Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Saturday, March 28, 2009

Keuntungan Minggu Ke-5

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 2.43%

Monday, March 23, 2009

Nemo dan Anemone

Seronok pulak aku tengok nemo ni main-main kat anemone. Suka pulak dia gesel-gesel. Kalau malam-malam memang anemone ni jadi tempat tidur nemo la. Huhuhu... Tapi anemone ni kalau aku bagi udang makan yang beli kat pasar tu, memang dia telan la. Agak gak terpikir kalau-kalau nanti nemo pulak ditelannya kang.











Saturday, March 21, 2009

Keuntungan Minggu Ke-4

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 7.56%

Monday, March 16, 2009

Protein skimmer baru untuk akuariumku

Memandangkan load akuarium aku banyak. Protein skimmer yang aku gunakan selama ini nampaknya dah tak mampu nak tampung. Boleh sebenarnya cuma aku kene rajin sikit. Hampir tiap hari aku kene cuci protein skimmer tu. Huhuhu...

Maka aku pun cari la protein skimmer yang besar sikit untuk akuarium. Sesuai la dengan load akuarium aku.


Ni la protein skimmer baru aku. Tapi member aku kata aku kene cari yang lagi besar. Dia kata ikan aku banyak.


Hehe...Patrick the Starfish aku ni bergayut lak kat span. Konon-konon Patrick main ngan Spongebob la. Hehehe...

Saturday, March 14, 2009

Keuntungan Minggu Ke-3

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 5.13%

Sunday, March 8, 2009

Makin ligat merayap

Aku rasa Taufiq ni lambat gak merangkak. Dia masih lagi menyusur, macam askar. Hehehe... Kalau letak dalam bilik, tau-tau Taufiq dah nak masuk bilik air. Kalau letak depan tv, tau-tau dah kat depan pintu. Dah nak keluar rumah. Kadang-kadang dah kat bawah meja, kadang-kadang kat depan akuarium. Kadang-kadang dah kat dapur tengok mak dia. Hehehe...


Kalau kat dapur, mak dia risau kalau Taufiq lalu bawah kerusi meja makan. Takut terhantuk kepala kat kerusi tu. Aku biarkan je. Biar je Taufiq belajar kalau terhantuk tu sakit. Ala...sikit je. Bukan terhantuk kuat. Nanti dia belajar untuk lebih berhati-hati. Hehehe...



Saturday, March 7, 2009

Baru la berisi album aku

Sejak aku kahwin sampai sekarang, harap ada je buku album. Tapi kosong dalamnya. Takde pun sekeping gambar. Hehehe... Bini aku sampai naik segan bila kengkawan dia datang kata nak tengok gambar kahwin. Tu masa awal-awal baru kahwin dulu la. Kesian bini aku. Yela...perempuan la katakan ;-) Kalau lelaki tak kisah sangat. Hehehe...

Sebenarnya bukan tak nak print gambar-gambar tu. Ada gak sebenarnya aku print. Tapi sikit je la. Print kat kedai. Aku malas nak print yang lain-lain sebab aku nak tunggu beli printer sendiri. Tapi tunggu punya tunggu, dah setahun setengah kahwin tapi masih tak beli-beli lagi. Kuang kuang kuang...

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni bila aku balik kerja, aku terus bawa balik printer yang aku baru beli. Terkejut bini aku tengok. Hehehe... Sebenarnya aku dah order printer tu beberapa hari sebelum tu. Siap minta modify lagi dia punya ink tank. Lepas ni cuma perlu isi je ink tank kalau dakwat abis. Huahaha...terkejut campur gembira bini aku tengok. Aku beli printer yang boleh print, scan dan fotostet. Ada warna punya. Brand Brother. Dah lama sebenarnya aku usha printer brand ni. Sejak belum kahwin lagi. Tapi belum cukup alasan dan juga bajet untuk aku beli printer ni. Tapi akhirnya dapat juga. Huahaha...



Apa lagi....... Aku beli glossy paper banyak-banyak. Potong ikut saiz foto. Pastu print la gambar-gambar untuk nak letakkan dalam album. Biar puas sikit nak tengok. Bini aku la yang paling seronok. Konon-konon boleh eksen la kat sape-sape nanti. Leh tunjuk album gambar. Huhuhu... Tapi sekarang ni lebih seronok tengok gambar anak banding gambar kahwin. Print sakan la. Yang bestnya, printer ni boleh buat borderless print. Hehehe... Tu yang aku potong glossy paper banyak-banyak ikut saiz foto. Pastu print je. Jadi la macam print kat kedai.




Seronok bini aku menyusun gambar. Taufiq pun nak menyibuk gak. Suka la tu, abah banyak print gambar dia. Hehehe...

