Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 1.08%
Samsung Galaxy Tab
Samsung Galaxy Tab.
Motorola
Motorola.
Galaxy Note
Galaxy Note.
Blackberry Dakota
Blackberry Dakota.
Apple iPhone
Apple iPhone.
Saturday, August 29, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Pulangan duit untuk setiap trading Forex anda
Baru-baru ini ada blogger yang memberi satu info yang agak berguna untuk aku. Dan aku juga ingin kongsi bersama dengan sesiapa sahaja yang mengikuti blog aku ni. Ia mengenai duit pulangan dari trading forex kita. Bagaimana ia memberikan pulangan?
Setelah aku tinjau-tinjau dan juga berdasarkan daripada info yang aku dapat, sebenarnya daripada program affiliate akaun forex itu sendiri. Anda mungkin biasa dengar tentang program affiliate ni. Dan begitu juga dengan forex, kini broker forex juga turut menawarkan program affiliate melalui akaun forex yang kita buka di bawah broker tersebut. Seperti mana-mana program affiliate yang lain, kita akan menerima sedikit habuan daripada sebarang aktiviti orang yang mendaftar akaun di bawah kita. Untuk program affiliate forex ini, kita akan dapat beberapa peratus daripada trading yang dibuat oleh orang bawah kita (downline).
Menerusi satu program yang dikenali sebagai Cashback Forex, konsep ini digunakan untuk memberikan keuntungan kepada anda. Dengan kata lain, anda membuka akaun forex melalui mana-mana broker yang anda mahu dengan syarat akaun tersebut dibuka di bawah akaun affiliate Cashback Forex. Cashback Forex akan mendapat sedikit habuan hasil dari trading yang anda buat. Kemudian, setelah sebulan, Cashback Forex akan menggunakan sebahagian hasil trading anda yang mereka perolehi menerusi sistem affiliate forex untuk memberi bayaran pulangan kepada anda.
Dengan kata lain, anda membantu Cashback Forex mendapat keuntungan, dan Cashback Forex akan membalas semula budi anda dengan memulangkan sebahagian daripada keuntungan tersebut. Boleh dikatakan ia adalah win-win situation.
Anda tak perlu risau kerana trading yang anda lakukan akan beroperasi seperti biasa. Spread yang terlibat juga tetap sama. Jadi anda tak perlu khuatir sekiranya keuntungan dari trading forex yang anda perolehi akan berkurangan.
Broker forex yang membolehkan anda untuk menyertai Cashback Forex ini adalah seperti yang saya senaraikan di bawah.
-Alpari UK
-Alpari US
-Avafx
-Dukascopy
-Etoro
-FXCBS
-FXCM
-FXDD
-Fxopen
-GalantFX
-Liteforex
-Marketiva
-PFG
-Tadawul FX
Mungkin senarai ini akan bertambah dari semasa ke semasa.
Anda boleh membuka akaun di Cashback Forex dengan percuma. Kemudian pilih mana-mana broker yang anda minat atau anda sudah biasa dengannya. Kemudian ikut arahan yang diberikan. Jangan lupa untuk maklumkan kepada Cashback Forex mengenai akaun forex yang anda baru buka menggunakan link yang diberikan. Ini bagi memastikan anda akan mendapat keuntungan sampingan daripada semua trading yang anda buat.

