Kebetulan saya pergi, isteri dan anak turut ikut sama. Bukan kerana nak celebrate tahun baru, tapi lebih kepada nak tengok pertunjukkan bunga api. Memang syok tengok bunga api ni... Tidak hairan la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membakar bunga api tersebut. Ia sememangnya satu panorama yang indah.
Beberapa minit sebelum countdown untuk tahun baru
Tepat jam 12.00 malam, bertukar la tarikh kepada 1 Januari 2012. Maka bermulalah pertunjukkan bunga api.
Ini adalah antara yang dapat saya upload di sini. Banyak yang diupload di Facebook.
Link album berkaitan di Facebook https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2413176250219.272074.1275685691&type=1&l=0e1d45600e
Dalam masa yang sama, saya juga turut merakam video pertunjukkan bunga api tersebut walaupun tidak dapat merakam sepenuhnya dari awal hingga akhir.
Menggunakan Nikon D5000
Menggunakan Nokia N97 mini
Sekadar berkongsi, tapi bukanlah tips yang paling tepat :
- paling penting, perlu ada tripod
- elok menggunakan alat trigger seperti remote trigger bagi mengelakkan gegaran atau shaking semasa snap gambar
- kalau ada lens yang wide lagi bagus tapi saya menggunakan kit lens 18-55mm sahaja
- manual focus dan set fokus pada infiniti
- shoot di kawasan yang gelap
- apperture biar kecil, biasanya saya guna f/16 atau f/22
- untuk shutter speed biasanya saya guna "bulb" sahaja... terpulang berapa lama nak open shutter
Ini merupakan beberapa perkara yang saya buat untuk shoot gambar firework. Tapi kadang-kadang tak guna tripod pun. Tapi pegang kamera kene betul-betul steady la... Agak penat nak steady lama-lama.
0 comments
Post a Comment