Samsung Galaxy Tab
Samsung Galaxy Tab.
Motorola
Motorola.
Galaxy Note
Galaxy Note.
Blackberry Dakota
Blackberry Dakota.
Apple iPhone
Apple iPhone.
Wednesday, December 31, 2008
Nak jual daun pandan dengan serai keee...
Tuesday, December 30, 2008
Kuda Laut
Monday, December 29, 2008
Tengok nemo berenang
Friday, December 26, 2008
Metal Halide 20000 K
No more Terlupa Tutup Air lagi...
Hari ni aku beli satu lagi benda iaitu mesin basuh fully auto. 8.5kg punya. Brand apa? Aiseh... Samsung lagi... Huhuhu...
Tengok tu. Suka la bini aku tu. Lepas ni takde la asik kene marah sebab selalu bazir air. Apa taknye. Selalu lupa yang dia tengah basuh baju. Isi air lepas tu tinggal. Tau-tau dah setengah jam air melimpah-limpah. Huhuhu... Apa laaa... Sibuk sangat la tu :-P huhuhu...
Ewah-ewah Taufiq... Suka-suka dia je nak duduk atas tu eh.
Samsung lagi.... 8.5kg punye ni. Lepas ni boleh basuh toto la. Hehehe...
Wednesday, December 24, 2008
Anak Aku Kemaruk Nak Duduk
Saturday, December 20, 2008
Gabungan Dua Akuarium
Ni parameter asas untuk akuarium aku masa aku baru setup.
Tuesday, December 16, 2008
Testing guna downlight
Sunday, December 14, 2008
My new marine tank
Masa ni kura-kura kecik lagi. Baik lagi, tak kacau-kacau sangat. Huhuhu..... Tapi sejak makin besar, makin banyak ikan yang jadi mangsa kalau aku terlupa nak bagi makan. Makin kuat makan kura-kura ni.
Pokok betul tu. Ikan makan gak daun-daun pokok tu kalau aku lupa bagi makan.
Pastu aku biarkan kosong je akuarium ni. Aku letak batu lebih dalam ni. Live rock. Pastu aku modify sikit akuarium ni. Aku buat overflow kat tepi dia. Pastu aku set jadi akuarium air laut pulak. Semalam baru aku letak coral dalam tu. Arini aku tengok ok la coral-coral yang aku letak dalam tu. Aku ingat nanti nak guna downlight untuk lighting akuarium ni.
Mungkin dah lama aku tak guna akuarium ni, cermin dia macam kotor sikit. Aritu aku tak bersihkan pulak sebelum setup. Huhuhu.....
Akuarium kat luar...
Tuesday, December 9, 2008
Masa untuk makan...
Monday, December 8, 2008
Raya Haji pertama di Tawau
Ni la raya haji pertama yang aku tak terlibat dalam aktiviti melapah lembu, memotong daging-daging lembu dan kapak-mengapak tulang-tulang lembu. Hehehe...
Wednesday, December 3, 2008
DanaForex - Setiap Minggu Dapat Untung
Di sini aku nak kongsi satu lagi peluang menjana pendapatan dengan FOREX. Pendapatan antara 40% hingga 50% sebulan. Hanya parking lot dan tunggu keuntungan. Trading 100% guna sistem yang dibuat khas.
Setiap Minggu Duit Masyukkkkkkk...
Boleh withdraw setiap minggu. Tak payah susah-susah cari downline. Duduk diam pun duit masyuk. Standard la kalau main forex. Cuma ni stail agak lain sikit. Kalau rajin menaja lagi banyak $$$$$ masyuk.
Join hari ni, minggu depan terus duit masyuk. Modal satu lot cuma RM35 je ( 1 lot ). Kalau ada lebih modal boleh tambah lot kemudian. Jumlah Belian Lot tanpa Had. Semua urusan jual beli broker yg uruskan. Korang hanya labur je. Lagi banyak lot dibeli lagi besar keuntunggan korang dapat. Jadi kalau berminat, nak tahu cerita dia, klik link dibawah
KALAU KORANG RASA KORANG SALAH SEORANG YANG MEMERLUKAN WANG TAMBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG! JANGAN BERLENGAH LAGI.
Bye bye to "Mrs. Defrost Each Two Days"
Recently my wife said something about the fridge. The fridge is functioning. My wife luv to stock the fridge with her stuff and her cakes she made (ummm.....I love that part). But she's keep complaining that she have to defrost the fridge each two days. Huhuhu... Because the freezer get too much ice. Wow...is it too cold?