Sunday, August 23, 2009
Juadah berbuka pada 2 Ramadhan
Pagi tadi lepas sahur, aku ternampak ada lagi 3 potong lamb chop dalam fridge. Huhu..simpan lama-lama tak elok gak. Apa nak buat dengan lamb chop ni. Last-last aku fikir, panggang je la. Huhu...
Lepas sembahyang subuh tadi, aku pun mula menyiapkan bahan perap untuk lamb chop ni. Dah siap sediakan bahan perapnya, apa lagi... Perap la. Simpan dalam peti sejuk. Biar la terperap sampai la kul 5 petang.
Menjelang pukul 5 petang maka bermula lah aktiviti memanggang lamb chop. Aku pun bakar gak kentang. Sementara bini aku pulak masak nasi beriani. Nasinya sahaja. Bini aku juga buat sambal udang.
Untuk minuman pula, bini aku buat air kurma susu.
Tengah-tengah sedap berbuka, baru la teringat nak amik gambar. Huhuhu...
Apa pun, selamat berbuka. Malam jangan lupa lak sembahyang terawih :-P
Goniopora Setelah Seminggu
Dulu aku ada coral jenis ni. Goniopora. Tapi dah mati kerana stress. Masa tu baru start berjinak-jinak dengan reef aquarium ni. Banyak benda tak tau. Dengan keadaan perimeter air yang tak betul. Calcium, kH, pH dan macam-macam lagi la yang masih tak betul. Waterflow pun entah apa-apa entah. Lighting pun tak cukup. Akibatnya goniopora aku masa tu tersangat-sangat la stress. Terlalu stress sehinggakan langsung tak pernah nak kembang. Nama lain bagi goniopora ni adalah flowerpot. Huhu...memang takde rupa flowerpot langsung sebab dia punya flower tak kembang. Tersorok dalam batu.
Sedih gak la bila goniopora mati. Dah la rare-item pulak tu. Kat sini. Kalau kat KL mungkin senang dapat. Entah nasib apa aritu aku singgah kedai akuarium, aku nampak goniopora ni. Tanpa berlengah, aku terus beli. Nak cuba bela balik. Walaupun akuarium aku belum cukup baik perimeternya tapi aku rasa goniopora dah boleh survive dah kali ni dalam akuarium aku.
Sampai je kat rumah, aku pun letak la dalam akuarium aku. Tunggu beberapa minit, dah kembang dah. Syok la aku tengok. Lawa... Petanda goniopora boleh survive dalam environment akuarium aku. Tapi ada satu masalah. Banyak juga ikan dalam akuarium aku ni. Termasuk udang. Pulak tu aktif-aktif semuanya. Mungkin goniopora masih baru lagi dalam akuarium aku, dia jadi agak pemalu. Pantang ikan berenang dekat, walaupun hanya sekadar melintas, terus je goniopra menguncup. Huhuhu... Satu masalah gak ni. Takut kalau lama-lama macam ni boleh stress goniopora ni dibuatnya.
Aku biarkan je dulu. Setelah beberapa hari, mungkin goniopora dah mula dapat biasakan diri dalam persekitaran yang ada ikan. Jadi semakin kurang segan untuk mengembang. Cuma belum betul-betul kembang. Masih ada rasa segan sikit dengan ikan-ikan tu kot. Tapi sekurang-kurangnya nampaklah rupa flowerpot.
Saturday, August 22, 2009
Juadah berbuka kami untuk 1 Ramadhan
Bila mula bulan puasa ni, macam biasa la. Siang berpuasa. Pasti fikir berbuka nanti nak makan apa. Huhuhu... Kalau pergi ke Bazar Ramadhan lagi la, mesti rambang mata nak pilih makanan. Biasa la tu. Bila kita puasa, semua makanan rasa sedap. Macam nak makan je semuanya.
Tapi kitorang tak pergi bazar. Masak je la. Bini aku masak nasi lauk telur dadar ngan tom yam seafood. Pastu aku pulak gatal tangan nak memanggang. Apa lagi. Ambil lidi, cucuk la udang, bawang besar ngan sosej. Pastu panggang la atas fancy-grill. Huhuhu... Simple je juadah berbuka kitorang.
Saturday, August 15, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Kepala siapa yang besar
Kebetulan masa adik aku anak-beranak datang Tawau aritu, seronok je Taufiq main-main. Bergaduh pun ada :-P Biasa la... Budak-budak.
Tapi tengah diorang main-main, seronok lak aku tengok saiz kepala diorang. Sebab aku nampak sesuatu. Kepala Taufiq besar. Huhuhu... Tak tau la kalau perasan aku je. Tapi adik aku pun kata macam tu. Kepala Taufiq yang baru berumur setahun tu sama besar dengan kepala sepupunya yang dah berumur 3 tahun tu. Hahaha...
Monday, August 10, 2009
Balik dah adik-adik aku anak beranak
Setelah beberapa hari diorang berada di Tawau, jalan-jalan bersiar-siar. Akhirnya tibalah masa untuk diorang balik ke semenanjung. Flight jam 10.30 pagi. Tapi flight delay.
Tak pe la. Asalkan diorang selamat sampai. Huhuhu... Dua trip juga la hantar diorang pergi airport. Masa ambil diorang dari airport aritu cuma satu trip je. Mseti sebab diorang bawa balik banyak barang. Mana taknye. Berkotak-kotak ole-ole diorang bawa semenanjung. Tu yang tak muat kalau satu trip je tu.
Hehe...kesian Taufiq. Sunyi la dia. Setelah beberapa hari ada kawan, sepupu-sepupu dia. Tapi ok je. Taufiq steady je ni ;-)

Sunday, August 9, 2009
Round-Round Bandar Tawau
Setelah diorang berehat sebab penat berjalan-jalan di Semporna, hari ni aku bawa pula diorang jalan-jalan di Tawau. Tu pun bawa pusing-pusing area bandar je. Tak sempat nak pergi tempat-tempat lain. Kebetulan hari ni hari Ahad, di Batu 1 ada pasar yang dipanggil Pasar Takada. Macam-macam ada.
Macam biasa, mesti la bawa diorang pergi Pasar Tanjung dan Pasar Basah. Dan seperti orang lain yang melawat ke Tawau, mereka pun membeli barang-barang kering berkotak-kotak. Banyak diorang beli. Nak buat ole-ole bagi keluarga dan jiran-jiran. Huhuhu...

