Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Malam tadi merupakan salah satu malam yang mana rakyat Malaysia diberi peluang oleh Allah untuk melihat fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana bulan penuh. Gerhana bulan berlaku ketika bulan purnama dan ketika itu bulan berada selari dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Dengan kata lain, pada ketika ini bulan berada dalam bayang-bayang bumi.

Kebetulan malam tu saya menghadiri majlis perkahwinan rakan. Selesai majlis makan-makan lebih kurang jam 9 malam, saya dan keluarga dengan segera pulang ke rumah. Masa bertolak, sekitar jam 7 malam, saya lihat di langit, bulan masih penuh lagi. Setibanya di rumah, tanpa melengahkan masa, saya terus mengeluarkan kamera saya bersama tripod. Apa nak buat. Orang tengok bulan guna teleskop. Tapi saya tidak mempunyai teleskop, kamera dengan lensa zoom je la yang ada. Jadi laaaa..... Daripada takde langsung. Hihihi... Tak perlu pergi jauh-jauh. Dalam laman rumah je.

Untuk makluman, saya berada di Tawau pada ketika saya menyaksikan fenomena gerhana bulan ini.



Ni je la peralatan yang saya guna untuk memerhati fenoma gerhana bulan.



Pada 10.19pm
Gambar agak shaky sikit. Terlebih lama pulak shutter dibuka. Dah macam nak buat star-trail la pulak



Pada 10.31pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Sengaja bagi exposure lama sikit




Pada 10.57pm
Gerhana bulan sedang berlaku. Exposure pada tahap yang agak normal



Pada 11.23pm
Cahaya bulan mula kembali menyinar. Bulan mula keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.31pm
Hampir separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi




Pada 11.42pm
Separuh permukaan bulan sudah keluar dari bayang-bayang bumi





Pada 12.06am
Gerhana bulan hampir berakhir





Pada 12.26am
Gerhana bulan berakhir




Sempat juga saya merakamkan video selama beberapa minit. Walaubagaimanapun visual video tidak berapa jelas.






Kita disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana pada bila-bila masa berlakunya fenomena gerhana ini sebagai tanda mengagungkan kejadian Allah.



Dalam masa yang sama, ada juga rakan lain yang berjaya merakamkan fenomena gerhana bulan ini dengan lebih cantik. Gambar diambil di Sandakan, Sabah.




Camera setting: Date: 12/10/11
Time: 10:14:17 PM
Model: NIKON D3S
Firmware: Capture NX 2.2.8 M
Frame #: 2670
Lens (mm): 500 ISO: 2000
Aperture: 4
Shutter: 1/4
Exp. Comp.: -2.3
Program: Aperture Priority
Focus Mode: AF-C
White Bal.: 4350K ICC
Profile: Nikon sRGB 4.0.0.3002

Image was cropped (not to mention Abby, my 5yrs old 'monkey' was running around the tripod...)
Photo: Cede Prudente www.cedeprudente.com Photographs are property of Cede Prudente Photography , downloading is disallowed without written permission.




Ini pula merupakan petikan daripada Utusan Malaysia Online.


Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi.


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kira-kira 3,000 pengunjung bertumpu di Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh yang terakhir pada tahun ini bermula pukul 7.35 malam hingga 1.30 pagi.

Fenomena itu hanya dapat disaksikan semula oleh rakyat Malaysia pada 2014.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari dan Timbalannya, Dr. Nordin Ahmad turut menyertai orang ramai menyaksikan fenomena itu.

Azreena ketika ditemui berkata, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan apabila ia melintasi bayang bumi.

“Gerhana pada malam ini bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam ini.

“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam ini,” katanya.



Friday, September 2, 2011

Petikan dari Bernama - Perniagaan Internet

Hari ni merupakan raya ke-4. Seperti biasa aktiviti beraya, ziarah menziarah masih diteruskan. Bezanya kami sekeluarga hanya di rumah, menunggu tetamu yang datang berkunjung ke rumah kami. Ini kerana isteri saya masih lagi berpantang, masuk hari yang ke-39. Walaubagaimanapun masih lama lagi isteri saya berpantang kerana bukan bersalin normal, tapi pembedahan. Dan dalam masa yang sama, sudah hari yang ke-39 juga anak kami Nurfatihah Humairah meninggalkan kami.

Walaubagaimanapun di petang Jumaat ini, sedang kami berehat-rehat, terlintas pula hendak membuka laman Bernama. Dan terjumpa pula artikel mengenai perniagaan internet di kalangan surirumah yang berkelulusan tinggi.

