Hari ni merupakan Hari Malaysia sempena penubuhan Malaysia. Bermula tahun ni, hari ini diumumkan sebagai cuti umum. Tapi aku sememangnya cuti kerana masih lagi cuti beraya. Dan kebetulan aku berada di Hulu Langat, lepak kat rumah aku di Hulu Langat. Sekejap je kat sini.
Alang-alang dah berada kat sini, aku ke Look Out Point. Saje nak tengok Kuala Lumpur dari situ. Sememangnya tempat ni adalah tempat yang best untuk melihat Kuala Lumpur samada siang atau pun malam. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi bawa bini aku ke sini. Dan rasanya dia pun tak pernah ke tempat ni.
Aku ajak adik-adik aku juga. Sebab tujuan asal aku ke sini adalah untuk berfotografi. Hehehe... Dan adik aku pun memang pengguna DSLR. Jadi bila aku ajak tu memang dia takkan tolak la pelawaan aku.
Kat Look Out Point ni ada banyak tempat makan. Sambil makan boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur. Memang best. Ramai orang datang. Tempat parking yang paling atas memang penuh. Susah nak cari parking. Aku parking kat separuh perjalanan menuju ke Look Out Point. Tempat makan kat sini pun aku tengok ramai orang. Sedap ke tak aku tak tau. Sebab aku tak pernah makan kat sini.
Tapi aku datang bukan nak makan. Jadi kami memang tak order apa-apa. Hehehe... Ni belum paling atas lagi. Ada lagi tempat paling atas. Dan semestinya itulah tempat yang aku tuju.
Kat atas ni pun ada tempat makan juga. Tapi aku tengok takde la seramai macam tempat yang tadi.
Sementara kami berfotografi, bini aku dan anak aku menjamu selera dengan beberapa potong kek. Boleh tahan la harganya. Sepotong harganya dekat RM10. Sedap la kot. Tanya bini aku. Hehehe...
Jam di menara Maxis menunjukkan pukul 6.50 petang. Di kala ini kamera aku diattachkan dengan lensa 55-200mm. Standby untuk zoom apa-apa yang patut.
Hari semakin senja.
Haaa.....lampu-lampu bangunan di Kuala Lumpur mula menyala. Baru la dapat cam bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Ada la nampak bangunan Time Square, Menara Maybank dan lain-lain lagi.
Dah pukul 7.31 malam. Tak lama lagi hari semakin gelap dan lebih banyak lampu bangunan yang akan menyala.
Beberapa minit kemudian, inilah antara pemandangan Kuala Lumpur dari Look Out Point. Kena guna tripod sebab aku set shutter speed dalam 10 saat. Kalau tak pakai tripod memang gambar akan blur sebab kamera bergoyang.