. Takde la susah nak jaga. Biarkan je, asalkan makanan dan aras air dijaga supaya tak kering. Rosak lak nanti pamnya. Makanan pulak, macam biasa la. Aku guna Auto-Feeder.
Hahaha...atas bawah ada akuarium. Atas akuarium air laut. Bawah pulak akuarium air tawar. Atasn akuarium tu aku tutup. Memang nampak sempit. Bukan apa. Supaya takde sape yang boleh celupkan tangan dalam akuarium tu nanti. Aras air dah tak perlu risau sebab aku dah buat sistem top-up air automatik. Applied je daripada sistem yang aku buat kat akuarium air laut aku tu. Untuk tambah menarik, aku letak juga lampu. Hehehe... Tapi lampu ni hanya dihidupkan kalau rasa nak tengok akuarium ni la.
Kalau tengok memang nampak susah nak cuci nanti. Tapi hakikatnya akuarium ni tak perlu lagi nak cuci. Hehehe... Aku cuba imitate dengan ekologi semulajadi. InsyaAllah akan jernih je la airnya. Tak perlu nak cuci. Cuma aku tak guna pokok hidup. Guna pokok tiruan. Kalau guna pokok hidup, maka lampunya nanti kene la ikut timing lak. Konon-konon nak tiru cahaya matahari la.
Sayap Ilusi
6 days ago
4 comments
salam,
sy memang nak buat macam saudara buat tu iaitu akuarium 2 tingkat. tetapi ditegah oleh 3 tokeh akuarium sebab yg bawah dikatakan tak cukup tampung berat. menurut diorg hanya akuarium filter sahaja iaitu tak lebih sekaki setengah. besi pun kecil berbanding atas.
tapi sy memang akan teruskan juga sebab nak jimat kos dengan cara selit 2 kayu bawah besi bawah tu di depan dan belakang untuk transfer load. tak le besi bawah tu terlebih bebanan.
salam,
stand akuarium saya tu besi atas dan bawah sama je besar. sebab tu saya berani letak akuarium atas dan juga bawah
slm kat mane nk beli stand yg sama besa mcm tu ye
saya beli stand tu di kedai akuarium. kebetulan ada.
saya di tawau, beli di kedai Jin Jin, batu 3
Post a Comment