Sebelum hari membuang undi hari tu, ada satu artikel berkenaan Tarikh 9 Mei 2018 itu di mana hari itu bumi, matahari dan musytari (
jupiter) berada dalam keadaan sejajar.
Dan pada hari itu sepanjang malam bermula matahari terbenam hingga matahari terbit keesokan harinya kita berpeluang mencerap planet musytari dengan teleskop dan kedudukan planet musytari itu berada pada buruj Libra.
Ini adalah petikan artikel tersebut
__________________________________________
FENOMENA ISTIQBAL " SANG RAJA " DI HARI PRU KE - 14
..
Pada esok hari iaitu 09 Mei 2018 , akan berlakunya suatu fenomena Sang raja planet iaitu Musytari yang akan berada pada kedudukan istiqbal atau ' opposition '
..
Fenomena istiqbal planet Musytari merujuk kepada Musytari yang berada bersetentangan dengan matahari .
Ketika istiqbal planet Musytari berlaku ,
Musytari , Bumi dan juga Matahari akan berada dalam kedudukan satu garis lurus .
Kedudukan bumi akan berada di antara Musytari dan Matahari .
Contoh :
Musytari -----> Bumi -----> Matahari
..
Untuk pengetahuan semua ,
Fenomena Istiqbal planet hanya berlaku kepada 'superior planet' iaitu planet yang berada di
bahagian luar orbit Bumi semasa mengelilingi matahari seperti Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus dan Neptune .
..
..
Sesuatu yang paling menarik ketika berlakunya fenomena istiqbal planet Musytari ialah , kita berpeluang menyaksikan sang raja planet tersebut sepanjang malam .
Musytari akan mula kelihatan terbit di ufuk timur ketika matahari terbenam di ufuk barat . Ia akan berada pada kedudukan tertingginya di langit menjelang tengah malam dan terbenam di ufuk barat ketika matahari terbit di timur .
..
Selain itu ,
jarak Musytari juga akan berada pada kedudukan terdekatnya dengan Bumi ketika itu sehingga menyebabkan planet tersebut terlihat sangat cerah berbanding objek - objek samawi yang lain di sekitarnya .
Jadi , dengan mudahnya kita akan menemukan planet Musytari .
..
..
Setelah berlakunya istiqbal planet Musytari esok hari , bilakah akan berlakunya fenomena itu lagi ?
Memandangkan fenomena istiqbal planet Musytari berlaku setiap 13 bulan sekali , fenomena tersebut akan berlaku lagi pada tahun hadapan iaitu pada 10 Jun 2019 .
..
Jika kita terlepas peluang menyaksikan planet Musytari ketika hari berlakunya fenomena istiqbal planet tersebut , adakah kita perlu menunggu sehingga 10 Jun 2019 ?
Apa yang perlu kita fahamani di sini adalah , fenomena istiqbal hanya menandakan kedudukan planet Musytari tersebut berada bersetentangan dengan matahari , berada dalam kedudukan satu garis lurus serta menandakan ia berada pada kedudukan terdekatnya dengan bumi .
Walaupun terlepas peluang menyaksikan planet Musytari esok hari , kita masih berpeluang menyaksikannya sehingga ke bulan November 2018 sebelum ia berada pada kedudukan konjungsi dengan matahari pada 26 November 2018 .
..
Bolehkah kita menyaksikan planet Musytari dengan menggunakan mata kasar atau perlu menggunakan alat bantu optik seperti teleskop ?
Untuk menyaksikan rupa planet tersebut secara terperinci , diwajibkan menggunakan alat bantu optik seperti teleskop .
Jika tiada alat bantu optik , kita masih boleh menyaksikannya dengan hanya menggunakan mata kasar .
Tetapi , Musytari hanya akan kelihatan seperti suatu cahaya bintang yang cerah tetapi tidak berkelip - kelip .
..
Bilakah waktu terbaik untuk menyaksikan planet Musytari esok hari ?
Seperti yang dinyatakan di atas , ketika hari berlakunya fenomena istiqbal , Musytari yang berada di buruj Libra atau dacing mula kelihatan terbit di ufuk timur ketika matahari terbenam di ufuk barat iaitu sekitar waktu Maghrib . Ia akan berada pada kedudukan tertingginya di langit menjelang tengah malam dan terbenam di ufuk barat ketika matahari mula terbit di ufuk timur .
Sungguhpun demikian , disarankan untuk memulakan aktiviti cerapan sekitar 30 minit atau 1 jam setelah matahari terbenam kerana ketika itu , Musytari sudah mula meninggi daripada ufuk timur .
Sekian .
Wallahu A'lam .
