Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Sunday, June 24, 2012

Tayar untuk RC Drift

Langkah paling mudah untuk membolehkan kereta RC anda drift adalah menggunakan tayar yang sesuai. Sekiranya anda membeli kereta RC yang standard, biasanya ia dilengkapkan dengan tayar getah yang mempunyai grip. Sangat sesuai untuk touring.





Ini merupakan contoh tayar untuk touring

Tayar ini mempunyai daya cengkaman yang tinggi yang mana agak kurang sesuai untuk mendrift. kereta RC anda. Sekiranya anda menggunakan tayar seperti ini, bukan kereta anda tidak dapat drift cuma ia agak sukar. Bukan sahaja sukar untuk mendrift, malah sukar juga untuk mengawalnya semasa mendrift







Untuk itu, anda memerlukan tayar yang sesuai untuk mendrift. Tayar yang digunakan adalah lebih keras kerana mempunyai unsur PVC. Dengan ini tayar kereta RC anda akan lebih mudah untuk spin. Apa yang perlu anda lakukan hanya fokus untuk mengawal ayunan drift kereta RC anda. 





Ini merupakan contoh tayar yang digunakan untuk mendrift

Tayar untuk drift ada pelbagai jenis juga berdasarkan permukaan jalan tempat anda bermain kereta RC anda. Sebagai contoh permukaan simen, karpet dan sebagainya.




Thursday, May 24, 2012

Chiller Untuk Akuarium Air Laut



Inilah dia chiller yang akan digunakan untuk menyejukkan air laut dalam akuarium saya. Ambil second-hand punya. Ada la kene repair sikit sebab ada leaking. Kalau air tawar boleh tahan la tapi kalau air laut, melekit-lekit nanti. Lepas balik kerja, saya repair mana-mana bahagian yang leaking. Lepas tu apa lagi, sesi test-run lah... Alhamdulillah selepas semalaman saya biar air running, takde masalah. 

Sebelum ni saya menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air dalam akuarium air laut saya. Sedikit pengubahsuaian perlu dibuat pada peti sejuk berkenaan. Kelemahannya ialah saya tidak dapat mengawal suhu air dalam akuarium seperti mana yang saya mahu.



Beginilah rupanya peti sejuk yang digunakan untuk menyejukkan air dalam akuarium.



Chiller digunakan untuk menggantikan peti sejuk. Sistem saliran menjadi lebih mudah.


Dengan menggunakan chiller, saya bebas menetapkan suhu air dalam akuarium seperti yang telah disetkan pada chiller. Buat masa ini, saya biarkan dulu akuarium air laut saya dengan beberapa hidupan sahaja iaitu 2 ekor nemo, anemone, 2 ekor tapak sulaiman dan 2 ekor ketam. Test-run-mode.

Selepas selesai test-run-mode nanti, baru saya akan isi lagi beberapa hidupan marin ke dalam akuarium air laut saya nanti.



Antara penghuni akuarium air laut saya semasa saya masih menggunakan peti sejuk sebagai penyejuk air.



Tuesday, May 15, 2012

Happy Belated Birthday vs Belated Happy Birthday

Sudah menjadi amalan kita untuk saling mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Kelahiran, Happy Birthday dan seumpama dengannya yang membawa maksud yang sama. Tambahan pula sejak zaman facebook, terdapat notification yang akan memberitahu sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Walaubagaimanapun adakalanya terlambat untuk mengucapkannya. Mungkin kerana terlupa atau terlambat membuka facebook. Sekiranya ini berlaku, biasanya mereka akan mengucapkan "happy belated birthday", menandakan ucapan tersebut lewat diucapkan.

Kini saya lebih kerap mendengar orang mengucapkan "happy belated birthday" berbanding ucapan "happy birthday" kerana rata-rata terlewat mengucapkannya. Akan tetapi semakin kerap saya mendengar atau membaca komen tersebut, semakin membuatkan saya berfikir. "Happy Belated Birthday", apakah yang belated (terlewat) sebenarnya....... Ulang tahun harijadinya atau ucapannya.....

Saya bukanlah pandai berbahsa Inggeris tetapi ia membuatkan saya terfikir. Saya pun mula membuat carian di internet berkaitan ungkapan tersebut. Dalam banyak-banyak carian, saya terjumpa satu komen yang paling menarik minat saya.



Do you know, I said "happy belated birthday" to a cousin a month or so back and had this exact thought. Strangely enough, "happy belated birthday" receives a vastly larger number of Google results (over 2,200,000) than the more logically correct "belated happy birthday" (330,000). I'm going to buck the trend and be logically correct from now on! 

I have to say that "Happy Belated Birthday" rolls off my tongue easier these days although I know it's wrong! Am starting to be influenced by Google numbers cited on this forum. I too, am going to buck the trend and continue on with the correct form:
"belated Happy Birthday."

from WordReference



Carian di Google menyatakan bahawa lebih 2.2 juta penggunaan ucapan "happy belated birthday" berbanding penggunaan ucapan "belated happy birthday" sebanyak 330 ribu sahaja.

Dapat dilihat secara trend atau majoritinya lebih ramai yang menggunakan ucapan "happy belated birthday" berbanding "belated happy birthday".

Secara grammar, ayat yang betul adalah belated Happy Birthday kerana kita sedia maklum bahawa yang belated (terlewat) adalah ucapan Happy Birthday, bukan Birthday.

Walaubagaimanapun mungkin disebabkan majoriti merasakan ucapan Happy Belated Birthday lebih sedap diungkapkan kerana majoriti terbiasa untuk sebarang ucapan akan dimulakan dengan perkataan Happy.

Sebagai contoh :
- Happy Holiday
- Happy Mother's Day
- Happy New Year
- Happy Hari Raya
- Happy Deepavali

dan lain-lain lagi.


Saya bukan seorang yang pandai berbahasa Inggeris maka saya tidak akan menyalahkan mana-mana individu juga sekiranya mereka tersalah penggunaan dari segi grammar. Tetapi apa yang saya rasa perlu dilakukan adalah kita berfikir samada apa yang kita sebut atau ungkapkan itu adalah betul atau kita sekadar mengikut orang ramai.

