Samsung Galaxy Tab
Samsung Galaxy Tab.
Motorola
Motorola.
Galaxy Note
Galaxy Note.
Blackberry Dakota
Blackberry Dakota.
Apple iPhone
Apple iPhone.
Sunday, November 30, 2008
Koleksi akuarium dari pasar
Saturday, November 29, 2008
Blues anak aku
Tuesday, November 25, 2008
Malas lak anak aku ni...
Menangis pulak dia kene paksa meniarap. Takde mood la tu. Hehe... Sekali-sekala ragging anak aku ni.
Sunday, November 23, 2008
Penuhnya akuarium aku
Setakat ni alhamdulillah, hidup lagi sampai arini. Lampu akuarium aku pun dah ok dah. Aku tak pakai dah choke elektronik. Pakai yang biasa punya. Aku pun dah tak ON air bubble dah. Pakai kalkwasser je pun dah ok. Jimat lektrik sikit ;-)
Tambah dengan coral yang member aku bagi, penuh dah akuarium aku. Cuba la korang tengok.
Aku ingat nak set lagi satu akuarium marin la. Sebab akuarium yang ada ni dah penuh dah. Nak buang sayang pulak. Huhu...
Tapak sulaiman ni dah lama menyorok. Baru ni la nampak. Tapi tak lama lagi hilang lagi la. Bukan hilang. Menyorok je. Suka benor dia menyorok kat celah-celah batu. Ye la. Dah habitat dia. Tu yang Patrick dalam cerita Spongebob tu duduk bawah batu.
Anak abah main bubble pulak
Anak aku ni kadang-kadang boleh diam khusyuk tengok tv. Antara rancangan yang dia suka tengok adalah rancangan masakan. Hehehe... Diam, khusyuk dia tengok. Pastu mula la nampak mulut dia ternganga-nganga. Kadang-kadang dia mula main air liur la. Kalau sebelum ni dia main tiup-tiup air liur dia. Tapi sekarang dia dah rajin buat bubble pulak. Huhuhu... Selekeh betul.
Friday, November 21, 2008
Clearing another cheque
Kalau ada sesiapa yang nak join venture, aku sangat mengalu-alukan. Boleh la aku boost sikit modal yang ada untuk boost lagi keuntungan. Untungnya takde la besar. Biasa dalam 11% je. Tapi kalau dapat boost modal, aku target boleh la boost keuntungan sampai 20%. Tak la banyak. Tapi jadi la. Ada la hasilnya juga. Tapi kalau main strategi sikit, rasanya boleh tinggi lagi tu. Hehehe... Aku buat ni pun saja-saja je. Mengisi masa lapang.
Cuaca akuarium aku mendung
Tengahari tadi aku test jap air akuarium.
pH = 8.2
dkH = 9
Lepas balik sembahyang jumaat tadi, aku ON air bubble. Ikut review yang aku baca, kalau guna kalkwasser, jangan guna air bubble. Aku nak try tengok apa yang berlaku.
Wednesday, November 19, 2008
Cubaan air bubble berjaya...
Ca = 520 ppm
pH = 8.0
dkH = 11
Apa yang aku harapkan telah pun berhasil. Nilai pH dah meningkat. Hehehe...
Sekarang aku nak try guna Kalkwasser pulak. Air bubble aku stop dulu. Maka dengan itu bermulalah eksperimen Kalkwasser aku ni. Hehehe... Kalkwasser ni pH dia tinggi. Apa taknye. Kan ke Kalkwasser tu air batu kapur. Hehehe... Jadi aku kene monitor la pH aku. Kene alert sikit. Kang tak pasal-pasal pH melambung naik, mati lak semua hidupan marin aku ni. Huhuhu...
Tuesday, November 18, 2008
Bubble in da house
Tapi kalau nak bandingkan akuarium dengan gelas tadi (eksperimen untuk nak naikkan pH guna bubble air), takkan la sejam je dah boleh ada kesan ek. Hehehe... Lepas 2 jam aku test ada la pH dia jadi 7.8. Huhu...teruskan usaha.
Aku dah dapat dah Kalkwasser. Dah bancuh dah. Tunggu esok kot baru start dripping.