" Majulah Falak Untuk Ummah "
Channel telegram :
INFO ASTRONOMI MALAYSIA
(https://telegram.me/InfoAstronomiMalaysia)
Telegram
Info Astronomi Malaysia
Info info menarik berkaitan ilmu astronomi atau falak yang berlaku di Malaysia serta seluruh dunia .
__________________________________________
Di atas merupakan artikel berkenaan kedudukan bumi, matahari dan musytari yang sejajar pada 9 Mei 2018.
Ada bermacam-macam tafsiran yang boleh dibuat mengikut pemahaman masing-masing.
Cuma apa yang cuba sampaikan adalah tarikh membuang undi pada 9 Mei 2018 yang jatuh pada hari Rabu itu merupakan satu tarikh yang sangat cantik dan sesuai dengan tema Hari Membuang Undi.
Ini kerana saya juga mendengar dan membaca ada beberapa pihak yang mengatakan bahawa hari tersebut merupakan satu usaha jahat bagi menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi.
Tapi pada saya ia bukan begitu. Bukan kerana saya buta atau taksub dengan politik, tapi kerana memerhatikan tanda-tanda yang ada di sekeliling kita.
Kalau kita boleh terima ilmu melihat pergerakan angin dan awan itu yang kemudiannya dijadikan asas dalam ilmu ramalan kaji cuaca, mengapa tidak dengan kedudukan bintang-bintang di langit.
Kalau kita begitu bangga kerana ulama' serta ahli falak kita sebelum ini menggunakan keilmuan mereka dalam memilih tarikh Hari Kemerdekaan, mengapa tidak kita yang mengaku sebagai penyambung warisan mereka ini juga dengan bangga menggunakan ilmu mereka itu dalam menjadi panduan atau sekurang-kurangnya menjadikan ia sebagai satu simbolik dalam berbuat sesuatu perkara yang besar.
Kita orang melayu ini sebenarnya satu bangsa yang kaya dengan simbolik.
Rumah orang melayu dulu kalau ada banyak dan pelbagai bunga di laman rumahnya menandakan isi rumahnya ada banyak perempuan. Contoh je tu..... hehehe...
Ada banyak lagi contoh lain.
Bukan soal khurafat atau tahyul.
Kalau dengan ilmu melihat pergerakan awan dan angin itu kemudiannya menjadi ramalan kaji cuaca yang kemudian kita gunakan untuk mempermudahkan kerja kita seharian, adakah kita sedang berkhurafat...
Dah tau nak buat majlis besar yang memerlukan ramai orang datang, dah tentu kita akan pilih tarikh yang cuaca elok, tidak terlalu panas dan tidak hujan. Tapi antara hujan dan panas, kita lebih pilih hari panas berbanding hujan kerana kalau hujan lebih menyusahkan pergerakan orang sedang kita harap orang datang.
Maka ilmu ramalan kaji cuaca di situ dapat memberi manfaat.
Bukan kita beriman dengan hasil ramalannya, tetapi ia memudahkan.
Andai ramalan tersebut salah pun tidak juga kita menyalahkan ramalan tersebut. sekurang-kurangnya kita dah cuba atur pilih tarikh sebaik mungkin bagi memastikan hari tersebut memudahkan pergerakaa orang ramai.
Begitu juga dengan tarikh membuang undi baru-baru ini. Betul...hari Rabu itu seolah menyusahkan.
Tapi kalau hari tersebut hujan macam mana.....
Antara kita kene cuti dengan kita kena hujan, mana kita pilih...
Jangan fikir diri kita sahaja, fikir juga orang tua yang bertongkat berkerusi roda.
Bayangkan kalau hari tersebut hujan.
Pastinya kedudukan bumi, matahari dan planet musytari yang sejajar itu memberi kesan pada keadaan di bumi.
Sedangkan pasang surut air di bumi pun antara kesan pergerakan bulan mengelilingi bumi.
Sedangkan gerhana pun ada kesan pada bumi.
Haiwan-haiwan biasanya peka dengan keadaan ini.
Sebab itu ikan awal-awal dah lari, dia tau kalau nantinya ada letusan gunung berapi atau gempa bumi di laut.
Semua ini ada tanda-tandanya yang Allah sediakan sebelum sesuatu berlaku.
Begitu juga keadaan di langit. pergerakan bulan dan bintang ini ada peraturannya dan ilmu membaca peraturan ini disebut ilmu falak.
Soal dari tanda-tanda di langit ini kemudian dijadikan ramalan, ianya adalah isu lain yang saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini.
Saya hanya berkongsi bagaimana susunan bintang di langit ini dijadikan simbolik bagi orang-orang melayu.
Orang melayu bukan saja hebat dalam kesusasteraan bahasa, tetapi juga dalam sastera simbol.