Secara statistiknya, seperti yang diperlihtkan oleh carian Google menunjukkan bahawa majoriti menggunakan ucapan Happy Belated Birthday yang mana ianya salah dari segi grammar.

Semoga ianya dapat mengingatkan diri saya bahawa bukan semua perkara yang majoriti atau yang mengikut trend itu adalah betul, yang benar atau yang terbaik. Kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum kita mahu mengikut sesuatu.

Setelah kita berfikir dan mengenalpasti apa sebenarnya yang betul dan apa yang salah, barulah kita membuat keputusan untuk melakukan perkara yang betul atau mengikut majoriti. Ini kerana ada ketika kita perlu juga mengikut majoriti walaupun ianya salah. Bak kata pepatah "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek".

Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang salah jadikan sempadan.

Sila betulkan mana-mana bahagian sekiranya pendapat saya ini salah.


Saturday, May 12, 2012

Patrick Star In Aquarium

Kenal dengan Patrick Star? Salah satu watak dalam siri animasi Spongebob Squarepant iaitu seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu, kawan baik kepada Spongebob.

Dalam akuarium marin saya juga mempunyai tapak sulaiman.








Nak tengok tapak sulaiman bergerak? Saya sengaja meletakkan tapak sulaiman tersebut dalam keadaan terbalik. Sekiranya anda melihat video ini dengan sabar sehingga tamat, anda boleh lihat tapak sulaiman tersebut bergerak membetulkan semula posisinya kemudian bergerak ke tempat yang dia mahu pergi.





Thursday, April 26, 2012

Nemo Anemone dan Crab???

Lampu metal halide untuk akuarium marin belum lagi saya test samada masih ok ke tak. Jadi buat sementara waktu, saya menggunakan downlight je dulu. Walaupun kecerahan dan juga kelvin cahaya dari downlight tidak setanding metal halide, tapi untuk sementara waktu boleh la.

Cahaya yang cukup bukan sekadar memberikan pemandangan yang cantik untuk kita lihat hidupan marin ini. Tetapi sebenarnya cahaya tersebut turut diperlukan oleh terumbu karang atau coral reef untuk tumbesarannya. Cahaya dan garam mineral yang mencukupi akan memastikan terumbu karang atau coral reef dapat membesar dengan sihat dan cantik. Lebih kurang macam tumbuhan-tumbuhan juga.





Ada pulak crab atau ketam kecil ni. Orang kata kalau nak bela coral reef, kalau boleh elakkan ada ketam. Ini kerana ketam tersebut akan makan coral reef tersebut. Tapi buat sementara waktu, saya biarkan dulu. Saya cuba perhatikan apa yang berlaku. Setakat pemerhatian beberapa hari ni, ketam tersebut seolah-olah mencuri makanan coral. Kalau diperhatikan, sebahagian coral juga mempunyai satu bahagian yang kelihatan seperti mulut. Sesungut yang banyak itu sekali-sekala seolah-olah menyuap makanan ke mulutnya.



Memang leka kalau tengok keindahan makhluk ciptaan Allah ni. Subhanallah.....


Monday, April 23, 2012

Finding Nemo Begins ~ Again

Weekend aritu, saya ada pameran di Semporna sempena dengan Regatta Lepa. Regatta Lepa ini disambut oleh masyarakat Semporna setiap tahun, khususnya kaum Bajau. Ia boleh juga dikatakan seperti Pesta Air. Bukan saya sahaja yang membuat pameran di situ (mewakili Kolej Komuniti) bahkan banyak lagi organisasi lain yang turut ada tak kira agensi kerajaan atau swasta.

Salah satu booth pameran yang ada di sana adalah dari Jabatan Perikanan. Booth ini ada menunjukkan tentang bahaya bom ikan dan juga cara mengenalpasti ikan yang mati kerana bom ikan atau bukan. Ikan yang mati kerana bom ikan, bila dipicit badannya akan lambat menganjal dan mungkin akan terus tenggelam. Ini kerana tulang dan isinya sudah pecah akibat letupan bom ikan.

Di booth ini juga terdapat pameran ikan air masin seperti nemo, terumbu karang (coral reef), lobster dan lain-lain lagi. Memang menarik. Dan apa yang bestnya, selepas berbual-bual dengan salah seorang di booth berkenaan, beliau bersetuju untuk memberi saya ikan nemo tersebut bersama dengan "rumahnya". Kalau sesiapa yang pernah menonton cerita Finding Nemo akan tau apa dia "rumah" ikan nemo ni.

Selepas berjaya mendapatkan bekas yang sesuai, saya berjaya membawa balik nemo dan "rumahnya" ke Tawau. Disebabkan dah lama akuarium marin saya tak berfungsi, maka bertungkus lumus la saya satu malam untuk membersihkannya dan juga membancuh air masin dengan garam khas bagi menggantikan air laut. Selepas dibiarkan semalaman, selepas pulang dari kerja tadi, baru la saya menempatkan nemo dan juga "rumahnya".



Inilah dia nemo dan "rumahnya" selepas 3 jam ditempatkan di dalam akuarium. Ketika gambar ini diambil, saya hanya menghidupkan lampu Moon Light sahaja.




Sempat juga saya rakamkan aksi nemo ini.

Dah lama rasanya tak tengok macam ni di rumah sendiri. Kali terakhir adalah pertengahan tahun 2010 dimana pada ketika itu, saya berkursus selama hampir sebulan. Pada ketika itu hanya isteri saya yang menjaga akuarium marin. Malangnya pada ketika itu juga beberapa perkakasan gagal berfungsi dan isteri saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Akibatnya kesemua hidupan dalam akuarium tersebut mati.