Ni gambar yang paling latestMonday, November 17, 2008
Performing 10% Water Change
At 10.00 p.m.
The temperature is 27.5 celcius. After half an hour, I test a sample of the aquarium water. The result :
Calcium = 560 ppm
pH = 7.6
dkH = 10
My concern is the pH level. I'm about to raise the pH level to 8.4. But it should be slowly. Sudden raise will kill 'em all. Huahaha...
Maybe I'll try with the Kalkwasser. Tomorrow I'll make a dripper to drip the Kalkwasser into the aquarium. From the forum I read, it should raise the pH. The only problem is that very difficult to get the Kalkwasser powder in this area. I mean Tawau. Luckly I have a friend who got a bottle of it. I should ask him for it tomorrow ;-) Hope this gonna work. Wish me luck.
Aku beli coral lagi
Harga dia RM15
Coral ni pulak aku beli minggu lepas.
Ni pulak aku beli 2 minggu lalu. Hehehe...
Ni kalau tak silap aku harganya RM15
Yang ni aku beli dah lama dah.
Ni harganya RM18
Ni pun harganya RM18
Ni harganya RM5
Ada lagi yang lain. Tapi lain kali la aku upload. Aku punya mushroom dan soft coral.
Sunday, November 16, 2008
Yo Wassap
Hehe...kitorang nak gi giant ni. Nak shopping. Stocking barang dapur. Sejuk kat giant tu. Cian taufiq kang ;-) hehehe...
Hahaha...keluar tanduk dah ni..... Baru balik dari shopping.
Huahaha...sape yang tak bagi apa yang aku nak, aku ketuk je dengan tukul besar ni kang.Macam dah makin ok je
elegance coral nampak kembang. tapi belum berapa kembang tu
Saturday, November 15, 2008
Test Kit Please...
Apa pun test kit ni penting, untuk nak maintain kualiti air. Hidupan marin ni sensitif sikit. Bini aku kata nak bela akuarium marin ni dah macam bela anak. Banyak benda nak kene monitor. Hehe..aapa taknye. Kalau aku outstation, bini aku la yang kene maintain akuarium aku ni. Tapi takde lak bini aku merungut sebab kene jaga. Dia kata seronok gak jaga. Lagi nikmat rasanye bila tengok ikan-ikan tu berenang hepi, coral pun kembang.
Tapi aritu masa aku outstation, bini aku kata ada malam bila entah blackout lama. Pergh...aku rasa mesti ikan-ikan dan coral-coral aku mula lemas. Ada gak la beberapa ekor ikan aku yang menjadi korban. Ingatkan ikan aku je. Ikan member aku pun sama, ada gak yang mati. Dia pun ada akuarium marin gak.
Sekarang aku rasa, tibalah masanya untuk aku nak ke tahap yang seterusnya. Maintain kualiti air. Sebelum ni main belasah je. Main tuang je apa yang patut. Agak-agak je. Guna gerak hati dan pemerhatian je. Huhu... Tapi tak boleh rupanya. Aku pun mula berjinak-jinak menggunakan test kit yang aku baru beli.
Hasil ujian dari sampel air akuarium aku adalah :
Ca = 420
pH = 7.6
kH = 11
sg = 1.023
Temp = 26-29 C
Hasil dari ujian tu, aku dapat kesimpulan bahawa tahap pH aku rendah. Sepatutnya kandungan sampel adalah :
Ca = 420 ke atas
pH = 8.1 - 8.4
kH = 8 - 12
Mg = 1200
sg = 1.022 - 1.025
Temp = 22 - 26 C
Magnesium aku tak dapat nak test sebab aku takde test kit untuk magnesium. Mahal test kit ni. Lebih kurang RM80 kot. Pulak tu aku cari kat Tawau ni tak jumpa. Suhu dia pulak kira tahap kritikal la. Aku masih belum guna chiller lagi. Masih lagi dengan kipas sahaja. Huhuhu.....
Friday, November 14, 2008
ISO : In other word... Ikut Suka Orang
Sebelum ni aku nah pegi kursus untuk Pembangunan Dokumentasi. Kiranya macam nak kene buat prosedur untuk kualiti la. Kali ni pulak untuk buat audit. Mampus nak menghafal klausa-klausa tu. Dah macam amik subjek undang-undang lak. Macam peguam pun ada rasanye. Hehehe...
