Minggu ni aku sibuk keluar buat promosi. Boleh kata sepanjang minggu aku tak masuk opis. Memang dah jadi sebahagian daripada kerja aku kene keluar untuk buat promosi tentang Kolej Komuniti Tawau. Promosi mengenai Kursus Sepenuh Masa dan juga Kursus Pendek.
Kursus Sepenuh Masa berlangsung selama 2 tahun dan setelah menamatkan pengajian, akan menerima sijil. Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan adalah peringkat Sijil dan terdapat 3 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau.
-Program Sijil Automotif
-Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
-Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan)
Syarat kemasukan adalah lulus Bahasa Melayu SPM. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mendaftar kursus sepenuh masa ini. Yuran pula adalah RM200 untuk setiap semester. Pelajar tidak dikenakan yuran sepanjang semester mereka berada dalam Latihan Industri.
Borang pendaftaran untuk Kursus Sepenuh Masa Kolej Komuniti Tawau boleh didapati secara percuma di Kolej Komuniti Tawau. Permohonan juga boleh dibuat secara online melalui
link berikut
->
http://online.bpkk.edu.my/online/eBorangKK_Jul/default.aspKursus Pendek pula merupakan kursus yang diadakan dalam masa yang lebih singkat. Biasanya tempoh kursus adalah 1 hari. Pelbagai kursus yang ditawarkan dan ianya adalah berdasarkan permintaan setempat bagi memenuhi keperluan komuniti sejajar dengan konsep Kolej Komuniti.
Kursus Pendek ini terbuka kepada semua peringkat umur dan syarat kemasukan hanyalah warganegara Malaysia. Yuran kemasukan adalah sekitar RM5 ~ RM40, bergantung kepada jenis kursus kerana kemungkinan bahan yang digunakan untuk kursus. Ini kerana hasil kerja kursus adalah milik peserta.
Terdapat pelbagai Kursus Pendek yang ditawarkan seperti
-Kursus Microsoft Word
-Kursus Microsoft Excel
-Kursus Microsoft PowerPoint
-Kursus Membina Laman Web
-Kursus Asas Pendawaian
-Kursus Asas Servis Kenderaan
-Kursus Asas Solekan
-Kursus Jahitan Manik
-Kursus Membuat Roti
-Kursus Pengurusan Jenazah
-Kursus Bahasa Arab
-Kursus Bahasa Inggeris
dan pelbagai kursus lagi.
Sekiranya terdapat permintaan untuk kursus yang tiada di dalam senarai, ianya tetap akan dibuat sekiranya ada permintaan. Pihak Kolej Komuniti Tawau akan menyediakan tenaga pengajar samada dari dalam ataupun dari luar untuk memenuhi keperluan komuniti setempat.
Tiada had umur untuk menyertai Kursus Pendek ini. Ianya terbuka untuk semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun warga emas. Untuk golongan warga emas, yuran adalah dikecualikan.
Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi pihak Kolej Komuniti Tawau di talian 089-913400