Tuesday, April 17, 2012

Video Singkat di Web Rasmi Kolej Komuniti Tawau

Semasa mesyuarat semalam, webmaster bagi web rasmi Kolej Komuniti Tawau memaklumkan bahawa video singkat yang saya buat berkaitan Kolej Komuniti Tawau digunakan dalam laman web rasmi Kolej Komuniti Tawau. Tapi sebab tengah bermesyuarat, lepas tu terus terlupa.

Sekarang baru la teringat balik, dan terus la check website kolej.




Diharapkan ianya dapat membantu.

Sekiranya ada kelapangan lagi, InsyaAllah saya akan cuba buat video berkaitan kolej lagi.

Terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang terlibat secara sedar atau tidak sedar, yang mana bahan-bahan yang saya gunakan mungkin bersumber dari usaha mereka.


Thursday, March 1, 2012

Video Singkat Kolej Komuniti Tawau

Tiba-tiba pulak terasa ada masa lapang nak buat video-video pendek ni. Sama ada memang video yang direkod atau gambar-gambar yang dikompilasikan berlatarbelakangkan muzik tertentu. Sebelum ni buat video RC Drift. Datang pulak idea nak buat untuk kolej pulak.

Dengan berbekalkan bahan yang ada dalam laptop ni, sama ada gambar yang sendiri ambil atau yang rakan-rakan sepejabat ambil, atau yang diedit sendiri atau pun yang diedit oleh rakan-rakan sepejabat, maka masa yang diambil takde la lama untuk siapkan video singkat ni. Adalah sekitar sejam lebih mengatur gambar-gambar  dan synchronizekan dengan muzik.

Kebetulan sekarang ni jugak tengah try main gitar. Saje je la, isi masa lapang. Sebab nak try pun cuma sekadar nak try main gitar lagu Canon je. Huhuhu... Try main yang versi rock dan versi akustik.



Ni versi akustik, saya ikut versi Trace Bundy. Dan sememangnya saya tak reti main gitar lagi.

Memandangkan sekarang tengah kemaruk main lagu ni, maka lagu ni juga lah yang digunakan untuk dijadikan lagu latarbelakang video yang dibuat. Huhuhu... Lagu Canon versi Trace Bundy. Tapi yang saya gunakan dalam video ini adalah yang dimainkan oleh Sandra Bae.



Ni la hasil video yang disunting dalam masa sejam lebih. Harap ia dapat memberi sedikit info berkaitan Kolej Komuniti Tawau.


Wednesday, February 1, 2012

RC Drift di tempat parking rumah

Layan drift dengan kereta RC ni, ada pulak kawan-kawan yang minat. Kat tempat kerja tu ada juga la 3, 4 orang yang mula join walaupun belum sampai tahap RC tegar. Hehehe... Syok jugak layan kereta RC ni ramai-ramai. Yang minat touring ada, yang minat off-road ada, yang minat drift pun ada. Saya lebih minat drift. 

Tapi kalau drift kat tempat luas macam tu je, sampai satu masa nanti bosan jugak, macam saya la. Mula la nak buat litar ke trek ke... Mula-mula tu pusing kon je la. Pastu pusing bentuk nombor 8. Pastu mula la nak main dalam trek. Baru syok, thrill. Macam drift kat jalan raya. Hehehe...

Cuma masalahnya kawan-kawan yang baru join ni baru nak belajar. Jadi, nak main kat trek pun, layan sendiri gak la. Hehehe... Last-last try buat trek kat rumah. Bila-bila pun boleh layan.

Bila buat video jadi lagi tambah syok bila tengok balik.



Trek di tempat parking rumah


Seperti biasa, sendiri main kereta RC, sendiri set kamera, sendiri juga yang edit video. Malam tadi lepas isyak start buat editing sampai la pukul 10.30 malam. Pastu upload kat YouTube pun ada la ambil masa dekat sejam.




Sunday, January 1, 2012

Seperti New Year pada tahun-tahun yang lalu, sejak saya ada kamera DSLR, saya akan pergi memburu bunga api atau fireworks. Dan seperti biasa, lokasi yang biasa saya pergi adalah di Tawau Golf Club, Tanjung Batu, Tawau. Pertunjukkan bunga api di sini biasanya tidak kurang selama 10 minit secara non-stop.

Kebetulan saya pergi, isteri dan anak turut ikut sama. Bukan kerana nak celebrate tahun baru, tapi lebih kepada nak tengok pertunjukkan bunga api. Memang syok tengok bunga api ni... Tidak hairan la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membakar bunga api tersebut. Ia sememangnya satu panorama yang indah.


Beberapa minit sebelum countdown untuk tahun baru


Tepat jam 12.00 malam, bertukar la tarikh kepada 1 Januari 2012. Maka bermulalah pertunjukkan bunga api.

















Ini adalah antara yang dapat saya upload di sini. Banyak yang diupload di Facebook.

Link album berkaitan di Facebook https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2413176250219.272074.1275685691&type=1&l=0e1d45600e



Dalam masa yang sama, saya juga turut merakam video pertunjukkan bunga api tersebut walaupun tidak dapat merakam sepenuhnya dari awal hingga akhir.



Menggunakan Nikon D5000



Menggunakan Nokia N97 mini


Sekadar berkongsi, tapi bukanlah tips yang paling tepat :


  • paling penting, perlu ada tripod
  • elok menggunakan alat trigger seperti remote trigger bagi mengelakkan gegaran atau shaking semasa snap gambar
  • kalau ada lens yang wide lagi bagus tapi saya menggunakan kit lens 18-55mm sahaja
  • manual focus dan set fokus pada infiniti
  • shoot di kawasan yang gelap
  • apperture biar kecil, biasanya saya guna f/16 atau f/22
  • untuk shutter speed biasanya saya guna "bulb" sahaja... terpulang berapa lama nak open shutter


Ini merupakan beberapa perkara yang saya buat untuk shoot gambar firework. Tapi kadang-kadang tak guna tripod pun. Tapi pegang kamera kene betul-betul steady la... Agak penat nak steady lama-lama.



Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Malam tadi merupakan salah satu malam yang mana rakyat Malaysia diberi peluang oleh Allah untuk melihat fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana bulan penuh. Gerhana bulan berlaku ketika bulan purnama dan ketika itu bulan berada selari dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Dengan kata lain, pada ketika ini bulan berada dalam bayang-bayang bumi.

Kebetulan malam tu saya menghadiri majlis perkahwinan rakan. Selesai majlis makan-makan lebih kurang jam 9 malam, saya dan keluarga dengan segera pulang ke rumah. Masa bertolak, sekitar jam 7 malam, saya lihat di langit, bulan masih penuh lagi. Setibanya di rumah, tanpa melengahkan masa, saya terus mengeluarkan kamera saya bersama tripod. Apa nak buat. Orang tengok bulan guna teleskop. Tapi saya tidak mempunyai teleskop, kamera dengan lensa zoom je la yang ada. Jadi laaaa..... Daripada takde langsung. Hihihi... Tak perlu pergi jauh-jauh. Dalam laman rumah je.

Untuk makluman, saya berada di Tawau pada ketika saya menyaksikan fenomena gerhana bulan ini.



Ni je la peralatan yang saya guna untuk memerhati fenoma gerhana bulan.



Pada 10.19pm
Gambar agak shaky sikit. Terlebih lama pulak shutter dibuka. Dah macam nak buat star-trail la pulak



Pada 10.31pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Sengaja bagi exposure lama sikit




Pada 10.57pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Exposure pada tahap yang agak normal



Pada 11.23pm
Cahaya bulan mula kembali menyinar. Bulan mula keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.31pm
Hampir separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.42pm
Separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi





Pada 12.06am
Gerhana bulan hampir berakhir





Pada 12.26am
Gerhana bulan berakhir




Sempat juga saya merakamkan video selama beberapa minit. Walaubagaimanapun visual video tidak berapa jelas.






Kita disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana pada bila-bila masa berlakunya fenomena gerhana ini sebagai tanda mengagungkan kejadian Allah.



Dalam masa yang sama, ada juga rakan lain yang berjaya merakamkan fenomena gerhana bulan ini dengan lebih cantik. Gambar diambil di Sandakan, Sabah.




Camera setting: Date: 12/10/11
Time: 10:14:17 PM
Model: NIKON D3S
Firmware: Capture NX 2.2.8 M
Frame #: 2670
Lens (mm): 500 ISO: 2000
Aperture: 4
Shutter: 1/4
Exp. Comp.: -2.3
Program: Aperture Priority
Focus Mode: AF-C
White Bal.: 4350K ICC
Profile: Nikon sRGB 4.0.0.3002

Image was cropped (not to mention Abby, my 5yrs old 'monkey' was running around the tripod...)
Photo: Cede Prudente www.cedeprudente.com Photographs are property of Cede Prudente Photography , downloading is disallowed without written permission.




Ini pula merupakan petikan daripada Utusan Malaysia Online.


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi.


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya.



Friday, November 25, 2011

RC Drift depan rumah

Minat untuk menceburi sukan drift tu ada. Tapi untuk aktiviti sendiri je la. Takde la sampai nak join team yang  memang layan drift ni. Bukan pandai pun nak drift. Setakat nak try tu boleh la sambil hilangkan boring. Hehehe...

Ada jugak rasa nak ajak kawan-kawan tapi mungkin saya je yang gila kot. Siapa la yang tak sayangkan kereta sendiri kan. Jadi, sampai sekarang la layan sendiri-sendiri. Tapi sejak akhir-akhir ni, timbul pulak idea nak main permainan RC (kawalan jauh) ni. Beli la helikopter dan kereta RC. Dah berbulan gak la beli. Pun layan sorang-sorang gak. Main dengan anak bini je. Hehehe...

Disebabkan main sorang-sorang je, maka tempat bermain adalah depan rumah je la. Kerap main kereta RC berbanding helikopter RC. Macam tak berapa sesuai lak nak main helikopter RC depan rumah. Biasa orang main di kawasan lapang. Main kereta RC pun samada main di tempat parking kereta depan rumah atau di jalan depan rumah.

Hari mula-mula touring mode. Tapi lama-lama macam boring la pulak. Kalau main di trek mungkin syok la jugak. Nak main drag pun lama-lama bosan jugak. Disebabkan makin boring, maka terdrift la pulak kereta RC ni. Macam syok pulak. Cuma yang tak syoknya sebab setting kereta RC ni adalah untuk touring. Maka satu usaha research pun dimulakan untuk mengubah setting kereta RC ni kepada setting untuk drift.

Kebetulan raya haji hari tu balik kampung di semenanjung, maka sempat la ke kedai RC untuk membeli spare part yang berkenaan untuk modify kereta RC supaya lebih syok nak layan drift. Balik je dari kampung, dengan tanpa membuang masa, terus je modify kereta RC. Dan akhirnya berjaya....... Baru syok layan.....

Kalau setting dah ngam, tak susah nak drift. Cuma tinggal nak kawal drift supaya jadi lebih terkawal. Baru la best. Yang tu kene praktis la. Macam biasa, layan depan rumah je la, samada di permukaan simen licin atau di jalan tar. Layan.....



Layan drift kereta RC di jalan tar depan rumah


Layan je la video ni ye... Sendiri kawal kereta RC, sendiri set kamera, sendiri juga yang edit video ni.



Friday, September 30, 2011

"Ketika Rahimku Pecah...Mereka Wanita-wanita Yang Tabah"

Entri ini adalah bahagian keenam, sambungan luahan pengalaman yang dialami isteri saya. Saya copy and paste dari blog isteri saya di zachoes.blogspot.com


_______________________________________________________



Sebenarnya saya bercadang nak berhenti pada post yang terakhir, Post ke 5. Cuma saya fikir, mungkin orang tertanya-tanya, apakah kesudahan pada kes saya ini? Adakah sudah kembali seperti sedia kala, seperti sebelum kejadian ini berlaku? Atau adakah saya akan berterusan mengenangkan kejadian tersebut, terus merintih dan menangis tiap hari, tiap malam, tiap waktu?

