Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, January 16, 2010

Taufiq memanjat sebab tak puas tengok tv....kot

Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan petang semalam selepas aku balik kerja. Sedang kami menonton tv sambil menikmati minum petang dan juga jemput-jemput bawang yang disediakan bini aku. Bersantai-santai dikala petang yang sejuk kerana sudah beberapa hari hujan. Terlepas juga peluang untuk melihat fenomena gerhana matahari.

Seperti biasa Taufiq sememangnya akan sibuk turut serta untuk menikmati minum petang tersebut. Takde salahnya untuk Taufiq menyibuk. Kalau dia diam je pun aku risau sebab ia adalah lain daripada kebiasaannya.

Setelah puas Taufiq minum petang (lebih kurang macam tu la), maka Taufiq bergerak ke arah perabot yang menempat perkakas entertainment seperti tv, astro decoder dan sebagainya. Biasanya Taufiq akan menarik apa sahaja yang boleh dia tarik termasuk drawer yang menempatkan astro decoder dan juga mencapai apa sahaja objek yang terletak di atas perabot berkenaan.

Entah kenapa hari ini Taufiq kelihatan lebih berani dan kelihatan agak kurang segan silunya terhadap mak bapanya. Dengan muka yang tak bersalah, Taufiq menarik drawer kemudian memanjatnya. Drawer tersebut telah dijadikannya sebagai anak tangga untuk memudahkan proses memanjat.


Dengan posisi ini, sememangnya Taufiq akan dapat view yang agak memuaskan untuk menonton tv. Untuk makluman, drawer yang ditarik Taufiq itu adalah drawer yang menempatkan keyboard dimana keyboard tersebut bukanlah sengaja diletakkan di situ tanpa apa-apa sebab. Ini kerana tv tersebut juga digunakan sebagai monitor untuk PC. Semenjak tv tersebut turut dijadikan monitor, bini aku akan lebih selesa untuk berFacebook atau berchatting atau mencari resepi sambil memerhatikan Taufiq bermain di ruang tamu.





Walaubagaimanapun tindakan Taufiq tidak behenti setakat itu sahaja. Taufiq telah mengambil langkah yang lebih agresif dimana drawer yang tadinya dijadikan anak tangga kini telah menjadi batu loncatannya untuk memanjat dengan lebih tinggi lagi. Dengan ini Taufiq boleh mencapai lebih banyak lagi benda yang selama ini disorokkan oleh mak bapanya daripada capaiannya. Benda-benda tersebut bukanlah sesuatu benda-benda yang terlarang. Tetapi ia adalah benda-benda yang akan mendatangkan huru-hara sekiranya menjadi mainan Taufiq. Antaranya ialah kunci, kad kerja aku, power supply socket, handphone charger dan beberapa objek lain yang mana ianya bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan semua.



Keadaan mungkin akan lebih huru-hara sekiranya Taufiq cuba memasukkan tangannya ke dalam akuarium air masin yang berada betul-betul di belakang Taufiq (seperti mana yang anda dapat lihat pada rajah di atas).

Untuk makluman, Taufiq bukanlah baru sahaja pandai memanjat seperti itu dalam beberapa hari ini. Tetapi sejak umurnya belum setahun lagi.

Akan tetapi, aksi tersebut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan dan juga aksi yang paling selamba yang dilakukan Taufiq dengan 300% confident level setelah mengambil kira faktor yang dia akan menerima teguran (dengan kata lain dimarahi bapanya tetapi tidak meliputi hukuman fizikal) kerana tindakannya. Ini kerana Taufiq sememangnya faham apakah perkara-perkara yang dia tidak sepatutnya dia buat.
Sebagai contoh walaupun aku meletakkan printer di atas lantai selama 2 atau 3 bulan, Taufiq tidak akan mengusiknya secara bersendirian kerana Taufiq sememangnya faham bahawa tindakannya akan menyebabkannya dimarahi. Bukanlah aku membantutkan kekreatifan Taufiq. Tetapi mengajarnya supaya ada sesetengah perkara perlukan pengawasan mak bapanya. Sekiranya Taufiq mahu juga explore printer tersebut, ianya boleh dilakukan sekiranya mak atau bapanya ada bersama. Alhamdulillah kerana Taufiq seakan-akan memahaminya.

Maka dengan ini mak Taufiq perlu meningkatkan lagi pemantauan terhadap segala aktiviti Taufiq lebih-lebih lagi sekiranya Taufiq senyap bermain sendiri di ruang tamu. Kesimpulan daripada kajian kes ini adalah ditujukan khas untuk mak Taufiq yang sememangnya giat mengembangkan blognya yang berkaitan masakan khasnya kek dan roti yang dikenali sebagai Aku.Zack.

0 comments