Saya cuma dapat katakan bahawa pada 9 Mei 2018 itu merupakan hari yang baik cuacanya secara keseluruhannya meliputi Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak kerana tidak hujan pun sepanjang tempoh membuang undi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Jangan fikir kita saja, fikirkan juga nasib kesemua warga Malaysia yang meliputi Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Tentang kedudukan musytari di buruj Libra pula saya ada pandangan saya sendiri. dan saya kira pandangan itu merupakan asas dalam penyataan saya sebelum ini yang mana orang melayu ini kaya dengan simbolik.
Buruj adalah gugusan bintang atau sekumpulan bintang di langit yang membentuk satu simbol.
Dan Libra adalah simbol yang berbentuk dacing.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa perbincangan saya adalah fokus pada bangsa melayu yang kaya dengan simbolik.
Sebelum pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi cerapan di langit yang saya perhatikan berkenaan planet musytari yang berada di sekitar buruj Libra.
Untuk makluman awal, planet musytari yang kelihatan di langit BUKANLAH SENTIASA berada di sekitar buruj Libra. ada ketika ia berada berdekatan bulan, ada ketika di buruj yang lain.
Dan sepemerhatian saya, musytari mula kelihatan berada hampir dengan buruj Libra adalah bermula pada subuh 17 Disember 2017.
Apabila saya sebut "musytari kelihatan" adalah merujuk pada kedudukan musytari di langit dalam keadaan kita boleh nampak.
Memandang bumi sentiasa berputar di atas paksinya maka ada ketika objek di langit itu kelihatan di atas kepala kita membolehkan kita nampak dan ada ketika ia berada di bawah kaki kita menyebabkan kita tak nampak.
Sebagai contoh pada ketika ini (11 mei 2018 jam 10.30 pagi di Malaysia), musytari berada di bawah kaki kita menyebabkan kita tak nampak.
Dengan kata lain, kita hanya nampak objek di langit bila ia berada di atas horizon (ufuk). atau orang sebut kaki langit.
Kalau objek tersebut di bawah horizon maka kita tak nampak.
Ini adalah cerapan pada subuh 17 Disember 2017. Kelihatan musytari berada di sekitar buruj Libra. Tuan-tuan boleh cuba buat simulasi, sebelum tarikh tersebut musytari agak jauh dari buruj Libra.
Disebabkan arah pergerakan bumi di atas paksinya menyebabkan bukan saja matahari malah objek-objek di langit yang lain juga seolah bergerak terbit dari ufuk timur dan terbenam di ufuk barat.
Begitu juga bulan.
Dan begitu jugalah dengan musytari dan buruj Libra ini.
Kalau subuh baru dia terbit, jawabnya maghrib lah dia terbenam. lebih kurang 12 jam.
Dan kalau subuh baru terbit maknanya kita tak berpeluang la nak nampak. dia ada tapi kita tak nampak dek kerana kecerahan sinar matahari yang menyebabkan kita tak nampak objek lain di langit.
Tahukah tuan-tuan yang ada kala bulan muncul di siang hari dan ada kala juga malam itu tanpa bulan. kerana bulan pada malam itu berada di bawah horizon.
Kalau keliling kita banyak bangunan atau pokok-pokok, terpaksa la tunggu objuk di langit tu naik lebih tinggi baru nampak.
Sebab tu tempat mencerap anak bulan berada di tepi pantai. Memang betul-betul dapat melihat horizon (kaki langit).
Berbalik pada musytari dan buruj Libra tadi, keadaan ianya mula terbit semakin hari semakin awal.
Boleh rujuk pada cerapan berikut.
10 Febuari 2018 mula kelihatan bermula jam 2 pagi
16 April 2018 mula kelihatan bermula jam 9 malam
Dan menjelang 9 Mei 2018, musytari bersama buruj Libra mula kelihatan bermula selepas maghrib.
Di sini saya kongsikan cerapan musytari bersama buruj Libra secara berturut dari awal subuh sehingga subuh keesokan harinya.
9 Mei 2018 jam 6.24 pagi
9 Mei 2018 jam 7.24 pagi
9 Mei 2018 jam 9.30 pagi
9 Mei 2018 jam 4.34 petang
9 Mei 2018 jam 7.21 malam
9 Mei 2018 jam 9.00 malam
10 Mei 2018 jam 12.14 malam
10 Mei 2018 jam 1.50 pagi
10 Mei 2018 jam 4.36 pagi
10 Mei 2018 jam 6.40 pagi
Pada saya, ia satu simbolik yang sangat menarik untuk diperhatikan.
Musytari merupakan planet terbesar dalam sistem solar kita. Maka kita simbolkannya sebagai raja.
Dan buruj Libra yang merupakan simbol berbentuk dacing mewakili aktiviti menimbang.
Di sini rahsia simbol yang saya lihat yang mana ia merupakan salah satu seni yang menjadi darah daging bangsa melayu.
