Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Showing posts with label Photogenic. Show all posts
Showing posts with label Photogenic. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Seperti New Year pada tahun-tahun yang lalu, sejak saya ada kamera DSLR, saya akan pergi memburu bunga api atau fireworks. Dan seperti biasa, lokasi yang biasa saya pergi adalah di Tawau Golf Club, Tanjung Batu, Tawau. Pertunjukkan bunga api di sini biasanya tidak kurang selama 10 minit secara non-stop.

Kebetulan saya pergi, isteri dan anak turut ikut sama. Bukan kerana nak celebrate tahun baru, tapi lebih kepada nak tengok pertunjukkan bunga api. Memang syok tengok bunga api ni... Tidak hairan la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk membakar bunga api tersebut. Ia sememangnya satu panorama yang indah.


Beberapa minit sebelum countdown untuk tahun baru


Tepat jam 12.00 malam, bertukar la tarikh kepada 1 Januari 2012. Maka bermulalah pertunjukkan bunga api.

















Ini adalah antara yang dapat saya upload di sini. Banyak yang diupload di Facebook.

Link album berkaitan di Facebook https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2413176250219.272074.1275685691&type=1&l=0e1d45600e



Dalam masa yang sama, saya juga turut merakam video pertunjukkan bunga api tersebut walaupun tidak dapat merakam sepenuhnya dari awal hingga akhir.



Menggunakan Nikon D5000



Menggunakan Nokia N97 mini


Sekadar berkongsi, tapi bukanlah tips yang paling tepat :


  • paling penting, perlu ada tripod
  • elok menggunakan alat trigger seperti remote trigger bagi mengelakkan gegaran atau shaking semasa snap gambar
  • kalau ada lens yang wide lagi bagus tapi saya menggunakan kit lens 18-55mm sahaja
  • manual focus dan set fokus pada infiniti
  • shoot di kawasan yang gelap
  • apperture biar kecil, biasanya saya guna f/16 atau f/22
  • untuk shutter speed biasanya saya guna "bulb" sahaja... terpulang berapa lama nak open shutter


Ini merupakan beberapa perkara yang saya buat untuk shoot gambar firework. Tapi kadang-kadang tak guna tripod pun. Tapi pegang kamera kene betul-betul steady la... Agak penat nak steady lama-lama.



Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Malam tadi merupakan salah satu malam yang mana rakyat Malaysia diberi peluang oleh Allah untuk melihat fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana bulan penuh. Gerhana bulan berlaku ketika bulan purnama dan ketika itu bulan berada selari dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Dengan kata lain, pada ketika ini bulan berada dalam bayang-bayang bumi.

Kebetulan malam tu saya menghadiri majlis perkahwinan rakan. Selesai majlis makan-makan lebih kurang jam 9 malam, saya dan keluarga dengan segera pulang ke rumah. Masa bertolak, sekitar jam 7 malam, saya lihat di langit, bulan masih penuh lagi. Setibanya di rumah, tanpa melengahkan masa, saya terus mengeluarkan kamera saya bersama tripod. Apa nak buat. Orang tengok bulan guna teleskop. Tapi saya tidak mempunyai teleskop, kamera dengan lensa zoom je la yang ada. Jadi laaaa..... Daripada takde langsung. Hihihi... Tak perlu pergi jauh-jauh. Dalam laman rumah je.

Untuk makluman, saya berada di Tawau pada ketika saya menyaksikan fenomena gerhana bulan ini.



Ni je la peralatan yang saya guna untuk memerhati fenoma gerhana bulan.



Pada 10.19pm
Gambar agak shaky sikit. Terlebih lama pulak shutter dibuka. Dah macam nak buat star-trail la pulak



Pada 10.31pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Sengaja bagi exposure lama sikit




Pada 10.57pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Exposure pada tahap yang agak normal



Pada 11.23pm
Cahaya bulan mula kembali menyinar. Bulan mula keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.31pm
Hampir separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.42pm
Separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi





Pada 12.06am
Gerhana bulan hampir berakhir





Pada 12.26am
Gerhana bulan berakhir




Sempat juga saya merakamkan video selama beberapa minit. Walaubagaimanapun visual video tidak berapa jelas.






Kita disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana pada bila-bila masa berlakunya fenomena gerhana ini sebagai tanda mengagungkan kejadian Allah.



Dalam masa yang sama, ada juga rakan lain yang berjaya merakamkan fenomena gerhana bulan ini dengan lebih cantik. Gambar diambil di Sandakan, Sabah.




Camera setting: Date: 12/10/11
Time: 10:14:17 PM
Model: NIKON D3S
Firmware: Capture NX 2.2.8 M
Frame #: 2670
Lens (mm): 500 ISO: 2000
Aperture: 4
Shutter: 1/4
Exp. Comp.: -2.3
Program: Aperture Priority
Focus Mode: AF-C
White Bal.: 4350K ICC
Profile: Nikon sRGB 4.0.0.3002

Image was cropped (not to mention Abby, my 5yrs old 'monkey' was running around the tripod...)
Photo: Cede Prudente www.cedeprudente.com Photographs are property of Cede Prudente Photography , downloading is disallowed without written permission.




Ini pula merupakan petikan daripada Utusan Malaysia Online.


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi.


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya.



Sunday, January 9, 2011

Bahang betul hari ni

Hari ni memang terasa bahang betul. Cuaca panas.....