Lepas habis diorang bershopping dari pagi sampai tengahari, petang tu aku bawa pula diorang tepi Highway di Tawau ni. Hehe.. Highway ni adalah jalan yang betul-betul tepi laut di bandar Tawau ni. Orang selalu lepak-lepak, berekreasi dengan keluarga. Yang paling suka adalah budak-budak la. Nampak syok je diorang main-main. Mak bapa budak-budak tu pun seronok gak. Dapat lepak-lepak sambil kene tiup angin laut. Rasa tenang je.

Seronok je Taufiq main kincir angin yang ditiup bayu laut. Hehehe...
Seronok je Taufiq main kincir angin yang ditiup bayu laut. Hehehe...
Agak-agak lagi sejam nak Maghrib, kitorang pun balik. Tapi sebelum balik tu kami singgah di Pasar Gantung. Bukan nak shopping kat situ. Sebab Pasar Gantung dah tutup dah. Tapi nak beli Sayap Panggang. Hehehe...
Saturday, August 8, 2009
Melantak Lobster dan Ketam Bunga
Baru sampai dari Semporna. Lepak gak rasanya. Bawa adik-adik aku jalan-jalan di Semporna. Bermalam satu malam di Dragon Inn. Lepas je kitorang check-in, kitorang round-round kat sekitar Dragon Inn. Suka budak-budak tu main-main, lari-lari. Huhu...jangan jatuh masuk laut dah la.

Macam biasa la, kalau datang tempat ni mesti nak bergambar kat sini punya.
Antara perkara yang mungkin jadi kenangan diorang. Tidur kat hotel atas air dan makan lobster dan ketam bunga. Malam tu kitorang makan sepuas-puasnya. Menu utama adalah lobster dan ketam bunga. Besar ketamnya. Ada la sekilo lebih beratnya seekor.
Aku ngan adik ipar aku berjaya untuk memegang lobster yang bakal kami makan malam tu.
Menu kitorang malam tadi.

Siapa punya kerja la ni. Huhuhu...
Siapa punya kerja la ni. Huhuhu...
Abis dalam RM540 untuk makan malam. Huhuhu... Tapi diorang puas hati, kira ok la. Terbang jauh-jauh, dapat merasa lobster. Tu antara misi diorang datang melawat aku kat Tawau kot. Huahaha...
Macam biasa la, kalau datang tempat ni mesti nak bergambar kat sini punya.
Friday, August 7, 2009
Giliran adik aku pula datang Tawau
Awal bulan Jun aritu, mak bapa ngan adik-adik aku yang masih bersekolah datang ke Tawau. Melawat aku ;-) hehehe... Tapi kali ni adik aku yang nombor 2 dan nombor 3 lak datang. Yang no 2 tu datang dengan suami ngan anak-anak dia. Huhuhu...penuh dan padat Viva aku masa aku amik diorang kat airport.

Sampai je kat rumah aku, diorang lepak-lepak sambil menikmati hidangan yang bini aku sediakan. Bini aku buat soto. Bukanlah soto banjar, tapi ada la pegedilnya. Dan aku pun sempat gak buat sate ayam untuk makan malam kitorang. Tak teringat lak nak amik gambar kitorang makan. Masing-masing dah kebulur agaknya.
Arini aku nak bawa diorang gi Semporna lak. Nak bermalam kat floating (Dragon Inn).