Mungkin pada sesetengah orang akan menilai seperti saya tidak redha dengan takdir yang ditentukan oleh Allah ke atas keluarga saya. Mungkin ada juga yang menilai, begitu cepatkah saya sembuh, hingga dapat membuat kek-kek dan mengupdatekannya ke dalam blog saya? Jawapan tidak semudah itu..

Bagi saya, sukar untuk kita sebagai hamba Allah yang lemah untuk menyatakan samada kita sudah redha atau tidak. Mungkin, pada sesetengah orang, kita nampak tidak redha. Mungkin, pada sesetengah orang, kita nampak begitu akur dengan kehendakNya. Yang lebih tahu, hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Saya tidak menyesali atas apa yang pernah berlaku pada saya. Malah saya bersyukur. Kerana dengan kajadian ini, membukakan mata saya, hati saya, untuk lebih memahami situasi teman-teman yang lain yang pernah juga kehilangan seperti saya. Tidak kira, setelah, semasa, atau sebelum dilahirkan..

Pada saya, saya anggap diri saya beruntung. Kerana walaupun anak saya meninggal dalam perut, terkeluar dari rahim, namun alhamudulillah, dia telah dilahirkan dengan cukup sifat tubuh badannya. Tidak semua wanita yang begini nasib anaknya. Terkenang saya akan beberapa orang teman yang melahirkan anak yang kurang upaya. Nauzubillah..

Saya juga beruntung, kerana anak saya tidak menghadapi masalah seperti jantung berlubang, paru-paru tidak matang, atau kekurangan yang lain-lain. Sedangkan berapa ramai wanita di luar sana yang melahirkan anak dalam keadaan dia tidak cukup bulan, tidak sempurna tubuh badannya..

Saya bersyukur, kerana saya telah merasai nikmatnya mengandung, melahirkan anak yang sihat, walau dalam keadaan yang macam mana pun. Situasi saya juga membuatkan saya lebih memahami, ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang mengharapkan cahaya mata tetapi belum ada rezeki. Betapa hebatnya dan tabahnya hati wanita-wanita ini, menerima dugaan Allah bertahun-tahun..dan belum tentu dikurniakan rezeki anak..

Saya juga boleh memahami, bukan mudah untuk menerima tomahan, ejekan, gurauan orang, yang bertanyakan cukupkah dengan seorang anak saja sekarang? Kerana saya juga tidak mustahil akan berkeadaan begitu memandangkan keadaan fizikal saya tidak sekuat dulu. Namun saya akan cuba bersabar, dan menyatakan, mungkin belum ada rezeki lagi.. Syukur alhamdulillah, biarpun begitu, saya masih ada lagi anak yang hidup, sihat, dan cergas..

Saya bersyukur, walaupun anak saya tidak sempat menatap kedua-dua wajah ibubapanya, merasai sentuh belai kami, namun berapa ramai wanita di luar sana yang telah kehilangan anak sewaktu mereka sudah besar? Betapa beratnya hati wanita-wanita ini menanggung kesedihan, kepiluan, menatap baju-baju, barang peninggalan arwah..

Saya juga bersyukur, kerana ujian ini lebih merapatkan hubungan saya dan suami saya. Walaupun perit menerima hakikat anak kami telah meninggal, setelah berbulan-bulan kami menunggu kehadirannya, suami saya masih bersama saya. Tidak pernah menyalah atau menuduh saya bahawa sayalah penyebab kematian anak kami. Bukan saya tak pernah dengar cerita, anak meninggal semasa dilahirkan dan si ibu dituduh penyebab anaknya mati, lalu ditinggalkn oleh si suami, membiarkannya keseorangan di bilik bersalin. Si isteri masa itu sudahlah terpaksa menanggung perasaan bersalah, anaknya sudah tiada, ditanggungnya juga sakit bersalin. Nauzubillah..

Alhamdulillah, disebabkan kejadian ini, saya lebih memahami kaum-kaum ibu dan bakal-bakal ibu, yang mengalami bermacam-macam masalah. Bertapa besarnya kuasa Allah. Sesungguhnya, musibah yang menimpa diri yang kerdil ini telah membuka ruang untuk saya melihat dan merasai sesuatu keadaan dari sudut yang lain. Mudah-mudahan, saya akan terus istiqomah dan muhasabah diri ini, kerana bukan kita sahaja yang mengalami kesusahan dan ujian yang berat. Ada lagi yang jauh lebih berat tanggungannya dari kita..

SubhanAllah, Maha Suci Allah. Syukur pada Mu Ya Allah, kerana musibah ini menjadikan saya terasa beban yang ditanggung lebih ringan, jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka semua..

Wahai wanita-wanita, lelaki-lelaki di luar sana.. Usahlah dikau membuatkan hati wanita-wanita ini terguris dek gurauan yang tidak kena tempat. Kerana sesungguhnya wanita-wanita ini lebih hebat, lebih tabah dalam mengharungi hidup mereka dengan sabar. Bukan mudah hati yang lemah menanggung bebanan yang begitu berat seorang diri. Bantulah mereka, berikan sokongan moral pada mereka. Kerana mungkin mereka ini jauh lebih hebat, tabah dari kita dalam menerima ujian dalam hidup...


Wednesday, September 21, 2011

"Ketika Rahimku Pecah - Part 5"

Entri ini adalah bahagian kelima, sambungan luahan pengalaman yang dialami isteri saya. Saya copy and paste dari blog isteri saya di zachoes.blogspot.com


_______________________________________________________


Bagi yang lemah semangat atau daya imaginasi terlalu tinggi disyorkan jangan baca post ini. -zack


Bersambung dari Part 4.


