Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Tuesday, June 30, 2009

Jawab survey untuk isi masa

Masa zaman belajar dulu, time tak berapa ada duit sangat, selalu asik sibuk cari peluang untuk online. Bila dapat pasang streamyx kat rumah sewa, memanjang la ngadap internet. Rasa rugi kalau tak gunakan. Ye la...dah bayar kan...Tapi bila dah kerja, kat opis memang ada internet. Kat rumah pun aku pasang streamyx juga. Kadang-kadang rasa tak tau nak buka apa bila main internet. Hehehe... Benda rutin je la. Kadang-kadang je surf benda-benda baru. Kalau nak cari info tentang sesuatu je la.Kadang-kadang baca la blog kawan-kawan ke, blog siapa-siapa...

Saturday, June 27, 2009

Keuntungan Minggu Ke-18

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0....

Thursday, June 25, 2009

Selamat dikebumikan

Alhamdulillah... Lebih kurang jam 12.00 tengahari, nenek ku telah selamat dikebumikan. Kepada saudara mara dan juga sesiapa yang mengenali nenek ku, Hajah Fatonah binti Haji Anuar, marilah sama-sama kita menunaikan Solat Sunat Hadiah. Mudah-mudahan perjalanannya dipermudahkan.Semoga nenek berada disamping orang-orang yang diterima All...

Wednesday, June 24, 2009

Al-Fatihah buat nenek ku...

Lebih kurang jam 5.00 petang tadi aku mendapat berita mengenai pemergian nenek ku. Nenek ku sebelah bapaku. Pemergian beliau adalah untuk selamanya. Kalau tak salah aku, umur beliau lingkungan 90-an tahun sekarang ni. Nenek aku ni memang seorang yang tegas dan garang.Walaupun kami jarang berpeluang untuk meluangkan masa bersama, tetapi sedikit sebanyak nenek turut memberi pengaruh dalam keperibadian aku. Kawan-kawan aku yang pernah jadi housemate aku selalu bertanya, kenapa aku memakai baju melayu setiap malam. Baju melayu ibarat baju tidur aku.Sebenarnya...

Berkarat air paip aku

Isnin aritu ada orang datang check air. Aku pun mengambil kesempatan untuk check air paip kat rumah aku la. Memang ok. Tapi bila dia test guna alat ala-ala elektrolisis, maka klorin-klorin dan karat-karat serta benda-benda lain mula mendak. Dapat la nampak macam mana sebenarnya air yang keluar dari paip rumah aku. Nampak je jernih. Tapi sebalik jernih tu rupanya berkarat. Huhuhu...Tak percaya tengok la ni. Pastu aku minta orang tu test juga air aku yang dah ditapis. Boleh nampak beza. Alhamdulillah... Kalau tak ok juga, tak payah la pakai penapis...

Saturday, June 20, 2009

Keuntungan Minggu Ke-17

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0....

Wednesday, June 17, 2009

My Giant Clam

Masa family ku datang Tawau aritu, dapat la diorang tengok akuarium marin aku secara live ;-) hehehe... Pastu bila gi Semporna, kitorang singgah gak kat pasar basah. Entah macam mana, kitorang jumpa ada clam. Masih hidup lagi. Bapa aku terus tanya nak ke tak. Huhu...beli je la. RM5 je. Lebar clam ni lebih kurang 9 inci. Huhuhu...Aku letak kat akuarium marin aku. Tapi aku letak kat akuarium yang 2kaki. Tak campur dengan akuarium yang banyak coral. Sebab tak muat. Besar sangat. Akuarium yang banyak coral tu pulak dah penuh. Setakat ni dah 2 minggu,...

Saturday, June 13, 2009

Seri Mas Segar

Aritu sebelum aku balik Tawau, sempat gak aku balik kampung kat Parit Raja. Lepak rumah bapa aku kat Taman Manis. Hehe...dulu masa belajar kat ITTHO, aku pernah gak menyewa kat Taman Manis ni.Alang-alang aku kat Parit Raja, aku lepak-lepak gak la kat kedai yang bapa aku handle. Seri Mas Segar, sebelah kedai makan Line Clear, depan Petronas. Kedai ni diambil alih daripada kedai Rahim Segar.Seri Mas Segar ni kira kedai runcit, dan juga pemborong. Sayur-sayur, ayam, daging, makanan laut segar-segar. Kalau tak, takleh la letak nama kedai "segar" ;-)...

Keuntungan Minggu Ke-16

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 3....

Friday, June 12, 2009

KL to Kota Kinabalu / Narita

Hari ni aku balik dari semenanjung ke Tawau. Baru habis kursus di Kolej Komuniti Jelebu. Naik flight dari KLIA ke Kota Kinabalu, pastu sambung lak dari Kota Kinabalu ke Tawau. Kebetulan flight ke Kota Kinabalu tu memang flight untuk ke Narita. Narita ni kat Jepun la, mana lagi. Hehehe... Biasanya kalau ada announcement cuma dalam Malay dan English je. Tapi kali ni siap dalam Bahasa Jepun sekali.Dan dalam masa yang sama, sekali lagi aku berpeluang naik Boeing-777. Tapi seat aku kat sayap kapal terbang la. Dah la kapal terbang ni besar. Sayapnya...

Saturday, June 6, 2009

Balik sudah family ku

Hari ni tiba lah waktunya untuk family aku balik semenanjung. Pagi tadi sempat lagi bawa diorang pergi pasar beli ikan kering, buah salak dan benda-benda yang menarik minat mak bapa aku. Lepas tu pergi IceBox gak. Bawa diorang tengok-tengok kat situ kot ada benda diorang berkenan nak bawa balik semenanjung.Flight diorang pukul 5.50 petang. Anak aku mesti terasa punya. Ye la... Dah berapa hari riuh je rumah aku. Ramai yang melayan. Tiba-tiba sunyi balik. Kitorang tunggu sampai la kapal terbang diorang berlepas. Hehehe...

Keuntungan Minggu Ke-15

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 1....

Friday, June 5, 2009

Family ku ke Sabah

Selasa aritu family aku datang Tawau. Alang-alang cuti sekolah, saja la ajak diorang datang Tawau. Selalu kitorang yang balik semenanjung. Jadi kali ni nak buat kelainan sikit. Biar family aku yang datang Tawau.Tapi tak semua la yang dapat datang. Mak bapa aku ngan 4 orang adik aku. 3 orang tu masih sekolah. Mak bapa aku confirm keberatan nak berjalan kalau tak bawa adik-adik aku yang masih sekolah tu. Dan sorang lagi tu kira rezeki dia la dapat ikut sama. Hehehe.....Hari Selasa tu kira hari perjalanan la. Malam tak buat apa-apa. Cuma bual-bual...