Hari ni memang terasa bahang betul. Cuaca panas.....
Teringat Taufiq dah lama tak mandi kolam. Kebetulan cuaca panas ni, aku ajak Taufiq mandi kolam. Mula-mula kena la pam dulu kolam Taufiq ni. Lepas tu isi air. Kerja-kerja mengisi air dalam kolam, aku serahkan pada Taufiq. Hehehe.....
Sejak kecik lagi Taufiq memang suka main air. Cuma ada beberapa insiden menyebabkan Taufiq agak takut nak mandi kolam. Memang terjerit-jerit la dia kalau kaki dia tak jejak apa-apa. Kesian pulak aku tengok. Pelan-pelan la hilangkan takut dia tu.
Tengah syok Taufiq main air di petang yang panas, tiba-tiba je hujan. Biasa la tu kalau dah panas terik pastu tiba-tiba hujan.
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk melihat tahun 2011. Hari ni merupakan awal tahun bagi 2011. Semoga tahun-tahun yang lalu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi diri kita semua supaya kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni.
Malam tadi aku sekeluarga pergi melihat firework sempena sambutan tahun baru. Rasanya ni lah kali pertama aku sekeluarga keluar malam-malam pergi tengok bunga api sambutan tahun baru. Biasanya kalau nak tengok pun, tengok dari depan rumah je. Nasib baik nampak la bunga api tu. Hehehe...
Tapi memandangkan ada member aku ajak pergi, dengan alasan untuk mengambil gambar firework. Dia ni dulu pernah kerja sama tempat dengan aku kerja. Tapi dah pindah tempat lain sebab dah dinaikkan pangkat. Kira ajak outing la tu (istilah yang agak biasa digunakan bagi geng-geng photographer). Hihihi... Bini aku dengar aku nak pergi, dia pun nak ikut juga. Ok la tu. Masing-masing bawa family. Tengok di tempat golf area Tanjung Batu. Member aku pesan datang awal, dalam jam 10 malam. Takut nanti ramai orang.
Malam tu boleh pulak aku tertidur masa tengok berita. Nasib baik tersedar. Tengok jam, lebih kurang pukul 11.30 dah. Bini aku ngan anak aku belum tidur lagi. Aku tanya bini aku nak pergi ke tak. Bini aku ok je. Cepat-cepat kitorang bertolak. Nasib baik dah makan dah sembahyang. Dan paling penting, D5000 aku mesti bawa. Hahaha...nak cari tempat parking dah susah. Dah lambat kan...... Tapi nasib baik dapat. Tak jauh juga nak menapak. Alhamdulillah.....
Cepat-cepat kami jalan masuk. Cari tempat yang sesuai. Tak sampai 5 minit lepas tu, tepat jam 12 tengah malam. Lampu sekitar kawasan tu digelapkan. Dan bunga api mula dilepaskan satu persatu. Tanpa membuang masa, D5000 menjalankan tanggungjawabnya.
Aku tak upload banyak kat sini. Tapi boleh la tengok kat folder facebook aku. Banyak aku upload kat situ. Bawah ni aku link ke folder facebook aku.
Untuk shutter : bulb ni, shutter akan terbuka sehingga kita lepaskan button. Sengaja aku set bulb sebab mula-mula aku set shutter untuk 20 saat. Tapi macam tak ngam pulak timingnya dengan bunga api tu. Tak sekata. Ada yang 10 saat je. Ada yang 20 saat. Untuk kawalan sepenuhnya, aku set bulb je la untuk shutter.
Biasanya kalau nak hasil yang cantik, orang akan gunakan tripod. Tapi aku takde tripod waktu tu. Pegang guna tangan je la. Aku mencangkung, siap kuda-kuda lagi. Mencabar jugak la. Nasib la kalau ada gambar firework tu nampak kerinting-kerinting. Hihihi...
Salah satu kelebihan D5000 adalah keupayaannya merakam video dengan kualiti HD. Walaubagaimanapun jangkamasa rakaman adalah terhad bergantung kepada memori yang tinggal pada kad memori.
Satu lagi kelemahan menggunakan kamera DSLR untuk merakam video ialah kamera tersebut agak berat. Kelebihannya pula adalah anda boleh melaras lens untuk zoom dan juga fokus.
Penggunaan tripod digalakkan untuk mengelakkan gegaran semasa rakaman video.
Panning merupakan satu teknik yang digunakan untuk mengambil gambar objek yang sedang bergerak. Seperti contoh sebuah kereta yang sedang bergerak di jalanraya.
