Baru-baru ini ada blogger yang memberi satu info yang agak berguna untuk aku. Dan aku juga ingin kongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang mengikuti blog aku ni. Ia mengenai duit pulangan dari trading forex kita. Bagaimana ia memberikan pulangan?
Setelah aku tinjau-tinjau dan juga berdasarkan daripada info yang aku dapat, sebenarnya daripada program affiliate akaun forex itu sendiri. Anda mungkin biasa dengar tentang program affiliate ni. Dan begitu juga dengan forex, kini broker forex juga turut menawarkan program affiliate melalui akaun forex yang kita buka di bawah broker tersebut. Seperti mana-mana program affiliate yang lain, kita akan menerima sedikit habuan daripada sebarang aktiviti orang yang mendaftar akaun di bawah kita. Untuk program affiliate forex ini, kita akan dapat beberapa peratus daripada trading yang dibuat oleh orang bawah kita (downline).
Menerusi satu program yang dikenali sebagai Cashback Forex, konsep ini digunakan untuk memberikan keuntungan kepada anda. Dengan kata lain, anda membuka akaun forex melalui mana-mana broker yang anda mahu dengan syarat akaun tersebut dibuka di bawah akaun affiliate Cashback Forex. Cashback Forex akan mendapat sedikit habuan hasil dari trading yang anda buat. Kemudian, setelah sebulan, Cashback Forex akan menggunakan sebahagian hasil trading anda yang mereka perolehi menerusi sistem affiliate forex untuk memberi bayaran pulangan kepada anda.
Dengan kata lain, anda membantu Cashback Forex mendapat keuntungan, dan Cashback Forex akan membalas semula budi anda dengan memulangkan sebahagian daripada keuntungan tersebut. Boleh dikatakan ia adalah win-win situation.
Anda tak perlu risau kerana trading yang anda lakukan akan beroperasi seperti biasa. Spread yang terlibat juga tetap sama. Jadi anda tak perlu khuatir sekiranya keuntungan dari trading forex yang anda perolehi akan berkurangan.
Broker forex yang membolehkan anda untuk menyertai Cashback Forex ini adalah seperti yang saya senaraikan di bawah.
-Alpari UK
-Alpari US
-Avafx
-Dukascopy
-Etoro
-FXCBS
-FXCM
-FXDD
-Fxopen
-GalantFX
-Liteforex
-Marketiva
-PFG
-Tadawul FX
Mungkin senarai ini akan bertambah dari semasa ke semasa.
Anda boleh membuka akaun di Cashback Forex dengan percuma. Kemudian pilih mana-mana broker yang anda minat atau anda sudah biasa dengannya. Kemudian ikut arahan yang diberikan. Jangan lupa untuk maklumkan kepada Cashback Forex mengenai akaun forex yang anda baru buka menggunakan link yang diberikan. Ini bagi memastikan anda akan mendapat keuntungan sampingan daripada semua trading yang anda buat.
Sayap Ilusi
6 days ago
0 comments
Post a Comment