Training of Trainers atau lebih mudah disebut TOT ini merupakan satu kursus untuk pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti bagi menghadapi Sistem Modular yang akan bermula pada sesi Julai 2010. Sistem Modular merupakan sistem pembelajaran baru bagi program sijil sepenuh masa di Kolej Komuniti.
Aku sebagai tenaga pengajar di Kolej Komuniti, khasnya sebagai tenaga pengajar bagi Unit Elektrik telah pun dihantar berkursus selama 3 minggu di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Bukan aku sahaja, tetapi 4 orang wakil setiap kolej yang mempunyai program elektrik dikehendaki mengikuti kursus tersebut. Kursus kami ini adalah berkaitan modul pertama iaitu Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal. 3 minggu lah kami berkampung di sana. Hahaha.....
Kami bukan sahaja diberikan kursus secara teori sahaja tetapi kami juga membuat latihan amali. Boleh dikatakan 80% waktu kami adalah untuk latihan amali. Hahaha.....
Ada lagi 5 modul besar bagi program elektrik. Aku tak tau kalau modul selepas ini aku kena pergi lagi atau orang lain. Tapi eloknya bagi la kat orang lain pulak kan..... Bagi sama rata. Jadi semua ada expert diorang masing-masing. Baru la best. Tapi kalau aku yang kena lagi pun ok gak. Cuma yang tak larat tu kene outstation 3 minggu. Hehehe...
Kursus ni dibuat kat 2 tempat. Kolej Komuniti Bukit Beruang dan Kolej Komuniti Masjid Tanah. Ni geng-geng yangberkursus di Kolej Komuniti Masjid Tanah
0 comments
Post a Comment