Tu baru nak menghafal klausa, belum lagi nak kene paham prosedur. Kalau tak paham prosedur, macam mana nak mengaudit. Hehehe... Tapi bila dah faham, takde la susah mana. Apa pun, ISO tu maknanye Ikut Suka Orang. Huahaha... Eh? Betul apa... Prosedur yang ada sebenarnya terpulang macam mana yang kita nak. Yang penting dia merangkumi semua keperluan yang perlu ada. Bila semua keperluan yang patut tu ada, InsyaAllah, confirm sistem tu akan jadi smooth. Hehehe...
Aku tunggu sijil JuruAudit. Pastu baru la boleh mengaudit. Kalau boleh pun aku tak nak buat kalau takde sijil. Huhuhu... Lagi pun ada exam. Katanya kalau tak dapat-dapat lagi sijil, anggap je tak lulus. Lulus ke tak, aku tak kisah. Yang penting banyak ilmu baru yang aku dapat. Ilmu yang aku dapat tu mampu memantapkan lagi keje aku supaya lebih sistematik dan berkualiti.
Pssssst.....cuba korang tanya orang jawa, "iso" tu apa maknenye. Hehehe...
Tuesday, November 11, 2008
Grip Driving
Smooth driving
Dalam drifting dan perlumbaan, agresif tidak semestinya anda akan menjadi pantas. Sekiranya anda hanya ingin meningkatkan teknik memandu anda, smooth driving adalah yang terbaik. Di litar perlumbaan, smooth driving membolehkan anda mengurangkan pemindahan beban (weight transfer) supaya anda dapat menggunakan cengkaman tayar secara maksimum dan seterusnya dapat mengekalkan kawalan pada kelajuan yang tinggi. Di jalan awam pula, ia boleh membuatkan pemanduan anda menjadi lebih selesa malah meningkatkan penjimatan penggunaan minyak.
Grip
Grip ataupun cengkaman merupakan sesuatu yang menarik. Dengan adanya grip, kereta anda boleh terus bergerak di jalan, memecut, membelok malah berhenti. Grip ini berada pada tayar kereta anda. Walaubagaimanapun grip ini mempunyai had yang tertentu. Jenis tayar dan jenis kereta yang digunakan juga menjadi penentu had cengkaman. Adalah penting untuk mengetahui had tayar atau grip limit bagi tayar itu sekiranya anda mahu memandu pada tahap optimum.
Weight transfer
Semasa memandu, pemindahan beban (weight transfer) boleh berlaku samada secara longitudinal (depan-belakang) atau lateral (kanan-kiri). Bergantung kepada bagaimana weight transfer ini terjadi, ia merupakan kunci samada ianya membantu atau sebaliknya akan mengganggu pemanduan anda.
Steering
Teknik mengawal steering yang baik adalah penting untuk pemanduan yang lancar. Ia dapat mencegah pemindahan berat secara mengejut bagi membolehkan anda mengambil selekoh pada sudut yang lebih baik.
Apabila anda sedia untuk memandu, anda seharusnya memastikan kedudukan tempat duduk anda pada posisi yang selesa dan pergelangan tangan anda dalam keadaan yang rileks. Cara memegang steering semasa keadaan biasa atau memutar steering juga mestilah dalam keadaan yang rileks tetapi betul-betul memegang steering dengan kemas. Ini bagi memberikan anda kawalan yang optimal kepada steering yang anda pegang.
Braking
Membrek pada detik yang betul dengan daya yang betul menjadi titik penting bagi mendapatkan masa terbaik dalam perlumbaan. Sekiranya anda membrek terlalu kuat, tayar depan anda boleh terkunci sehingga menyebabkan hilang kawalan steering. Titik brek yang paling baik adalah titik sebelum tayar terkunci. Latihan yang kerap membolehkan anda memastikan titik ini.
Left foot braking
Ini merupakan teknik yang biasa digunakan oleh pelumba rally. Teknik ini dapat mengurangkan understeer semasa membelok, mengurangkan drive loss semasa tayar spin dan juga boleh mengurangkan selang masa antara menekan pedal brek dan pedal throttle.
