Ada gak sekali-sekala member aku ajak lepak-lepak kat Shan Sui Resort. Kat situ ada swimming pool. Memang seronok la Taufiq main air kat situ. Tapi paham-paham je la kalau lepak-lepak kat tempat ada swimming pool ni. Kalau kerap sangat memang terasa membazir la pulak. Padahal bukan aku yang nak sangat main air tu kan. Tapi takkan nak biar Taufiq sorang-sorang terjun dalam swimming pool tu kan. Jadi terpaksa la juga aku ngan mak Taufiq ikut serta.
Hahaha...tapi kalau bukan orang ajak, memang aku tak pergi la. Bukan apa, kalau orang ajak kan ke maknanya lagi ramai orang. Jadi, boleh la Taufiq belajar-belajar berkawan dengan orang. Tapi kalau setakat nak bagi Taufiq main air, kat laman rumah je cukup la. Hahaha...
Hari tu tergerak lak aku nak membeli kolam ngan pelampung Taufiq kat Giant. Apa lagi.... Sejak tu boleh kata selang 2 minggu la Taufiq main-main kat swimming pool dia tu. Hahaha... Dan semakin banyak la aksi-aksi yang Taufiq upgrade.
Video-video berikut adalah antara yang sempat dirakamkan.
0 comments
Post a Comment