Keuntungan Minggu Ke-2

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah -9.45%

Friday, February 27, 2009

Platform baru untuk duokinoForex

Sebelum ni aku guna platform interbankFX untuk uat trading. Macam biasa la. Urusniaga dalam USD. Tapi entah macam mana, aku saja search kat net, tetiba jumpa platform lain yang uat dalam USD sen. Kalau modal 1 dolar, nanti dalam akaun dia tunjuk 100. Hehehe... Aku test dulu 30 dolar. Nampak la dalam akaun aku angka 3000. Hehehe...nampak macam banyak je.

Kebetulan pulak aku terjumpa teknik baru. Aku pun test la. Ok la. Bukan apa. Sebelum ni tak yakin sangat. Risiko. Tapi setelah beberapa minggu aku test teknik yang aku jumpa tu, aku mula la berani sikit. Biasa la, main forex ni lagi besar risiko, lagi besar untung kalau dapat. Walaupun dengan teknik yang aku baru test ni, aku cuma berani uat trade kecik-kecik je. Tapi lebih besar la berbanding sebelum ni.

Aku cuma harap boleh terus sukses la dengan teknik dan juga platform baru ni. Aku ada catatkan perkembangan aku dalam forex kat blog forex aku.

Keuntungan Minggu Ke-1

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 29.18%

Wednesday, February 25, 2009

Unboxing D60

Adik aku nak sangat beli kamera ni. Dia ambil diploma multimedia. Katanya sesuai guna kamera jenis ni. Tapi harganya boleh tahan la. Huhuhu.....







Memang best ambil gambar guna kamera macam ni. Macam gaya pro pun ada juga. Hehehe..... Tapi aku tak reti lagi nak guna setting yang sepatutnya. Apa lagi...... Pakai setting Auto je la. Hahaha..... Pelan-pelan la aku explore macam mana nak guna setting Manual.

Saturday, February 21, 2009

Taufiq dan Dato' Tawfiq

Hari ni ada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej kat kolej aku. Watikah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khaled Nordin. Dato' Tawfiq pun datang gak. Dia pun salah satu penasihat kolej aku. Seperti yang dipesan oleh pengarah kolej aku, bawa ahli keluarga datang sama. Maka bini aku dan anak aku, Taufiq pun datang sama. Dapat lah Taufiq bertemu Dato' Tawfiq nanti ;-)

Ikut jadual, menteri sampai pukul 8.30 pagi. Tetamu mula datang pukul 7.45 pagi. Kami staf-staf kolej, sebagai tuan rumah kena la datang awal. Aku malas nak ulang alik amik anak bini aku nanti. Jadi diorang pun ikut la sama dengan aku gi kolej kul 7.30 pagi. Hehe... Taufq buka mata je terus mandi.

Tapi kul 9 lebih baru menteri sampai. Jadi lambat la majlis mula. Kesian Taufiq aku. Dah la datang awal. Ramai yang ingat anak aku tak sihat. Muka serius je. Tak senyum-senyum. Hehehe... Mana taknye. Awal pagi lagi dah datang kolej abah dia. Caya la Taufiq. Support abah ek. Majlis abis tengahari.

Petang tu aku dengan Taufiq terlelap. Tambah pulak hujan lebat. Memang lagi tambah syok la tidur. Bini aku lak tak tau nak buat apa tengok kitorang tidur. Bila aku bangun, aku perasan dalam peti sejuk dah ada muffin. Agaknya dia buat masa aku dengan Taufiq tidur la kot.

Ombak 1 inci

Dengan menggunakan litar timer yang aku baru buat, aku berjaya membuat ombak setinggi 1 inci pada akuarium aku. Huhuhu... Boleh nampak ikan-ikan dan coral-coral bergoyang-goyang mengikut alunan ombak ;-)

Saturday, February 14, 2009

Flexible Spotlight Stand for My Aquarium

Memandangkan coral-coral ni agak sensitif, termasuk dengan perubahan kecerahan cahaya, maka aku perlu buat sesuatu supaya jarak spotlight dengan permukaan air boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa. Tambahan pula kalau nanti tiba masa untuk menukar bulb baru. Tau-tau je la, bulb baru ni nanti cahaya dia lagi cerah. Makin lama akan makin malap. Kalau terus pasang nanti mau terkejut coral-coral ni kang.

Aku pun design la tempat gantung spotlight ni supaya ia fleksibel tapi kukuh. Berat gak spotlight ni. Kalau tak kukuh, jatuh masuk dalam akuarium kang naya je. Lepas siap aku design rekabentuknya, aku pun bawa la design aku tu ke kedai. Bincang dulu dengan taukeh kedai tu, agak-agak kuat ke tak nak tampung beban spotlight aku tu nanti. Design aku ni adalah lanjutan daripada bahagian asal tempat gantung spotlight yang aku buat sebelum ni. Lebih kurangnya aku extend tempat gantung yang aku buat sebelum ni supaya jadi lebih fleksibel.

