Macam biasa, hari Jumaat malam Sabtu adalah hari dimana mak Taufiq dan rakan-rakannya akan buang tabiat mereka dengan bermain futsal. Bukanlah niat untuk menyatakan bahawa permainan futsal ini untuk orang yang dah buang tabiat, tetapi objektif mak Taufiq dan rakan-rakannya bermain futsal itulah yang sebenarnya sesuatu yang buang tabiat. Iaitu.....nak beraksi ganas menendang bola sesuka hati.Dan secara logiknya, kalau tak dapat tendang bola, tendang kaki orang lain pun jadi la. Tetapi kalau mereka berbuat demikian di luar gelanggang, maka akan menimbulkan...