Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, August 23, 2009

Goniopora Setelah Seminggu

Dulu aku ada coral jenis ni. Goniopora. Tapi dah mati kerana stress. Masa tu baru start berjinak-jinak dengan reef aquarium ni. Banyak benda tak tau. Dengan keadaan perimeter air yang tak betul. Calcium, kH, pH dan macam-macam lagi la yang masih tak betul. Waterflow pun entah apa-apa entah. Lighting pun tak cukup. Akibatnya goniopora aku masa tu tersangat-sangat la stress. Terlalu stress sehinggakan langsung tak pernah nak kembang. Nama lain bagi goniopora ni adalah flowerpot. Huhu...memang takde rupa flowerpot langsung sebab dia punya flower tak kembang. Tersorok dalam batu.

Sedih gak la bila goniopora mati. Dah la rare-item pulak tu. Kat sini. Kalau kat KL mungkin senang dapat. Entah nasib apa aritu aku singgah kedai akuarium, aku nampak goniopora ni. Tanpa berlengah, aku terus beli. Nak cuba bela balik. Walaupun akuarium aku belum cukup baik perimeternya tapi aku rasa goniopora dah boleh survive dah kali ni dalam akuarium aku.

Sampai je kat rumah, aku pun letak la dalam akuarium aku. Tunggu beberapa minit, dah kembang dah. Syok la aku tengok. Lawa... Petanda goniopora boleh survive dalam environment akuarium aku. Tapi ada satu masalah. Banyak juga ikan dalam akuarium aku ni. Termasuk udang. Pulak tu aktif-aktif semuanya. Mungkin goniopora masih baru lagi dalam akuarium aku, dia jadi agak pemalu. Pantang ikan berenang dekat, walaupun hanya sekadar melintas, terus je goniopra menguncup. Huhuhu... Satu masalah gak ni. Takut kalau lama-lama macam ni boleh stress goniopora ni dibuatnya.

Aku biarkan je dulu. Setelah beberapa hari, mungkin goniopora dah mula dapat biasakan diri dalam persekitaran yang ada ikan. Jadi semakin kurang segan untuk mengembang. Cuma belum betul-betul kembang. Masih ada rasa segan sikit dengan ikan-ikan tu kot. Tapi sekurang-kurangnya nampaklah rupa flowerpot.

4 comments

rosmankl December 30, 2012 at 10:33 PM

salam
saya ada kwn di ipg tawau.jauh ke dari tpt bro.
saya reefer juga, ada 2 tank 1 fowlr dan mixed coral.
jika nak kirim apa2 dari kl bgtau aje.
oh ya..di area sana senang ke cari stock coral?
by the way blh add saya di fb
rosman adam

mamat December 31, 2012 at 9:05 AM

salam,
masih dlm kawasan tawau la jugak tu...

kalau nk ikutkan kira susah juga nak cari stok coral kat sini

ada ramai pulak nama rosman adam kat fb ni... tak tau mana satu nak add

rosmankl January 9, 2013 at 10:07 PM

salam,
ni link
http://www.facebook.com/rosman.adam.9
blh sembang panjang ttg coral dn music.

mamat January 10, 2013 at 2:40 PM

orait... suda add