Lepas siap tempah, aku pun cat sikit supaya nampak lawa la sikit. Kemudian apa lagi, bila malam (waktu spotlight off) aku pun mulakan la kerja-kerja pemasangan. Hehehe... Dan hasilnya.... Spotlight metal halide akuarium aku ni boleh diubah kedudukannya mengikut kesesuaian ;-) Hehehe..


Stand spotlight yang aku buat mula-mula



Setelah modify

Friday, February 13, 2009

Tambah lagi akuarium

Memandangkan usia anak aku dah semakin meningkat. Dengan peningkatan usianya maka bertambah jauh lagi la lingkungan kawasan yang boleh anak aku bergerak. Bawah meja, bawah katil, bawah kerusi adalah antara kawasan yang telahpun anak aku mula explore. Walaupun hanya sekadar guling-guling dan juga sreering 360 darjah, ia bukanlah penghalang untuk Taufiq explore rumah ni.

Aku kene buat perubahan sikit kat rumah aku ni. Wayar-wayar dan barang-barang yang biasanya aku sorokkan bawah katil, bawah meja, dah tak boleh letak kat situ lagi. Tapi ada satu yang jadi masalah ni. Rak akuarium aku. Sebelum ni barang-barang akuarium aku semuanya aku letak bawah tu. Termasuk lah wayar-wayar dan sistem kawalan untuk akuarium aku.


Boleh nampak apa benda kat bawah tu. Macam-macam ada. Yang pasti benda-benda tu bukanlah benda-benda yang selamat untuk anak aku masukkan dalam mulut dia. Tau je la Taufiq ni. Pantang dapat benda. Apa pun tak kira dah. Memang dia sumbatkan masukkan dalam mulut dia. Kalau tak muat, nanti dia jilat-jilat la, gigit-gigit la. Macam-macam la Taufiq ni.

Macam pulak nanti kalau Taufiq dah merangkak? Nanti kang dia masuk bawah rak tu, main-main kat bahagian belakang tu pulak. Maka tiba-tiba aku terpikir kalau aku letak lagi satu akuarium bawah tu. Tapi aku letak akuarium air biasa je. Ikan air tawar. Takde la susah nak jaga. Biarkan je, asalkan makanan dan aras air dijaga supaya tak kering. Rosak lak nanti pamnya. Makanan pulak, macam biasa la. Aku guna Auto-Feeder.


Hahaha...atas bawah ada akuarium. Atas akuarium air laut. Bawah pulak akuarium air tawar. Atasn akuarium tu aku tutup. Memang nampak sempit. Bukan apa. Supaya takde sape yang boleh celupkan tangan dalam akuarium tu nanti. Aras air dah tak perlu risau sebab aku dah buat sistem top-up air automatik. Applied je daripada sistem yang aku buat kat akuarium air laut aku tu. Untuk tambah menarik, aku letak juga lampu. Hehehe... Tapi lampu ni hanya dihidupkan kalau rasa nak tengok akuarium ni la.

Kalau tengok memang nampak susah nak cuci nanti. Tapi hakikatnya akuarium ni tak perlu lagi nak cuci. Hehehe... Aku cuba imitate dengan ekologi semulajadi. InsyaAllah akan jernih je la airnya. Tak perlu nak cuci. Cuma aku tak guna pokok hidup. Guna pokok tiruan. Kalau guna pokok hidup, maka lampunya nanti kene la ikut timing lak. Konon-konon nak tiru cahaya matahari la.







Sunday, February 1, 2009

Selepas Sebulan

Rasanya dah sebulan kot setelah aku setup balik akuarium air laut aku ni. Dan setelah beberapa pelarasan yang aku buat untuk menyejukkan air akuarium ni, alhamdulillah sekarang suhu dapat maintain antara 26-28 darjah celcius.

Masa awal-awal dulu ada gak cecah sampai 23 darjah. Huhuhu... Terlalu sejuk pulak. Sistem yang menjadi nadi dalam mengadaptasikan semulajadi laut :
  • Sistem penyejuk air yang aku setup sendiri (ubahsuai menggunakan peti sejuk)
  • Lampu metal halide dengan bulb 20,000 kelvin, 150 watt
  • Lampu actinic (20 watt, 2 biji,)Wavemaker (guna jenama murah punya, sun-sun kalau tak silap, 3000L)
  • Protein Skimmer (tak tau jenama apa, saiz kecik, aku beli dari member aku, terpakai)
Untuk nutrisi hidupan dalam akuarium aku ni, aku bagi :
  • Cyclop-Eeze (plankton yang dikeringkan)
  • ColorBits (makanan ikan dalam bentuk flakes)
  • wardley - Plankton (sebenarnya benda ni shrimp kering, aku ingatkan plankton, tu yang aku beli)
Plankton dengan shrimp tu aku baru je bagi dalam tempoh seminggu ni. Beli kat eBay. Buat masa ni ok la. Hehe..baru nak belajar la katakan. Lama betul nak pandai.


