
Ini merupakan kali pertama kami menyambut Aidil Fitri di Tawau. Kalau Aidil Adha memang dah biasa la. Hihihi... Walaupun tidak pulang ke kampung, tapi suasana raya tetap. Raya tetap raya walau di mana berada. Saya anak beranak bertakbir sepuas-puasnya pada malam raya. Hehehe...Seawal pagi, selepas makan sedikit makanan, saya dan Taufiq bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Kita disunatkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidil Fitri.Punya la semangat budak kecik ni, macam faham...