Saya masih ingat, semasa suami tanyakan pada saya sama ada saya sudah bersedia untuk berjumpa dengan arwah, hati terasa begitu sebak sekali. Hiba. Dicampur perasaan takut dan cemas. Terasa seperti seolah sebilah pisau tajam yang menikam jantung saya ketika tu. Mencucuk-cucuk. Terasa begitu pedih. Sungguh pedih. Mungkinkah saya akan meraung, meratapi kematiannya setelah melihatnya nanti? Bermacam-macam perasaan bermain di benak hati saya.

Akhirnya, setelah memikirkan tidak elok dibiarkan arwah dalam keadaan dia tidak dikafan dan dikebumikan lama-lama, saya menyetujuinya agar dia dibawa ke mari. Suami pun tanpa berlengah-lengah terus pergi mengambilnya. Mungkin takut saya akan ubah fikiran..

Sebenarnya, selepas pembedahan, arwah tidak dihantar ke bilik mayat pada malam itu. Rupanya suamiku telah merayu pada pihak hospital, meminta mereka agar mengizinkan saya melihat anak kami buat kali terakhir, sebelum dia dimasukkan ke bilik mayat. Pada malam itu arwah telah bermalam di bilik wad Kelas 1, menemani nenek, bapa dan abangnya, di dalam katil bayinya. Pada zahirnya dia kelihatan sama seperti bayi-bayi yang lain...cuma bezanya tidak lagi bernyawa..

Pagi itu, katil arwah telah diusung ke hadapan wad bersalin, sambil ditutupi dengan sebuah skrin besar. Ia untuk mengelakkan dari dilihat oleh ibu-ibu yang lain, kerana dikhuatiri akan memberi trauma kepada ibu-ibu yang sedang menunggu waktu bersalin. Setelah katilnya diletakkan di hadapan katil saya, suami pun mula mengangkat mayat anak kami untuk ditunjukkan pada saya. Saya melihat dia telah diselimuti dengan kemas, dengan sehelai kain batik. Terasa seperti mengenali kain batik itu.. Mukanya pula ditutupi, tanda penghargaan arwah telah pergi..

Hanya Tuhan saja yang tahu, bertapa berat, bertapa sebaknya hati ini ketika memeluk mayat arwah. Hanya ucapan kalimah 'Allahu akhbar' saja yang mampu dilafazkan.. Tidak terdaya rasanya menahan sedih di dada.. SubhanAllah.. Mata sudah mula berkaca, tetapi cuba ditahan. Saya ingin melihatnya dengan lebih jelas..

Dalam dakapan saya dia terasa begitu berat sekali. Mungkin badan saya belum lagi kuat, akibat kehilangan darah yang banyak. Saya mencium pipinya..sejuk..keras. Bibirnya tidak lagi kemerah-merahan, tetapi sudah kehitaman. Kepalanya pula tidak memandang ke depan, tetapi ke tepi. Mulutnya sediki terbuka. Seolah dalam posisi sedang menyusu susu ibunya..

Sejujurnya, saya hampir tidak tahan melihat arwah yang terbujur kaku seperti itu. Terasa dunia seakan gelap seketika. Namum dalam hati saya tetap bertahan. Tidak menyerah diri untuk pengsan ketika itu. Tetap panjatkan kesyukuran. Bersyukur, kerana Allah telah memakbulkan doa saya untuk mendapat seorang anak perempuan. Bersyukur, kerana Dia telah memakbulkan doa saya mendapat seorang anak yang putih, cantik, dan cukup sifat tubuh badannya. Bersyukur, kerana Allah telah mengurniakan saya seorang anak yang solehah, yang tempatnya di janjikan Syurga..

Sesungguhnya, kehidupan kita cuma sementara di dunia. Anak-anak, suami, isteri, ibu bapa..hanya pinjaman sementara dari Allah swt. Suatu hari nanti mereka pasti dikembalikan kepada yang Esa. Saya tetap bersyukur, walaupun Nurfatihah Humairah hanya dipinjamkan pada kami untuk sementara, kehadirannya cukup memberi kesan dalam hidup kami..

Saya masih teringat, ketika saya mula cuba untuk mengandung lagi. Pada awalnya, set ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi menunjukkan reaksi negatif. Saya berasa sedih. Sangat sedih. Namun saya tetap bersabar. Beberapa minggu kemudian, saya mula terasa mual. Loya. Terdapat tanda-tanda seperti saya sedang mengandung. Sinar harapan mula menerangi dalam jiwa saya. Saya dan suami telah pergi ke klinik swasta pada suatu malam. Namun hampa. Walaupun ujian air kencing menunjukkan tanda-tanda yang positif, doktor berkata saya belum mengandung lagi. Mungkin cuma hormon saya kurang stabil. Saya kecewa. Dan menangis kerana terlalu mengharap dapat mengandung lagi..

Sejak dari hari itu, saya berbuat seperti biasa. Tidak terlalu mengharap. Makan seperti biasa, tetapi makanan-makanan tajam tetap dielakkan. Ketika itu sudah memasuki bulan Zulhijjah, Hari Raya Aildiladha. Saya masih teringat, ketika kawan-kawan sibuk memasak sup tulang di rumah salah seorang kawan suami saya, saya asik berasa mual. Hampir nak muntah. Bau dari sup yang sedang dimasak itu terasa cukup meloyakan. Dalam diam rupanya suami pun berasa begitu. Namun kami berdua tidak memikirkan apa-apa. Tidak terlintas dihati bahawa saya sudahpun berisi. Alhamdulillah, rupanya rezeki dari Allah datang tanpa dijangka..

