Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Tuesday, December 31, 2019

Pemahaman Saya Terhadap Peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" Kini Upgrade Lagi

Pemahaman Saya Terhadap Peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" Kini Upgrade Lagi
"harapkan pagar, pagar makan padi"

pernah satu ketika agak hangat dibincangkan samada "pagar" atau "pegar". dan diakhir perbincangan tersebut, jalan tengah yang diambil adalah samada "pagar" atau "pegar", ia tetap membawa maksud yang sama bagi peribahasa tersebut.

tetapi apabila kita tahu apa itu "pegar", walaupun saya setuju makna peribahasa tersebut tetap sama tetapi saya melihat satu bentuk pendidikan lain yang cuba diterapkan oleh orang-orang tua kita melalui peribahasa. dan kita mengetahui memang begitu sikap orang-orang tua kita dalam berbahasa.

pegar itu burung yang seperti ayam. makanannya pun seperti ayam iaitu serangga, cacing dan juga termasuk padi.

dan satu lagi sikap pegar ini terutama pegar jantan, ia begitu garang terutama pada musim mengawan dan juga dalam hal melindungi anak-anak dan isterinya.

garangnya pegar ini sampaikan tuannya sendiri pun dia akan serang kalau-kalau dirasakan tuannya seolah mengganggu.

nah...SIKAP pegar ini kalau diikutkan memang sesuai la kalau kita hendak jadikannya sebagai haiwan untuk menjaga.

SIKAP yang begitu menjaga.....

tetapi dalam masa yang sama, tuannya pasti sudah tahu bahawa makanan bai pegar ini salah satunya adalah padi.

JADI.....sepatutnya bukan salah pegar itu andai pegar itu memakan padi kerana memang itu makanannya. akan tetapi salah tuannyalah, dah tahu memang pegar itu makan padi kenapa lagi disuruh pegar itu yang menjaga padi.

betul...pegar itu tidak amanah kerana makan padi yang diamanahkan untuk menjaga.

tetapi dalam masa yang sama, apa hal yang tuannya suruh pegar yang jaga padi sedangkan padi itu memang makanannya.

sikap garang pegar itu memang sesuai untuk tugas menjaga, TETAPI PADI ITU SALAH SATU MAKANANNYA.

bila begitu saya melihat satu perkara lain lagi yang orang-oran tua cuba didik kita melalui peribahasa.
dalam memilih seseorang untuk diberikan amanah, bukan saja kita melihat dari satu sudut malah sudut yang lain juga.

contoh kes pegar tadi, jangan hanya melihat sikap garang pegar itu sahaja, tetapi lihat juga apa makanan pegar. sesuai atau tidak kalau ia di suruh menjaga padi.

pemahaman saya terhadap peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi" itu kini berubah.
bukan lagi sekadar cerita orang yang kita harapkan itu yang buat onar.

tetapi kita yang dalam memberi amanah itu juga perlu dalam keadaan berilmu dalam memilih siapa yang hendak kita beri amanah.

bila begitu, saya lebih selesa dengan "harapkan pegar, pegar makan padi".
yang salah bukan saja pegar, malah orang yang menyuruh pegar itu menjaga padi.

tetapi secara rasmi saya perlu terus menggunakan "harapkan pagar, pagar makan padi" kerana saya tak tahu kalau dewan bahasa sudah rasmi menyatakan samada "pagar" atau "pegar" yang digunakan dalam peribahasa tersebut.

0 comments