Seperti New Year pada tahun-tahun yang lalu, sejak saya ada kamera DSLR, saya akan pergi memburu bunga api atau fireworks. Dan seperti biasa, lokasi yang biasa saya pergi adalah di Tawau Golf Club, Tanjung Batu, Tawau. Pertunjukkan bunga api di sini biasanya tidak kurang selama 10 minit secara non-stop.
Kebetulan saya pergi, isteri dan anak turut ikut sama. Bukan kerana nak celebrate tahun baru, tapi lebih kepada nak tengok pertunjukkan bunga api. Memang syok tengok bunga api ni... Tidak hairan la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit...
Episod : Stop jadi content creator???
6 days ago