Boleh baca sendiri artikel tersebut



02 September, 2011 10:25 AM

Perniagaan Menerusi Internet Pikat Suri Rumah Berkelulusan Tinggi

Oleh Siti Nuraziah Zainal Alam

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Perniagaan secara online yang mampu mendatangkan pendapatan lumayan semakin menarik minat ramai suri rumah berkelulusan tinggi yang kurang mempunyai masa atau peluang untuk berniaga secara konvensional.

Malah, ada antara mereka yang memegang ijazah sarjana, memilih perniagaan sebegini memandangkan ia juga memberikan mereka lebih banyak masa untuk bersama keluarga khususnya anak-anak yang kecil atau sedang membesar.

Tinjauan Bernama mendapati jenis perniagaan menerusi Internet yang paling mendapat sambutan usahawan wanita muda adalah perkhidmatan dan produk kecantikan seperti kanta sentuh dan alat solek; makanan seperti kek; produk kesihatan seperti multivitamin serta
pakaian termasuk untuk lelaki.

Kebanyakan mereka menggunakan blog atau laman sosial untuk mempromosi, menjual dan mengambil tempahan daripada pelanggan.

Hadhatina Abdul Halim, 30, suri rumah tangga berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat dari Universiti Kuala Lumpur, berkata pendapatan bulanan kasar yang diperoleh hasil daripada penjualan produk kesihatan menerusi blog miliknya mampu mencapai sehingga lima angka
setiap bulan.

Hadhatina, yang mempunyai seorang anak berumur setahun empat bulan dan sedang mengandung anak kedua, telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara online ini sejak setahun lepas, hasil daripada minat beliau menulis blog.

"Pada mulanya blog saya lebih kepada perkongsian pengalaman hidup dan juga hobi saya ketika itu.

"Namun segalanya berubah apabila saya mula tertarik dengan sejenis produk kesihatan untuk para ibu dan melanggannya secara online.

"Bermula dari saat itu, saya menjadi pelanggan tetap kepada produk terbabit dan turut menjadi pengedar," katanya.

Hadhatina, yang berasal dari Perak dan kini menetap di Shah Alam, berkata antara cabaran besar yang perlu ditempuh ialah mendapatkan kepercayaan pelanggan terutama daripada segi kualiti produk yang ditawarkan.

"Namun, senario perniagaan pada hari ini berbeza dari perniagaan zaman silam di mana peluang untuk golongan wanita berjaya dalam bidang perniagaan hari ini adalah lebih baik atas beberapa faktor termasuk teknologi," katanya.

Siti Aisyah Agus, 26, seorang suri rumah tangga berkelulusan Diploma Teknologi Pengurusan (Perakaunan), Universiti Teknologi Malaysia yang menjual kanta sentuh import dari Korea, berkata perniagaan beliau bertitik tolak daripada minat untuk berniaga sejak kecil lagi.

"Perniagaan secara online ini lebih mudah terutamanya bagi suri rumah tangga seperti saya yang perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

"Saya tak perlu fikir kos yang tinggi, cukup dengan adanya Internet, boleh berniaga terus dari rumah," katanya yang berasal dari Johor dan sedang menanti kelahiran anak pertamanya November ini.

Siti Nurzakiah Zainal Alam , 29, suri rumah tangga berkelulusan sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata jika hati mempunyai niat yang baik serta tak mementingkan keuntungan semata-mata, insyaAllah apa yang dibuat
akan berkualiti dan diyakini.

"Dorongan suami dan juga ibu bapa membantu saya untuk meneruskan perniagaan dan jika tiada aral melintang, saya bercadang untuk membuka kedai kek pada masa akan datang," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Nurzakiah, yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Sabah, menjalankan perniagaan kek melalui blog dan laman sosialnya.

"Untuk berjaya dalam perniagaan seperti ini tidak mustahil, jika ada minat dan sikap tidak mudah putus asa," katanya.

Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia, Faridah Jabbar, menyifatkan aktiviti perniagaan menerusi Internet ini sebagai satu langkah yang positif bagi kaum wanita terutamanya suri rumah.

"Ia merupakan tapak awal untuk sesuatu perniagaan itu berkembang. Bagaimanapun kita perlu lihat balik sama ada pertambahan itu disebabkan minat ataupun kerana terikut-ikut dengan trend berniaga menerusi internet," katanya kepada Bernama.

Faridah berkata keinginan untuk berniaga haruslah datang dari hati dan bukan kerana untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

"Terdapat juga segelintir usahawan online ini yang mengamalkan sikap 'one-time-go' dan tidak mengambil inisiatif membina hubungan mesra pelanggan.