Ikan foxface tu nampak macam nak mati je. Aku pun mula-mula ingatkan ikan tu nak mati. Tapi hidup je sampai hari ni. Mudah-mudahan terus hidup la. Hehehe...

Saturday, January 31, 2009

Main Forex lagi

Sebelum ni aku main forex guna akaun demo je. Kalau untung pun bukan untung betul-betul la. Sebab guna duit virtual je. Huhuhu... Nak guna duit betul-betul tak berani lagi. Tapi takpe la. Sekadar nak amik pengalaman je. Walaupun guna duit virtual. tapi betul-betul ikut pasaran realiti. Cuma duitnya bukan duit betul la sebab modal pun bukan guna duit betul. Kalau guna duit betul, untung besar dah. Huhuhu...

Tapi baru-baru ni baru try guna duit betul. Tapi modal kecik je la. Alhamdulillah setakat ni untung 3% setiap minggu. Sebulan ada 4 minggu, jadi untung sebulan lebih kurang 12% la. Jadi la. Tapi kengkadang untung 0%. Biasa la main forex. Untung tak tetap.

Setakat ni ada dah beberapa orang yang jadi rakan kongsi aku main forex ni. Huhuhu... Diorang kongsi modal la dengan aku. Biar modal besar sikit. Sama-sama kongsi modal, sama-sam untung dan sama-sama rugi :-P huhuhu... Tapi macamana pun sebarang kerugian adalah sangat-sangat dielakkan. Sape la yang nak rugi kan. Hehehe...

Kalau ada yang berminat, boleh la usha-usha blog forex aku di duokinoForex

Jemput la untung menjadi rakan kongsi aku ;-) Tapi jangan salah paham. Ni bukan skim cepat kaya. Keuntungan bukan tetap. Berubah-ubah ikut pasaran matawang. Dan risiko untuk rugi tetap ada. Tapi takde la sengaja nak buat rugi. Sape la yang nak rugi kan? Kalau untung, kita sama-sama untung. Kalau rugi, kita sama-sama rugi. Baru la namanya rakan kongsi ;-) business-partner la katakan.

Saturday, January 24, 2009

Jom makan KFC

Ini merupakan petikan dari emel yang aku dapat.

---------------------

salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC. dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC. ko dok bunuh orang palestin".... dah banyak sms yang saya dapat... daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings(M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikankepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas.

selain itu juga, dibawah KFC Holdings(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam. oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia? oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja. sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam. inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
---------------------------

Orang Johor, atau sape-sape yang belajar kat UTHM sekarang patut tau la Tan Sri Ali Hashim ni. Dan juga tentang Johor Corporation ni. KFC kat Parit Raja tu memang under Johor Corporation.

Friday, January 23, 2009

duokino Forex

Bagi sesiapa yang berminat untuk sama-sama berkongsi keuntungan Forex, bolehlah singgah ke duokino Forex

Boleh la kita sama-sama berkongsi modal, kongsi keuntungan, dan juga berkongsi kerugian ;-)

Tapi takde sapa yang nak rugi. Jadi sebarang kerugian adalah sangat-sangat cuba dielakkan.

Thursday, January 22, 2009

Cyclop-Eeze

Yesss...akhirnya sampai juga plankton yang aku order dari Singapore. Harganya termasuk kos penghantaran adalah sama dengan harga kalau beli kat KL. Ok la tu. Tak perlu la aku nak tunggu member aku balik KL untuk nak kirim. Hehehe...


Puas la ikan-ikan dan coral-coral aku makan lepas ni. Beli dalam bentuk kering. Kira plankton kering la ;-) Bila tuang je dalam akuarium, laju je ikan-ikan semua kejar berebut-rebut. Sedap kot. Huhuhu... Benda ni kena bancuh dalam air. Air laut la sebab nak tuang dalam akuarium air laut. Aku beli 30g je. Tak banyak. Tapi member aku kata boleh tahan setahun. Huhuhu... Ye la, sekali bancuh tak sampai 1 sudu teh pun. Nak abiskan 1 botol pun paling laju agaknya seminggu kot.





Cyclop-Eeze. Plankton kering. Bancuh dengan air laut.