Gear shifting & rev matching
Setiap gear mempunyai julat operasi efektifnya yang tersendiri. Ia turut bergantung pada kelajuan putaran enjin kereta anda. Lebih laju putaran enjin, lebih laju kereta anda akan bergerak. Walaubagaimanapun ia ada hadnya sehingga anda terpaksa menukar gear yang seterusnya.
Akan tetapi dalam julat operasi efektifnya, ada satu julat yang dipanggil sebagai power band. Pada julat power band inilah enjin kereta anda berada pada kuasa maksimumnya. Pada julat ini juga kereta anda mampu memecut dengan kekuatan maksimum.
Heel and toe shifting
Teknik ini merupakan seni menukar gear kepada gear yang lebih rendah seterusnya melakukan rev matching semasa membrek. Dengan gabungan brek dan menukar gear semasa memasuki selekoh, anda akan menjadi lebih pantas semasa membelok.
Ia dapat mengurangkan stress pada driveline, mengelakkan beban terpindah ke hadapan semasa menukar gear kepada gear yang lebih rendah dan dapat mengurangkan kebarangkalian roda kereta terkunci dalam keadaan yang ekstrem.
Understeer
Apabila anda sudah melampaui had cengkaman semasa membelok, dua fenomena mungkin berlaku iaitu understeer atau oversteer. Understeer berlaku apabila tayar depan mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman menyebabkan kereta anda terpaksa mengambil sudut yang lebih luas untuk melalui selekoh. Dengan kata lain, kereta akan terkeluar ke arah luar selekoh semasa membelok.
Oversteer
Oversteer berlaku seperti understeer juga dimana tayar mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman tetapi ianya berlaku pada tayar belakang. Ini menyebabkan kereta anda seolah-olah mahu berputar ke arah dari mana anda datang. Dengan kata lain, kereta akan termasuk ke arah dalam selekoh semasa membelok atau mungkin kereta akan berputar 180 darjah.
Ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam asas grip driving seterusnya drift driving. Ada kaedah dan teknik bagi mengatasi atau mencapai perkara-perkara tersebut.
Grip driving sememangnya agak membosankan. Tetapi sebelum anda berdrift, adalah perlu untuk anda mahir dalam grip driving (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).
Sunday, November 2, 2008
Kerang Oh Kerang
Pastu bila balik uma, aku terpandang kerang yang aku beli tadi tengah terbuka. Nampak la isi dia yang merah tu. Hidup lagi ni. Tetiba aku terpikir nak letak dua, tiga ekor kerang ni dalam akuarium aku. Apa lagi... Tanpa melengahkan masa, aku pun pilih kerang yang sesuai dan aku pun terus je letak dalam akuarium aku.
Huahaha... Terus buih-buih keluar dari kerang bila kerang tu gerak-gerak. Dia bernafas kot. Aku biarkan seketika. Selang dua, tiga minit aku perhatikan kerang tu mula terbuka. Siap dia kuarkan isi dia, macam lidah terjelir pun ada. Seolah-olah macam nak cari makanan.
Susah sikit nak amik gambar kerang ni sebab dia kecik. Padahal kat pasar tu ada gak kerang yang besar. Ada la saiz genggaman aku. Tapi ni kerang yang bini aku beli kat pasar tadi. Hantam sajalah... Bini aku kata aku sengal. Tapi dia kata best gak sebab dapat tengok macam mana kerang hidup. Selalu tengok kerang yang dah masak je. Tiba-tiba bini aku keluar idea sengal dia pulak. Dia kata lain kali nak beli kepah untuk makan. Tapi nak letak la sekor dua dalam akuarium aku ni. Huhuhu... Macam-macam la bini aku ni.
Laut, udara, darat, semua ku redah
Nak tak nak terpaksa la aku naik feri untuk menyeberang laut menuju ke Langkawi. Hehe..dalam satu hari tu aku ikut jalan darat, udara dan laut. Bila balik lak, sama la macam tu. Penat memang penat. Terkejar-kejar. Takpe la. Asalkan objektif tercapai. Ni dah balik. Benda pertama yang aku kene buat adalah CLAIM. Huahaha... Claim jangan tak claim.