"Mereka ini jenis kalau dah dapat duit sahaja, terus hilang dan tak cuba nak tahu mengenai kepuasan hati pelanggan terutamanya dari segi mutu barangan serta perkhidmatan pelanggan," katanya.

Situasi ini hanya akan menjejaskan imej usahawan lain yang benarbenar serius dalam menjalankan perniagaan secara online, kata Faridah.

"Usahawan wanita muda tidak harus takut dengan saingan perniagaan yang ada dan perlu bersifat kreatif dalam memastikan sesuatu perniagaan itu berjaya dan tahan lama," katanya.

-- BERNAMA





Salah seorang usahawan internet yang dinyatakan dalam artikel tersebut adalah isteri saya. Hehehe... Yang penting isteri saya akan terus buat kek untuk kami anak beranak makan. Tak perlu nak beli di kedai kek.

Apa pun tahniah diucapkan buat isteri saya atas pencapaian yang dicapai hingga hari ini.

Monday, August 29, 2011

Menganyam Ketupat Jantung

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Jantung.



Menganyam Ketupat Bantal

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Bantal.



Menganyam Ketupat Bawang

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Bawang.



Tuesday, July 7, 2009

New URL for Blog Si Mamat

Blog Si Mamat's url is now officially transfered

from duokino.blogspot.com

to www.duokino.com

But in this moment, for those who access duokino.blogspot.com will be automatically redirect to new url to make sure this blog is still reachable.

Sorry for the inconvinience.

Wednesday, June 24, 2009

Berkarat air paip aku

Isnin aritu ada orang datang check air. Aku pun mengambil kesempatan untuk check air paip kat rumah aku la. Memang ok. Tapi bila dia test guna alat ala-ala elektrolisis, maka klorin-klorin dan karat-karat serta benda-benda lain mula mendak. Dapat la nampak macam mana sebenarnya air yang keluar dari paip rumah aku. Nampak je jernih. Tapi sebalik jernih tu rupanya berkarat. Huhuhu...

Tak percaya tengok la ni.


Pastu aku minta orang tu test juga air aku yang dah ditapis. Boleh nampak beza.

Alhamdulillah... Kalau tak ok juga, tak payah la pakai penapis ek. Hehehe... Jangan salah paham lak. Yang kanan tu air yang tak tapis. Direct keluar dari paip. Yang kiri tu pulak air yang dah tapis menggunakan penapis yang aku pakai. Dan kedua-dua air dalam gelas tu dah melalui proses pengujian ala-ala elektrolisis.

Saturday, June 13, 2009

Seri Mas Segar

Aritu sebelum aku balik Tawau, sempat gak aku balik kampung kat Parit Raja. Lepak rumah bapa aku kat Taman Manis. Hehe...dulu masa belajar kat ITTHO, aku pernah gak menyewa kat Taman Manis ni.

Alang-alang aku kat Parit Raja, aku lepak-lepak gak la kat kedai yang bapa aku handle. Seri Mas Segar, sebelah kedai makan Line Clear, depan Petronas. Kedai ni diambil alih daripada kedai Rahim Segar.

Seri Mas Segar ni kira kedai runcit, dan juga pemborong. Sayur-sayur, ayam, daging, makanan laut segar-segar. Kalau tak, takleh la letak nama kedai "segar" ;-) hehehe... Harganya pun murah. Yela...merangkap pemborong la katakan.

Selain daripada orang biasa, pelanggannya juga terdiri daripada kedai-kedai makan di sekitar Parit Raja. Dan tak lupa juga penduduk-penduduk sekitar Parit Raja yang berhajat untuk membuat kenduri termasuklah kenduri kahwin, turut memesan barang-barang basah, barang-barang kering dan barang-barang runcit daripada kedai Seri Mas Segar ni.








Untuk sebarang pesanan, bolehlah menghubungi pengurus kedai ni, En.Padil (017-6384482)

Friday, June 12, 2009

KL to Kota Kinabalu / Narita

Hari ni aku balik dari semenanjung ke Tawau. Baru habis kursus di Kolej Komuniti Jelebu. Naik flight dari KLIA ke Kota Kinabalu, pastu sambung lak dari Kota Kinabalu ke Tawau. Kebetulan flight ke Kota Kinabalu tu memang flight untuk ke Narita. Narita ni kat Jepun la, mana lagi. Hehehe... Biasanya kalau ada announcement cuma dalam Malay dan English je. Tapi kali ni siap dalam Bahasa Jepun sekali.

Dan dalam masa yang sama, sekali lagi aku berpeluang naik Boeing-777. Tapi seat aku kat sayap kapal terbang la. Dah la kapal terbang ni besar. Sayapnya pun besar la. Habis tak nampak apa-apa. Ada la nampak pemandangan sikit je. Huhuhu... Tengok la tu...



