Inilah dia chiller yang akan digunakan untuk menyejukkan air laut dalam akuarium saya. Ambil second-hand punya. Ada la kene repair sikit sebab ada leaking. Kalau air tawar boleh tahan la tapi kalau air laut, melekit-lekit nanti. Lepas balik kerja, saya repair mana-mana bahagian yang leaking. Lepas tu apa lagi, sesi test-run lah... Alhamdulillah selepas semalaman saya biar air running, takde masalah.
Sebelum ni saya menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air dalam akuarium air laut saya. Sedikit pengubahsuaian perlu dibuat pada peti sejuk berkenaan. Kelemahannya ialah saya tidak dapat mengawal suhu air dalam akuarium seperti mana yang saya mahu.
Beginilah rupanya peti sejuk yang digunakan untuk menyejukkan air dalam akuarium.
Chiller digunakan untuk menggantikan peti sejuk. Sistem saliran menjadi lebih mudah.
Dengan menggunakan chiller, saya bebas menetapkan suhu air dalam akuarium seperti yang telah disetkan pada chiller. Buat masa ini, saya biarkan dulu akuarium air laut saya dengan beberapa hidupan sahaja iaitu 2 ekor nemo, anemone, 2 ekor tapak sulaiman dan 2 ekor ketam. Test-run-mode.
Selepas selesai test-run-mode nanti, baru saya akan isi lagi beberapa hidupan marin ke dalam akuarium air laut saya nanti.
Antara penghuni akuarium air laut saya semasa saya masih menggunakan peti sejuk sebagai penyejuk air.