Wednesday, August 5, 2009
Sokongan Anda Amatlah Dihargai
Kandungan blog ini sedikit sebanyak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat terutamanya yang berkenaan dengan pendapatan melalui internet. Sebagai contoh program affiliate dan juga forex. Sedikit sebanyak tips yang ada diharapkan dapat membantu.
Sumbangan daripada anda dapat memberikan inisiatif buat saya meneruskan usaha ini.
Semoga saya akan dapat terus menulis dalam blog ini, khasnya yang berkaitan dengan pendapatan sampingan melalui internet.
Sunday, August 2, 2009
Sunday, July 26, 2009
Lapar satey dihujung minggu
Sejak beberapa minggu ni, kitorang asik terasa nak makan yang panggang-panggang. Agaknya sebab kemaruk nak guna Fancy Grill yang aku beli sekali ngan stove-oven bini aku tu kot. Saje aku beli Fancy Grill ni. Sebab leh grill kat atas dapur gas je. Tak yah nak bakar kat luar, tak yah cari arang. Memang la sedap kalo bakar guna arang. Tapi kalau setakat nak makan ngan bini aku, malas lak nak bakar kat luar. Lagi pun nanti kalau jiran-jiran nampak, tak baik lak kalau aku tak jemput diorang :-P
Aku dah try dah buat lamb chop ngan fillet. Jadi nak try ayam pulak. Try buat satey ;-)
Semalaman aku perap daging ayam. Dan petang tadi mula la aktiviti cucuk-menyucuk satey. Nasi impit ngan sambal satey telah aku sub kat bini aku. Hehehe... Dan sebelum maghrib, aku telah selamat selesai membakar semua satey. Lepas maghrib, kitorang dinner satey la.
Tentang rasa, aku malas nak komen. Macam biasa, bini aku dah komen dalam blog dia.
Saturday, July 25, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Sambutan ulang tahun hari lahirku
Tiap kali tiba ulang tahun hari lahir aku, apa lagi... Buat majlis makan-makan bersama keluargaku. Sambutan dengan keluarga yang penting. Sebab tanpa keluarga, macam mana aku nak lahir. Hehehe... Maka sebab tu kene sambut dengan keluarga. Tak lupa doa selamat supaya kami semua selamat dunia akhirat. Tapi mak abah dan adik-adik jauh kat semenanjung, tak dapat la nak sambut dengan diorang. Bini ngan anak aku je la yang jadi wakil. Hehehe...
Kali ni, disebabkan ada yang dah memesan awal-awal. Lebih-lebih lagi ada orang kat opis yang mengidam agaknya kot. Nak kek masa befday aku nanti. Jadi aku pun minta la bini aku buatkan. Untuk kawan-kawan. Kek apa-apa je la yang bini aku nak buat. Aku tak kisah. Bukan aku yang nak makan pun :-P Nasib baik bini aku rajin nak buatkan. Hehehe... Maka pagi-pagi aku pun letak la kek kat opis untuk siapa-siapa je yang nak makan. Bini aku buat 2 biji. Rasanya berat setiap satu tu ada la sekilo setengah kot. Biar la diorang makan. Hehehe...
Petang tu aku balik kerja, aku ngan bini aku mula masak. Aku panggang fillet marinade yang dah aku perap semalaman. Bini aku lak buat roti jala. Bini aku ada gak tanya, nak kek ke tak. Tak payah la. Dalam seminggu tu leh kata dah tiap hari aku makan kek. Bini aku buat. Saje je bini aku nak test oven baru dia. Oven yang letak atas dapur gas. Berapa biji oven la bini aku nak. Nasib baik semuanya lain-lain sifat. Hehehe... Puas la aku ngan anak aku nak menghabiskan hasil testing bini aku tu.
Lepas maghrib, abis baca doa selamat, kitorang pun 'selamatkan' semua fillet marinade panggan ngan roti jala sampai abis. Sedap ke tak, makan je la. Sendiri masak, sendiri makan. Nak puji-puji, kang kata 'masuk bakul angkat sendiri' pulak :-P
Jadi aku malas la nak komen tentang makanan. Lagipun bab-bab makan ni, bini aku yang rajin komen dalam blog dia.

Saturday, July 18, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Making money by forex
There are a lot thing you can do to earn money online. Forex is one of those, Foreign-Exchange. There are a lot of broker that provide you with the very minimum deposit, as minimum as USD1. Such as LiteForex, ikoFX, InstaForex and many more. Just do the google stuff. But I suggest USD20 is the minimum deposit. I'm not saying this because I'm an expert in this area but it is based on my experience. I'm using LiteForex.

The graph above is the example, Pair of GBP/USD. As you can see the graph is fluctuated. You might already know that we do make profit by that fluctuation. If you predict that the graph will go up then you trade for buy. And on the other way, if you predict the graph will go down then you trade for sell. Wether the global economy is stable or not, you do make a money.
You might found that someone can earn big money by forex. And at the same time, someone can lose big money by forex. It's all depend on how mature you are in forex. The important tips as being a forex trader, you must have full control of your emotional. Passion, suspend, greedy, frustration, you must endure all these feelings in order to sustain as forex trader.
I suggest you to try a demo account first for a month at least. It is to keep you getting well with the trend and of course to pratice you to endure all the emotional stuff that I mentioned.
Try it out.
USD1 minimum deposit Forex Broker