Nasib baik kapal terbang ni ada tv LCD ;-) leh la aku hilangkan boring. Main game je, tengok movie ke.


Takde earphone jadi tak dapat dengar la. Tak best gak tengok movie tanpa suara. Huhuhu...

Main game Freecell je la. Malas lak nak main game lain.


Sekali sekala tengok la keadaan penerbangan dari semasa ke semasa.


Baru la aku tau, rupanya kalau dah terbang kat atas ni suhunya leh cecah -50 darjah celcius. Pergh...sejuk tuuu.....



Ganggang ni nak guna untuk tepon pun boleh. Tapi kene bayar la. Huhuhu... Aku guna untuk nak kawal channel ngan untuk nak main game je. Takde keje nak tepon-tepon orang masa dalam kapal terbang ni :-P
Boeing-777

Boeing-737

MASWing

Sementara tunggu flight ke Tawau, aku merayau-rayau kat airport Kota Kinabalu. Ada akuarium air laut kat airport ni. Tapi coralnya sikit je ek. Huhuhu...
Sampai je Tawau, aku balik rumah. Pastu gi opis jap. Amik barang yang aku order dari Fish-Street. Pastu balik rumah la balik. Uatpe lepak opis lama-lama. Kan ke aku dapat cuti hari ni. Cuti perjalanan. Hehehe...

Saturday, January 24, 2009

Jom makan KFC

Ini merupakan petikan dari emel yang aku dapat.

---------------------

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC. dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC. ko dok bunuh orang palestin".... dah banyak sms yang saya dapat... daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings(M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikankepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas.

selain itu juga, dibawah KFC Holdings(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam. oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia? oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja. sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam. inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
---------------------------

Orang Johor, atau sape-sape yang belajar kat UTHM sekarang patut tau la Tan Sri Ali Hashim ni. Dan juga tentang Johor Corporation ni. KFC kat Parit Raja tu memang under Johor Corporation.

Friday, January 9, 2009

My poor laptop...

Macam biasa aku kat opis buat kerja-kerja pengkeranian menggunakan laptop aku. Walaupun ada gak PC kat bilik aku dalam makmal aku tu. Tapi sunyi kalau duduk dalam bilik tu. Sorang-sorang je. Tapi kadang-kadang ada gak waktu-waktu nak mendapatkan ketenangan bersendirian ataupun nakkan privasi. Nak rilek-rilek buat kerja sambil dengar lagu ke. Kalau aku buat macam tu kat meja aku dalam bilik staf, kesian pulak kat orang lain. Mengganggu ketenteraman orang pulak.

Minggu ni takde la banyak mana kerja-kerja pengkeranian aku. Cuma sekadar buat jadual waktu untuk pensyarah elektrik. Bila aku dah siap buat jadual, tinggal last touch-up je, aku ingat nak rilek kejap la. Aku pun surf internet ka kejap. Tengok-tengok anime apa yang boleh nak download nanti. Takde lagi. Belum lagi. Aku tunggu episod Bleach, One Piece ngan Naruto Shippuuden tiap minggu. Aku kumpul dia punya anime ngan manga. Memang complete aku kumpul sampai yang terkini.

Lepas tu aku pun buka la portal Utusan jap. Tengok-tengok berita sepintas lalu. Tengah aku baca, tiba-tiba skrin laptop aku jadi gelap. Tapi lampu-lampu indicator semuanya hidup la. Aku tekan apa pun tak boleh. Last-last aku padam laptop tu secara paksa. Rilek jap beberapa minit. Aku hidupkan balik, ok. Aku pun ingat nak sambung la balik touch-up jadual waktu yang aku buat tadi tu. Tiba-tiba skrin jadi gelap balik. Sama macam tadi. Tekan apa pun tak boleh. Aiseh, apasal pulak dengan laptop aku ni. Aku pun biarkan je laptop aku lepas aku matikan secara paksa.

Apa lagi, merayau-rayau borak-borak dengan member je la. Sambil tumpang-tumpang PC member. Sampai la abis waktu kerja. Nasib baik dah petang. Tak lama lagi nak balik. Kat rumah aku try lagi. Benda sama juga berlaku. Makin tiada harapan. Bila hidupkan langsung takde apa-apa. Yang hidup cuma lampu-lampu indicator sahaja. Huhuhu...aku risaukan data aku dalam hardisk tu. Harap-harap ok la. Aku cuma mampu berharap je. Kalau tak, kene buat balik la jadual waktu tu. Nasib baik petang tu aku sempat print. Walaupun belum touch-up lagi tapi at least susunan dah ada. Mudah la. Tinggal salin balik je la andai kata kene buat balik.

