Bagi sesiapa yang sememangnya sudah mengambil inisiatif ini, saya ucapkan tahniah. Kerana anda menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. Bagi sesiapa yang belum mengambil peluang ini, saya sarankan agar anda jangan ketinggalan. Bukan saya hendak promosi untuk anda menarik downline atau sebagainya. Akan tetapi saya hanya ingin berkongsi pendapat yang mana saya rasakan agak bermanfaat untuk dikongsikan bersama.
Pada peringkat awal saya menulis blog, saya memang langsung tidak berniat untuk menjadikan blog saya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan. Akan tetapi setelah beberapa bulan saya berkecimpung dalam penulisan blog, saya juga meninjau blog-blog. Ramai juga blogger tempatan yang meletakkan iklan di blog mereka. Saya mula berminat untuk mengetahui kenapa mereka berbuat demikian.
Setelah itu saya pun mula mencuba untuk mengikut jejak mereka. Saya mula meletakkan iklan di blog saya. Sekiranya anda search di internet, anda pasti akan jumpa pelbagai komuniti yang membuat iklan di blog. Boleh dikatakan apa saja yang saya jumpa, saya letakkan di blog saya. Saya bukan berharap sangat pada pendapatan melalui iklan-iklan tersebut. Hanya sekadar mencuba. Pada peringkat awal, untuk mendapatkan satu hit pun boleh dikatakan agak ajaib. Maklum saja blog masih baru. Siapa je yang nak singgah. Hehehe...
Tapi bukan niat saya untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, maka saya tidak peduli pun dengan hit tersebut. Akan tetapi setelah beberapa bulan berlalu, tergerak hati saya untuk melihat akaun iklan tersebut. Saya dapati bakinya cukup untuk membuat pengeluaran dan saya terus request untuk pengeluaran. Niat awal bukan untuk menjana pendapatan. Tetapi bila sudah menerima cek, saya berpendapat bahawa apa salahnya sekiranya blog saya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Bukannya keluar modal pun.



Kadar minimum untuk request pengeluaran atau withdraw adalah RM51 (RM50 + fee RM1). Anda mesti memastikan jumlah earnings melebihi RM51 sebelum anda layak membuat pengeluaran. Bayaran adalah dalam bentuk cek.
Ini merupakan salah satu cek yang saya dapat daripada Nuffnang.