Hehe... Aku pun buat la lawak kat bini aku. Aku kata nak guna peti sejuk tu untuk akuarium aku. Sejuk kan? Jadi, boleh la jadikan chiller untuk akuarium aku. Hehehe... Dah la aku ada masalah nak kekalkan suhu akuarium di bawah 28 darjah sebab guna lampu 105 watt (sebelum ni 130 watt tapi aku kira balik, 105 watt dah cukup). Bini aku suruh aku amik je tapi dia nak peti sejuk lain. Hehehe... Aku pun apa lagi..... Guna la untuk akuarium aku. Pergh...siang-siang pun dapat suhu 26 darjah. Tu belum lagi buat betul-betul. Rasanya boleh lagi sejuk kot. Kene susun hos dalam freezer tu elok-elok sikit. Untuk pemindahan haba yang optimum.
Tapi kesian bini aku takde peti sejuk. Dah 4 hari bini aku takde peti sejuk. Pening bini aku nak simpan daging, ayam dan lain-lain benda yang perlu dibekukan. Sebenarnya dah lama aku usha-usha peti sejuk. Semalam aku usha lagi. Arini pun aku usha lagi dan akhirnya jumpa yang berkenan. Harga kira ok, murah la. Pulak tu ruang dia besar. Jenis Samsung. Ok la ek. Aku pun beli la.
Hehehe...seronok bini aku. Dah lama bini aku nakkan peti sejuk yang lebih besar. Peti sejuk tuan rumah ni sesuai untuk orang bujang. Kecik je. Bini aku pulak rajin masak. Macam-macam dia nak simpan. Peti sejuk tu mana la muat. Memang seronok betul la bini aku dapat peti sejuk baru. Tapi aku tak beli la yang besar gila. Nak buat apa... Anak aku pun baru sorang. Hehehe...
Suka la tu dapat peti sejuk baru. Confirm bini aku tak sabar nak penuhkan peti sejuk ni. Hehehe...
Huhu...dah macam nak buat iklan pulak. Promo ke tu.....
Ni la peti sejuk bujang yang tuan rumah punya. Aku pakai untuk akuarium ;-) Hehe...Taufiq tengok apa tu taufiq... Tak caye ke abah guna peti sejuk untuk akuarium? Huahaha...
Yahooo... Cek aku dah clear...
Bukan senang nak cari duit. Tapi takpe la. Nak bisnes yang lagi kencang, aku takde masa pulak. Dah tu modalnya mungkin lagi besar. Kira bisnes yang aku buat ni sesuai la dengan keadaan aku buat masa ni. Hehehe... Kang agak-agak duit dah banyak, modal pun dah besar, baru la try buka kedai ke apa. Macam member yang keje sama-sama dengan aku kat kolej ni. Ada yang buka kedai makan, ada yang buat katering, ada yang keje kontrak dan macam-macam lagi la untuk nak cari side income.
Aku pun teringin gak nak buat macam diorang tu. Dulu pernah gak aku jual kuih masa puasa. Masa tu aku belajar lagi la. Tengah buat praktikal. Masyuk gak. Sehari kalau nak dapat RM100 tu senang-senang je. Modal pun tak besar. Tapi banyak gak masa nak kene spend. Sebab kuih-kuih tu buat sendiri (kitorang adik-beradik dengan mak abah sekali gotong-royong buat kuih). Tapi kat sini aku nak buat macam tu tak boleh la. Sebab aku keje. Pulak tu aku merempat sensorang je kat Tawau ni. Jauh dari krew aku (adik beradik aku la, hehehe...). Jadi aku kene cari alternatif lain la. Aku pulak baru setahun lebih kahwin. Bini aku ada gak berangan nak buat macam tu. Buat kuih pastu jual. Tapi bini aku buat sensorang la. Anak aku lak lom pandai tolong lagi. Hehehe...
Aku cadang awal tahun depan nak tambah modal lagi. Biar besar sikit untung. Keadaan kat Tawau ni buat kreativiti aku agak terbantut. Kalau dulu banyak benda aku buat untuk nak cari side income. Kat sini susah sikit nak dapat stok spare-part ke apa ke. Mula-mula dulu aku terpinga-pinga gak la. Mati kutu pun ada. Macam takde benda boleh buat. Hehehe...
Apa pun sekarang aku tengah usha-usha satu benda lain pulak ni. Untuk menambah side income aku lagi ;-) Apa bendanya...... Nanti-nanti la baru cerita. Benda dah confirm baru la seronok nak cerita ;-) Hehehe...
Buat masa ni, kalau ada sape-sape yang minat nak join Saudagar Ceramic ni, bagitau je aku. Kalau nak jual topup pun boleh gak. Aku pun jual topup gak. Tapi aku jual topup untuk suka-suka je. Tak la jadikan sebagai side income aku. Main-main je. Purata jualan sebulan cuma lebih kurang RM500 je. Sikit je tu. Takde nak serius sangat. Tapi kalau ada yang berminat nak join, bagitau je aku. Tak kisah la samada Saudagar Ceramic ke atau jual topup ke.