Arini aku pegi keje, aku lepak je la kat bilik aku dalam makmal. Guna PC aku dalam bilik tu. Nak touch-up gak cover depan fail pensyarah. Tukar wording je. Tapi aku buat guna Macromedia Firework. Diorang kat sini kalau design grafik biasanya guna Adobe Photoshop. Hehe...saje je aku guna lain. Jadi takde orang la boleh ubah kecuali aku. Boleh gak ubah cuma kene keje lebih sikit la. Hehehe... Konon-konon nampak macam cuma aku je la yang boleh ubah. Huahaha...

Lepas tu aku prepare sikit tempat pendaftaran pelajar untuk minggu depan. Sempat gak pagi tadi aku gantung banner. Baru nampak sikit suasana nak buka semester ;-) Lepas tu aku pegi la bandar nak cari casing untuk hardisk laptop aku ni. Jadikan portable hardisk. Tapi sebelum beli casing tu, aku minta taukeh tu test dulu hardisk tu ok lagi tak. Nasib baik ok. Dan aku pun beli la casing tu. Maka dengan ini duniaku pun mula berubah sikit. Tak pernah aku ada portable hardisk ni. Hehehe...



Kesian laptop aku. Nape ek. Motherboard rosak ke...

Friday, November 14, 2008

ISO : In other word... Ikut Suka Orang

Aku baru je balik dari Regency Tanjung Tuan kat Port Dickson semalam. Attend kursus JuruAudit Dalaman. Ai...berjalan je la aku ni. Dah 3 minggu straight. Aritu seminggu kat Langkawi. Minggu lepas keluar gi observe budak kolej aku buat Latihan Industri. Minggu ni keluar ke PD lak. Ikutkan arini baru aku balik tapi banyak keje lagi nak kene buat. Sesekali outstation memang ler best. Tapi kalau kerap sangat, kang bertimbun-timbun keje aku yang tak siap.

Sebelum ni aku nah pegi kursus untuk Pembangunan Dokumentasi. Kiranya macam nak kene buat prosedur untuk kualiti la. Kali ni pulak untuk buat audit. Mampus nak menghafal klausa-klausa tu. Dah macam amik subjek undang-undang lak. Macam peguam pun ada rasanye. Hehehe...

Tu baru nak menghafal klausa, belum lagi nak kene paham prosedur. Kalau tak paham prosedur, macam mana nak mengaudit. Hehehe... Tapi bila dah faham, takde la susah mana. Apa pun, ISO tu maknanye Ikut Suka Orang. Huahaha... Eh? Betul apa... Prosedur yang ada sebenarnya terpulang macam mana yang kita nak. Yang penting dia merangkumi semua keperluan yang perlu ada. Bila semua keperluan yang patut tu ada, InsyaAllah, confirm sistem tu akan jadi smooth. Hehehe...

Aku tunggu sijil JuruAudit. Pastu baru la boleh mengaudit. Kalau boleh pun aku tak nak buat kalau takde sijil. Huhuhu... Lagi pun ada exam. Katanya kalau tak dapat-dapat lagi sijil, anggap je tak lulus. Lulus ke tak, aku tak kisah. Yang penting banyak ilmu baru yang aku dapat. Ilmu yang aku dapat tu mampu memantapkan lagi keje aku supaya lebih sistematik dan berkualiti.

Pssssst.....cuba korang tanya orang jawa, "iso" tu apa maknenye. Hehehe...

Sunday, November 2, 2008

Laut, udara, darat, semua ku redah

Aku baru je balik dari Langkawi. Ada kerja sikit. Yang lawak tu entah macam mana orang kat pejabat aku boleh tersilap tempah tiket flight untuk aku. Patut aku boleh naik flight dari Tawau sampai la ke Langkawi. Tapi bila aku tengok tiket aku, rupanya perjalanan flight aku cuma sampai Alor Setar je. Huhu.. Selebihnya terpaksa aku pandai-pandai sendiri untuk sampai ke destinasi yang diarahkan.

Nak tak nak terpaksa la aku naik feri untuk menyeberang laut menuju ke Langkawi. Hehe..dalam satu hari tu aku ikut jalan darat, udara dan laut. Bila balik lak, sama la macam tu. Penat memang penat. Terkejar-kejar. Takpe la. Asalkan objektif tercapai. Ni dah balik. Benda pertama yang aku kene buat adalah CLAIM. Huahaha... Claim jangan tak claim.