Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, August 23, 2009

Juadah berbuka pada 2 Ramadhan

Pagi tadi lepas sahur, aku ternampak ada lagi 3 potong lamb chop dalam fridge. Huhu..simpan lama-lama tak elok gak. Apa nak buat dengan lamb chop ni. Last-last aku fikir, panggang je la. Huhu...

Lepas sembahyang subuh tadi, aku pun mula menyiapkan bahan perap untuk lamb chop ni. Dah siap sediakan bahan perapnya, apa lagi... Perap la. Simpan dalam peti sejuk. Biar la terperap sampai la kul 5 petang.

Menjelang pukul 5 petang maka bermula lah aktiviti memanggang lamb chop. Aku pun bakar gak kentang. Sementara bini aku pulak masak nasi beriani. Nasinya sahaja. Bini aku juga buat sambal udang.

Untuk minuman pula, bini aku buat air kurma susu.


Tengah-tengah sedap berbuka, baru la teringat nak amik gambar. Huhuhu...

Apa pun, selamat berbuka. Malam jangan lupa lak sembahyang terawih :-P

1 comments

Amyna August 24, 2009 at 9:53 AM

uih lamb chop..sedapnya. myna pun ingat nk bakar jerk siakap smlm sbb dah ada menu siput sedut cili padi.. tp cm x daya laks nk berasap tue..keh keh keh..last siakap tu jadik swet sour.. syg nya x tingat langsung nk snap picture..haisyoooo!!