Sebagai contoh gambar di atas, kereta ini sedang bergerak menuju ke garaj untuk parking. Walaupun gambar kereta ini berjaya disnap dengan baik, tetapi gambar ini kelihatan kaku.
Bagi gambar di atas pula, pergerakan kereta ini jelas kelihatan dalam gambar. Ini membuatkan gambar tersebut kelihatan lebih hidup.
Untuk mengambil gambar seperti di atas, teknik panning digunakan. Sebagai asas untuk latihan, anda boleh menggunakan jari anda sebagai objek. Kemudian gunakan Shutter Priority Mode pada kamera DSLR anda. Dengan shutter speed disetkan pada 1/60. Ikut pergerakan jari anda dan snap.
Setting pada shutter speed boleh diubah mengikut kesesuaian.
Setelah anda sudah biasa dengan latihan seperti di atas, anda boleh mula mencuba pada objek lain yang sedang bergerak. Sebagai contoh saya menggunakan kereta yang lalu di hadapan rumah saya sebagai subjek.
Pastikan kamera anda terus mengikut pergerakan kereta tersebut sehingga anda selesai snap.
Tak lama lepas aku rilek-rilek lepas balik kerja, tiba-tiba ada 3 ekor anak kucing datang. Tak tau la datang dari mana. Tak tau juga anak kucng siapa. Tapi anak bini aku sebenarnya pantang nampak kucing. Suka sangat. Huhuhu... Tapi anak aku kalau kucing tu dekat-dekat, dia takut sikit sebab pernah kena cakar masa umur dia belum setahun lagi. Hahaha...
Aku bukanlah profesional dalam arena fotografi ini. Hanya sekadar hobi sejak sekolah lagi. Bermula dengan hanya menggunakan kamera pinjam hinggalah mampu membeli kamera sendiri.
Bukan berniat untuk menunjuk pandai. Hanya sekadar berkongsi. Mana tau ada yang sudi memberi komen membina yang boleh meningkatkan lagi kemahiran aku. Memang ia sekadar hobi tapi aku memang minat melakukannya sejak sekolah lagi. Cuma sekarang aku mula kurang mengambil gambar sebab aku rasa macam tak banyak pulak gambar aku. Hahaha... Biarlah orang lain pulak yang mengambil gambar. Supaya banyak gambar aku nanti. Huhuhu...
Kalau dulu aku cuma berpeluang untuk bertanya kepada yang lebih berpengalaman. Itu pun kalau ada rezeki dapat berjumpa. Tapi teknologi sekarang memudahkan. Walaupun sekadar melayari forum atau blog yang berkaitan, banyak perkara yang boleh dimanfaatkan. Kalau ada apa-apa teknik yang aku tulis dalam blog aku ini pun kebanyakannya aku baca dari blog atau hasil idea yang diberikan orang yang berpengalaman. Tak semua pun aku dapat praktikkan.
Anda mungkin berminat untuk membaca post berkaitan teknik :
Selepas 2 minggu menunggu, sampai juga barang yang aku order dari eBay.
Kalau nak membeli lense jenis ini memang mahal. Profesyen aku bukanlah sebagai jurugambar. Sekadar hobi je. Jadi aku rasa tak perlu aku beli lense yang sebenar. Guna converter dah cukup. Tunggu la kalau duit aku dah banyak sangat nanti. Hehehe...
Mula-mula aku test dulu masa aku tengah jaga kelas amali wiring.
Bila balik rumah, aku pun terus mencuba lagi. Tapi cuaca agak mendung pulak. Gerimis sekejap.
Yang ni pulak aku berdiri tepi kolej. Aku attach pada lens kit iaitu 18-55mm. Mula-mula aku set pada 35mm. Aku cuba buat perbandingan.
35mm tanpa fish-eye lens converter
35mm dengan fish-eye lens converter
Kemudian aku set pula lens pada 18mm.
18mm tanpa fish-eye lens converter
18mm dengan fish-eye lens converter
Tak sesuai rasanya converter ni kalau aku pasang pada lens 18-55mm dan diset pada 18mm.
Ini pula adalah 24mm dengan fish-eye converter
Daripada semua perbandingan ini, aku rasa converter ni kalau attach pada lens kit 18-55mm, hanya sesuai menjadi wide-angle lens. Tak sesuai untuk fish-eye.
selalu kalau ada di antara kita menegur orang, orang akan jawab "kau tu dah baik sangat ke nak tegur orang", "kau tu dah pandai sangat ke nak tegur orang", dan sebagainya...
untuk renungan bersama
~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ~ -Imam Hasan Al-Basri-
*kalau tak kenal sape Imam Hasan Al-Basri, cuba la kenal-kenal.