Untuk beberapa minggu berturut-turut, segala bau-bauan terasa begitu busuk. Hinggakan ikan yang digoreng oleh jiran belakang berbau seperti daging yang haram disentuh oleh umat Islam. Sedangkan mereka beragama Islam.. Pelik. Sungguh pelik. Kek-kek yang saya masak juga terasa begitu meloyakan, walaupun baru saja lepas dimasak. Bahan-bahannya pun masih segar lagi. Hairan. Sungguh hairan.. Sampaikan saya terpaksa menahan hidung ketika mendeco kek-kek tersebut. Bila teringat kembali terasa lucu pula.. Benar kata-kata orang. Apabila kita terlalu mengharap untuk mengandung lagi, ia tidak menjadi. Tetapi sesudah kita tidak lagi meletakkan harapan begitu tinggi, rezeki telah diberikan. Kuasa Allah, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kerana tidak tahan dengan bau-bauan yang kurang enak itu, saya mengambil keputusan untuk check lagi. Dibelinya satu lagi set ujian mengandung di farmasi. Terasa berdebar-debar apabila melihat terdapat dua garisan yang tertera pada kertas tersebut. Benarkah? Tetap saya tidak meletakkan harapan tinggi, tunggu untuk dicheck oleh doktor lagi. Alhamdulillah, terbukti saya sudah mengandung. Sudah pun memasuki minggu ke-5..

Sejak itu, rezeki anak datang melimpah-limpah. Segala beban yang ditanggung ketika itu perlahan-lahan beransur hilang. Keresahan yang terpahat dihati mula dapat dikikis. Sedikit demi sedikit. Diganti dengan kesenangan dan kegembiraan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. Daya kreativitiku untuk menghias kek juga terasa makin meningkat. Ketelitian untuk menghasilkan kek-kek yang lebih kemas dan cantik dapat dirasakan dan dilihat. Mungkin itu salah satu sifat arwah. Dorongannya dari alam rahim membuatkan saya lebih teliti semasa menghias kek. Dan terasa lebih rajin untuk berkongsi pengalaman dan cara berhias dengan teman-teman yang lain.

Bila terkenang kembali perasaan semasa membuat dan menghias kek-kek tersebut, saya terasa begitu senang sekali. Idea datang mencurah-curah. Teknik-teknik yang saya cuba praktikan bertahun-tahun lebih mudah dilakukan. Cara hiasan dan corak menggunakan coklat juga dapat saya hasilkan. Walhal sebelum ini saya tidak begitu berminat menggunakan coklat sebagai hiasan atas kek..

Namum dalam kegembiraan menimang cahaya mata baru, perasaan sayu kadang-kadang berlegar dalam hati. Hairan. Mungkin ketika itu saya tidak terlalu memikirkannya. Tetapi secara tidak sedar saya seolah dapat merasakan sesuatu. Sesuatu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Mungkinkah ia firasat, tanda-tanda dari Allah? Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui..

Bila ditenung kembali, mungkin saya sudah tahu. Mengagak. Terlalu banyak perkara yang luar kebiasaan berlaku. Teringat dahulu, hati berasa malas, begitu berat sekali untuk membeli barang-barang bayi. Sehingga sudah memasuki 8 bulan, hanya beberapa pasang baju saja saya belikan untuk arwah. Itupun kerana memikirkan baju-baju yang akan dibawa ke wad nanti. Sedangkan baju-baju abangnya pun kebanyakkan saya telah lama buang, kerana sudah terlalu buruk. Keriangan untuk membeli barang-barang untuk arwah tidak begitu dirasai. Suami juga saya lihat tidak begitu teruja apabila saya mengajaknya untuk membeli barang-barang untuk anak kedua kami. Hanya 1 set kecil selepas mandi saja yang saya sediakan. Tilam, katil, bantal juga tidak dibeli. Padahal di rumah ini barang-barang lama abangnya telah ditinggalkan di semenanjung semasa balik raya dahulu. Pelik..

Beberapa hari selepas dibenarkan keluar dari hospital, tergerak dalam hati untuk membuka handphone saya. Melihat gambar-gambar yang telah ditangkap dalam folder gambar. Betapa sayu bila saya lihat, tiada satupun gambar saya semasa mengandungkan arwah. Sedangkan semasa saya mengandungkan anak sulung kami, saya ada menangkap beberapa keping gambar dalam keadaan saya yang sarat mengandung untuk dijadikan kenangan. Teringat lagi, semasa suami cuba mengambil gambar saya semasa saya masih mengandungkannya, saya terasa begitu malu. Segan. Elak untuk digambarkan. Terkilan juga dalam hati, tiada gambar kenangan saya semasa mengandungkan arwah.. Ketika ibu bapa saya datang hari itu pun, saya bercadang untuk menangkap gambar kami sekeluarga. Tetapi terlupa, hanya teringat setelah bapa dan adik-adik berada di airport untuk balik ke semenanjung.. Mungkin sengaja Tuhan melalaikan saya. Mungkin saya akan menangis, meratapi pemergian arwah jika melihat gambar semasa saya mengandungkannya.. Sedangkan melihat baju-bajunya sekarang pun saya akan terkenangnya..kadang-kadang menitiskan air mata..

Mungkin ini juga salah satu petanda dariNya..anak yang saya kandungkan telah tiba-tiba berada dalam kedudukan serong dalam perut saya. Tanpa sebab munasabah. Mungkin juga, salah satu petanda yang bayi saya akan lahir dalam keadaan rahim saya pecah, kerana kepalanya berada betul-betul dibahagian yang akan terkoyak itu. Wallahu a'alam..

Dari segi saintifik, doktor menjelaskan air ketuban saya begitu banyak. Hampir melebihi paras normal. Dan dikatakan ruang untuk bergerak itu banyak. Namun selang seminggu air ketuban itu dengan mendadak turun ke paras di bawah normal. Ketika itu saya telah berdoa, biarlah kedudukannya kembali pulih. Biarlah selamat. Dan dengan izinNya, dia pun kembali menegak. Mungkin ada yang akan menyalahkan, kenapa tidak dibedah sahaja? Kenapa perlu? Kerana jika tidak dengan izinNya pun, kedudukan anak tetap tidak akan berubah, walaupun pelbagai usaha telah diusahakan. Usaha saya ketika itu cuma berdoa dan berusaha. Bercakap dengan anak, mendoakannya kembali seperti biasa. Mendoakan agar kami berdua selamat. Selebihnya bertawakal. Bukan saya yang mengalihkannya dengan sendiri pun. Tidak berani saya menyentuhnya kerana telah doktor melarang.. Lagi pula, saya tidak menghadapi masalah, anak yang dikandung juga sihat. Atas nasihat doktor juga saya memberanikan diri untuk bersalin normal. Ramai juga kawan yang anak sulungnya caesar, tetapi anak seterusnya normal. Dari mereka saya mendapat kekuatan, menjadi pemangkin semangat saya untuk mencuba..