Teringat Taufiq dah lama tak mandi kolam. Kebetulan cuaca panas ni, aku ajak Taufiq mandi kolam. Mula-mula kena la pam dulu kolam Taufiq ni. Lepas tu isi air. Kerja-kerja mengisi air dalam kolam, aku serahkan pada Taufiq. Hehehe.....

Sejak kecik lagi Taufiq memang suka main air. Cuma ada beberapa insiden menyebabkan Taufiq agak takut nak mandi kolam. Memang terjerit-jerit la dia kalau kaki dia tak jejak apa-apa. Kesian pulak aku tengok. Pelan-pelan la hilangkan takut dia tu.















Tengah syok Taufiq main air di petang yang panas, tiba-tiba je hujan. Biasa la tu kalau dah panas terik pastu tiba-tiba hujan.

Saturday, January 1, 2011

Firework 2011 di Tanjung Batu

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk melihat tahun 2011. Hari ni merupakan awal tahun bagi 2011. Semoga tahun-tahun yang lalu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi diri kita semua supaya kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni.

Malam tadi aku sekeluarga pergi melihat firework sempena sambutan tahun baru. Rasanya ni lah kali pertama aku sekeluarga keluar malam-malam pergi tengok bunga api sambutan tahun baru. Biasanya kalau nak tengok pun, tengok dari depan rumah je. Nasib baik nampak la bunga api tu. Hehehe...

Tapi memandangkan ada member aku ajak pergi, dengan alasan untuk mengambil gambar firework. Dia ni dulu pernah kerja sama tempat dengan aku kerja. Tapi dah pindah tempat lain sebab dah dinaikkan pangkat. Kira ajak outing la tu (istilah yang agak biasa digunakan bagi geng-geng photographer). Hihihi... Bini aku dengar aku nak pergi, dia pun nak ikut juga. Ok la tu. Masing-masing bawa family. Tengok di tempat golf area Tanjung Batu. Member aku pesan datang awal, dalam jam 10 malam. Takut nanti ramai orang.

Malam tu boleh pulak aku tertidur masa tengok berita. Nasib baik tersedar. Tengok jam, lebih kurang pukul 11.30 dah. Bini aku ngan anak aku belum tidur lagi. Aku tanya bini aku nak pergi ke tak. Bini aku ok je. Cepat-cepat kitorang bertolak. Nasib baik dah makan dah sembahyang. Dan paling penting, D5000 aku mesti bawa. Hahaha...nak cari tempat parking dah susah. Dah lambat kan...... Tapi nasib baik dapat. Tak jauh juga nak menapak. Alhamdulillah.....

Cepat-cepat kami jalan masuk. Cari tempat yang sesuai. Tak sampai 5 minit lepas tu, tepat jam 12 tengah malam. Lampu sekitar kawasan tu digelapkan. Dan bunga api mula dilepaskan satu persatu. Tanpa membuang masa, D5000 menjalankan tanggungjawabnya.








Aku tak upload banyak kat sini. Tapi boleh la tengok kat folder facebook aku. Banyak aku upload kat situ. Bawah ni aku link ke folder facebook aku.


Folder Firework di Facebook



Setting yang aku gunakan adalah :

Mode : Manual
ISO : 200
Aperture : f/16
Shutter : Bulb

Untuk shutter : bulb ni, shutter akan terbuka sehingga kita lepaskan button. Sengaja aku set bulb sebab mula-mula aku set shutter untuk 20 saat. Tapi macam tak ngam pulak timingnya dengan bunga api tu. Tak sekata. Ada yang 10 saat je. Ada yang 20 saat. Untuk kawalan sepenuhnya, aku set bulb je la untuk shutter.

Biasanya kalau nak hasil yang cantik, orang akan gunakan tripod. Tapi aku takde tripod waktu tu. Pegang guna tangan je la. Aku mencangkung, siap kuda-kuda lagi. Mencabar jugak la. Nasib la kalau ada gambar firework tu nampak kerinting-kerinting. Hihihi...

Sempat juga aku rakam video guna D5000.



Saturday, November 13, 2010

Panning

Panning merupakan satu teknik yang digunakan untuk mengambil gambar objek yang sedang bergerak. Seperti contoh sebuah kereta yang sedang bergerak di jalanraya.



Sebagai contoh gambar di atas, kereta ini sedang bergerak menuju ke garaj untuk parking. Walaupun gambar kereta ini berjaya disnap dengan baik, tetapi gambar ini kelihatan kaku.


Bagi gambar di atas pula, pergerakan kereta ini jelas kelihatan dalam gambar. Ini membuatkan gambar tersebut kelihatan lebih hidup.
Untuk mengambil gambar seperti di atas, teknik panning digunakan. Sebagai asas untuk latihan, anda boleh menggunakan jari anda sebagai objek. Kemudian gunakan Shutter Priority Mode pada kamera DSLR anda. Dengan shutter speed disetkan pada 1/60. Ikut pergerakan jari anda dan snap.













Setting pada shutter speed boleh diubah mengikut kesesuaian.

Setelah anda sudah biasa dengan latihan seperti di atas, anda boleh mula mencuba pada objek lain yang sedang bergerak. Sebagai contoh saya menggunakan kereta yang lalu di hadapan rumah saya sebagai subjek.





Pastikan kamera anda terus mengikut pergerakan kereta tersebut sehingga anda selesai snap.