Pada siang 9 Mei 2018, musytari dan buruj Libra berada di bawah horizon menjadikan ianya tidak kelihatan.
Pada siang hari tersebut, semua warga Malaysia termasuk di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak merupakan 'raja' pada hari tersebut yang diamanahkan untuk membuat pertimbangan. dan dalam masa yang sama, kuasa 'raja' itu tidak terserlah. Tapi kuasa itu ada.
Dan kalau dilihat pada cerapan yang saya kongsikan, buruj Libra itu akan sekejap kelihatan berat ke kanan kemudian seimbang kemudian berat ke kiri.
Jangan faham benda lain pulak. hahahaha...... Bersihkan minda kita...
pergerakan buruj Libra yang sedemikian itu adalah kerana bumi berputar pada paksinya menjadikan kita melihatnya bergerak sedemikian berat kanan kiri.
Ia juga ibarat simbolik yang kita perlu membuat pertimbangan baik buruk dan seimbang secara holistik. Perkataan "holistik" ini lebih hebat maksudnya dari "menyeluruh".
Kemudian menjelang selepas maghrib, musytari bersama buruj Libra ini mula kelihatan.
Ia simbol yang kuasa 'raja' yang ada di tangan warga Malaysia tadi mula kelihatan. hasil kiraan undi mula menampakkan hasil pertimbangan yang dibuat oleh seluruh warga Malaysia ketika itu begitu juga kuasa 'raja'nya sehinggalah menjelang subuh.
Di sini saja saya sudah terpegun.
Agaknya beginilah bagaimana ulama' dan ahli falak terdahulu dalam mereka mencari tarikh Hari Kemerdekaan kita.
Dengan ilmu falak, gambaran cerapan yang saya kongsi itu boleh diketahui awal.
Bukan sehari sebelum,
Bukan seminggu sebelum,
Bukan sebulan sebelum,
Bukan setahun sebelum,
Malah sedekad sebelum hari kejadian.
Ada seperkara lagi yang saya rasa menarik untuk dikongsikan.
cerapan jam 3 pagi pada 10 Mei 2018
Pada 9 Mei 2018 malamnya, atau lebih mudah kita kata awal pagi 10 Mei 2018, ada sesuatu yang menarik perhatian saya dari cerapan di langit.
Pada waktu itu bulan baru saja muncul di ufuk timur.
Dan lebih menarik, kemunculan bulan juga diiringi dengan pancuran meteor.
Mungkin kerana ia bukan pancuran meteor yang terkenal, maka tiada yang menghebahkannya atau memviralkannya.
Kalau sampai begini petanda di langit yang diberikan, ada sesuatu yang agak besar yang akan berlaku.
Cuba ingat balik apa yang berlaku sekitar 3 pagi 10 Mei 2018.......
Detik tampuk pimpinan baru diumumkan secara rasmi.....
Dan dengar cerita, ada beberapa kawasan turut menyalakan bunga api bagi menyambut pimpinan baru.
Sekali lagi saya terpegun.
Tapi terpaksa memendamkannya sehinggalah ianya berlaku.
Ada perkara kita boleh kongsi dan ada perkara yang belum lagi masanya untuk dikongsi.
Itulah adat orang tua-tua kita dalam ilmunya.
Kerana ilmu yang disampaikan pada saat belum sampai masanya, hanya akan lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan juga salah faham berbanding kebaikan.
Bayangkan saya ceritakan ini sejak awal, mungkin saja saya akan dikatakan ahli nujum khurafat.
Secara tak sedar, saya telah menjatuhkan martabat ilmu ini di mata umum.
Sedang ilmu ini boleh dijadikan sebagai strategi apa lagi dalam peperangan.
Begitu hebat orang tua-tua kita dulu rupanya dalam merancang.
Bayangkan kalau ilmu sebegini jatuh ke tangan yang salah.
Agaknya betapa hebat perancangan jahat yang boleh dijalankan ke atas musuh mereka.
Agaknya bagaimana perancangan musuh kita.
Benar lagi sahih bahawa "kita merancang, musuh merancang tapi Allah sebaik-baik perancang".
Tapi hati-hati dengan aqidah kita. Berserah jangan sampai sama berserah kita sebagaimana Qadariah atau Jabariah.
Tuan-tuan lebih kerap mendengar kuliah agama. Tuan-tuan lebih arif bab aqidah.
Saya sekadar teruja berkongsi hal ini yang dalam masa yang sama ia melambangkan jatidiri bangsa kita dan juga kehebatan kita satu ketika dulu.
*Pada 17 Disember 2017 itu juga telah berlaku sesuatu yang besar dalam kehidupan saya anak beranak dan isteri. Peristiwa itu amat bermakna ditambah lagi dengan cerapan di langit pada hari tersebut.