Saya masih teringat, pada hari saya discan sebelum saya dipaksa bersalin. Doktor telah memberi amaran awal-awal, jangan saya mengada-ngada meminta dibedah kerana saya telah bercadang untuk bersalin normal. Ketika itu saya akur. Bukan mudah untuk pihak hospital melakukan pembedahan serta-merta jika seorang pesakit tiba-tiba minta untuk dibedah. Team pembedahan perlu disediakan. Bilik bedah perlu dipastikan kosong. Jadual orang lain perlu diketepikan. Bila difikirkan kembali, ia seperti telah diatur awal-awal. Umpama satu babak dalam sebuah cerita. Kita seperti pelakon-pelakon, yang melakonkan satu watak..

Satu lagi kelainan yang dapat saya rasakan adalah ketika bersolat. Walaupun pada awalnya perasaan itu tidak hadir..beberapa minggu sebelum saya mula ditahan di wad buat pertama kalinya..beberapa minggu sebelum kandungan saya tiba-tiba berada dalam keadaan menyerong dalam perut..saya sudah berasa satu perasaan yang kurang enak. Hati terasa begitu berat, hinggakan saya menitis air mata bila membaca surah Yasin dan surah Inshirah. Terasa seperti akan meratapi pemergianku sendiri. Seolah-olah salah seorang, atau kedua-duanya sekali, akan pergi menghadap-Nya.. Allahu akhbar..


Mungkin pada orang lain saya cuma berangan-angan. Mungkin mereka mengtakan juga saya hanya menipu diri sendiri. Tetapi perasaan itu benar-benar terjadi, telah meresap ke dalam jiwa saya. Betapa yakinnya saya dengan perasaan itu, sehingga apabila sebelum doktor atau orang lain memberitahu saya yang anak saya sudah tiada, sebelum saya mendengar kata-kata nurse memujuk anak saya supaya bangun dalam bilik bedah pada hari kejadian itu berlaku pun, saya sudah dapat merasakan anak saya telah pergi menemui penciptanya.. SubhanAllah..

Pada yang melihat saya ketika melawat saya di wad, mungkin mereka terasa begitu pelik. Mungkin juga nurse-nurse, doktor-doktor turut rasa begitu. Kenapa saya begitu tenang sekali apabila disampaikan berita yang menyayat hati? Bukankah kebiasaanya seorang ibu akan meraung, pengsan, atau paling kurang menangis, apabila mendengar berita kematian anaknya?

Saya beritahu pada suami, setelah beberapa hari balik dari hospital..akan perasaan yang saya telah lalui. Bagaimana saya terasa seolah-olah pemergian arwah telah dapat saya rasa tanpa sedar, tanpa perlu orang mengatakannya pada saya. Terasa diri begitu lalai, alpa dalam mengingatiNya. Ketika hambaNya yang hina ini kerap melupakanNya, Dia masih mengingati saya. Memberi saya petunjuk-petunjuk, firasat-firasat, klu-klu, bahawa ajal sudah hampir tiba. Betapa kerdilnya rasa diri ini. Dalam kita asyik leka dengan benda keduniaan, Dia masih ingat pada kita. Mengurangkan segala beban di hati. Mungkin kerana itu, mungkin kerana naluri, firasat yang dikurniakan olehNya, saya dapat menerima berita itu dengan tenang. Dia telah memudahkan jalan saya untuk menerima ketentuanNya. SubhanAllah.. Syukur padaMu ya Allah.. Engkaulah Maha Mengasihani.. Betapa malunya aku padaMu..mengejar nikmat dunia tanpa memikirkan soal mati, kehidupan di akhirat nanti.. Bertapa kecilnya dugaan-dugaan yang telah dilalui sebelum ini, jika dibandingkan dengan dugaan yang berat ini..

Mungkin pada orang luar, yang melihat kejadian ini dari sudut yang jauh, akan menuding jari pada sesiapa. Mungkin pada saya kerana tidak merancang untuk dibedah awal-awal. Mungkin juga mereka akan menuduh doktor, atas 'kecuaian' yang berlaku kerana tidak prihatin pada tanda-tanda akan berlakunya pecah rahim, walaupun kes ini sangat jarang berlaku. Ia hanya seperti sebuah kisah dongeng yang dibaca dalam buku medikal, tidak terlintas untuk ia berlaku semasa karier seorang doktor. Ini yang diceritakan oleh doktor-doktor saya. Kemungkinan juga ini kes yang pertama berlaku di Hospital Tawau, saya pun kurang pasti. Sebenarnya kes ini hampir dibawa ke mahkamah, kerana pihak atasan mengandaikan kejadian ini sepatutnya dapat dielakkan dari awal. Namun inilah dikatakan takdir. Sudah ditentukan olehNya, arwah akan pergi pada ketika itu juga. Dalam keadaan itu. Hidup takkan selalu ikut apa yang kita rancang. Kita hanyalah insan yang lemah. Betapa kita cuba merancang, memantau, menjaga..jika Allah mengkehendakinya ia berlaku, maka berlakulah ia.. Yang pergi biarlah pergi, menjadi ingatan dalam diri kita. Yang hidup, jangan dilupa atau diabaikan..mereka masih memerlukan kita..

Walau bagaimana beratnya hati ini..menerima kematian anak..menerima saya mungkin tidak dapat mengandung lagi..atau mungkin mengancam nyawa sendiri dan anak jika dapat mengandung..saya sudah pasrah. Mungkin, pada awalnya hidup akan terasa kelam. Mendung. Sunyi. Jika inilah takdirnya, saya berserah pada Illahi. Hidup, mati, rezeki..semuanya di tangan Allah..